Seperti mana yang saya dah update di wall facebook saya dan juga sebelum ini pernah iklankan di blog saya mengenai Belajar membina blog berpengaruh secara offline iaitu belajar dengan guru secara bersemuka dan siap fan page serta blog untuk perniagaan dalam masa sehari sahaja. Kenapa dipanggil blog berpengaruh? Kerana dihubungkan dengan hampir 1000 link blog yang lain dan ini sangat penting untuk laluan trafik ke blog anda. Dan makin mudah orang ramai untuk menjumpai blog dan iklan anda.
Seperti yang dirancang kelas akan dimulakan jam 2 petang dan saya memang bergerak awal dari rumah dan samapi dalam jam 1.30 petang , memang dan elok untuk solat zuhur dulu dan mula set up barang-barang untuk buat parti atau demo masakan menggunkan produk tupperware.
Saya memang bawa semua set keahlian seperti pakej RM70, pakej Treasure Box RM280 dengan Extra Gift dalam hamper yang anda boleh lihat saya susun di belakang, dan juga set Water Filter RM1999 jika join ahli baru anda dapat Extra Gift lagi set Level Prism Bowl yang warna hijau berkilau tu.
Mula jam 2 petang memang kami terus ON dengan pengenalan iklan dan promosi menggunakan media sosial Instagram, memang semuanya menepati masa. Salah satu tips untuk berjaya adalah menepati masa, datang awal di pertemuan penting begini.
Kebanyakan penonton cilik yang teruja dengan demo saya, hihi
Bila ingat memang kelakar tapi ini realiti nya bila ada penonton cilik, setiap kali buat demo memang akan ada kana-kanak yang lebih teruja di samping ibu bapa yang rasa kagum dengan set periuk Tupperchef sebab jimat masa untuk memasak, jimat air dan minyak dan yang paling penting bila cepat dimasak, jimat juga bahan api.
Baik, kami sambung pula belajar di meja makan dengan laptop untuk bina blog dan fan page di facebook. Memang sangat mudah sebab pelajar boleh lihat sendiri bagaimana cikgu mengajar dan terus boleh ikut.
Jika nak ikutkan masa yang kami luangkan sangat sekejap dan tidak sempat untuk buat segalanya hari ini, namun pelajar dibekalkan dengan nota dan ebook serta akan dimasukkan dalam group di facebokk bagi mudahkan aktiviti belajar dan mengajar. Pelajar perlu selesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan. Untuk berjaya sangat mudah apabila ada pembimbing atau cikgu yang bersama untuk mengajar kita. Yang penting harus rajin dan bersemangat untuk siapkan semua tugasan dan mula berbisnes online.
Ini pula gambar tukang demo yang dah hampir siap untuk masak rendang daging. Bau semerbak. Harap tak menganggu konsentrasi para pelajar dan guru yang sedang mengajar.
Kelas belum habis dan mereka masih belajar tetapi saya harus minta diri dulu. Nak pulang ke Bandar Baru Bangi pula memandangkan hari dah menunjukkan tanda nak hujan lebat. Jadi saya kemaskan semua peralatan dan masuk ke dalam kereta sebelum hujan turun.
Memang betul seperti yang dijangka hujan turun selebatnya dan anak yang menemani saya pun tertidur di dalam kereta, maka tiada lah teman untuk saya berbual sambil memandu. Jalan pula agak perlahan kerana banyak kereta yang memandu secara perlahan akibat hujan lebat.
Bila dah masuk lebuhraya SKVE. dah kurang kereta tapi masih kena memandu secara perlahan sebab hujan masih lebat dan jalan licin.
Dalam perjalanan, menerima panggilan telefon dari suami kerana anak kecil di rumah sudah kerinduan dengan mama nya, Dari tengahari mencari mama, lega dah dapat bercakap sekejap dan akhirnya saya sampai dengan selamat ke rumah.
Jadi bagi anda yang sedang membaca blog ini dan berminat untuk mempelajari bagaimana untuk mula berniaga secara online, boleh hubungi saya dan kita uruskan kelas untuk anda. Bagi anda peniaga tupperware atau baru nak join berniaga tupperware, sangat dialu-alukan, hubungi saya juga ya.
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages
Tupperware : Tupperware
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment