Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 7 December 2014

Resipi Ais Krim Buatan Sendiri

Assalamualaikum w.b.t,

Resipi Ais Krim Buatan sendiri 
Rasa : ala-ala baskin robbin

Bahan-Bahan
1-1 tin susu cair
2-1/3 susu pekat (atau sedikit saja-ikut suka tahap manis masing-masing)
3-1 biji telur
4-1 susu kecil esen vanila
5-1 susu besar ovalette (untuk gebukan ais krim, tak letak pun tak apa)
6-Perasa, ikut selera masing-masing, saya guna strawberi sirap dan tamar cocoa
7-Bahan tambahan : coklat urai, badam bakar, biskut oreo

Cara-cara:
1-Campurkan semua bahan kecuali perasa dan bahan tambahan. Adunkan dalam mixer selama 15-20minit sehingga gebu dan ais krim menjadi agak likat. Pastikan guna bekas yang besar ya kerana ais krim agak mengembang.
2-Masukkan dalam peti dan biarkan separa beku.
3- Keluarkan semula, asingkan mengikut berapa perasa yang kita nak buat. Adunkan semula di dalam mixer selama 5minit setelah dicampurkan perasa yang kita nak.
4- Taburkan badam, coklat urai dan bahan tambahan lain yang kita suka. Dan bekukan semula .
5- Dah beku dan siap untuk dimakan. Memang sangat hebat rasanya,

Sekian dulu, jom layan gambar ais krim saya. Saya simpan dalam freezermate tupperware koleksi saya.




No comments:

Post a Comment