Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 6 February 2017

Menulislah Dari Hati

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ambil dari FB yang juga hasil perkongsian rakan-rakan.
Saya kongsi di sini untuk bacaan masa akan datang.

MENULISLAH UNTUK MENDIDIK DIRIMU
Hamka beramal dengan apa yang ditulis dari bukunya Pribadi Hebat
Buku Pribadi Hebat ditulis sekitar tahun 50-an. Di dalamnya te...rdapat pelbagai kisah tentang kekuatan pribadi seorang Muslim.
Antaranya adalah Hamka mengisahkan betapa penting, orang yang berperibadi hebat perlu sentiasa bersedia memaafkan kezaliman orang terhadap dirinya.
Sekitar tahun 1970, lebih kurang 20 tahun selepas Hamka menulis buku Pribadi Hebat, Soekarno telah pergi menghadap Ilahi.
Namun, di sebalik kezaliman regimnya pada Hamka, terselit sebuah ketakutan terhadap dosa pada pandangan Allah yang Maha Adil.
Diwasiatkan agar Hamkalah yang mengimamkan solat jenazah beliau.
Wasiat ini adalah ujian buat Hamka.
Antara dendam yang tersemat di hati atau membesarkan jiwa untuk memaafkan insan yang menzalimi dirinya.
Dan nyatalah Hamka memilih untuk melakukan apa yang pernah beliau tulis.
Iaitu Hamka memaafkan penzalim dirinya.
*************************
Hamka meminta untuk membaca bukunya kembali - Tasawuf Modern
Hamka ditohmah dan difitnah.
Perjuangannya untuk negaranya tidak dihargai oleh regim.
Bukankah Hamka yang bertemu dengan Soekarno untuk mendapat nasihat tentang perjuangan kemerdekaan bangsanya? Tidakkah Hamka yang turut menyahut dan menyampaikan deklarasi kemerdekaan Indonesia oleh Soekarno kepada rakyat Sumatera?
Beliau dituduh sebagai PENGKHIANAT!
Siri cemuhan dan carutan mencederakan jiwa Hamka, sehingga terasa ingin ditamatkan sahaja riwayat diri.
Namun mengenangkan akan besarnya dosa membunuh diri dan apa yang pernah ditulis oleh dirinya sendiri tentang ujian kehidupan dalam buku Tasawuf Modern, Hamka mampu membuang bisikan jahat itu daripada hatinya.
Lantas diminta kepada anaknya agar dikirimkan buku Tasawuf Modern untuk dibacanya kembali.
Hamka meminta untuk membaca buku Tasawuf Modern tulisan Hamka.
Begitulah kesan penulisan terhadap kehidupan Hamka. Betapa penulisan telah banyak mentarbiyah dirinya menjadi lebih baik.
*************************
Kisah BJ Habibie dan penulisannya
Habibie adalah mantan presiden kepada Republik Indonesia.
Dikhabarkan dari FB Baharedin Bekri seorang penulis di PTS, selepas kematian isteri yang dicintainya, jiwa Habibie benar-benar teruji.
Habibie diserang oleh sebuah kemurungan.
Adakalanya beliau akan menangis seperti kanak-kanak apabila mengenangkan isterinya.
Maka beberapa opsyen yang diberikan kepadanya. Sama ada dirawat oleh para psikatrik ataupun menulis.
Maka dipilih oleh Habibie untuk menulis tentang isterinya, Ainun.
Dan menulis telah merawat kelukaan jiwanya dengan izin dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
*************************
Menulis boleh mendidik
Hamka telah membuktikan betapa penulisannya telah berjaya mendidik dirinya.
BJ Habibie telah menjadi saksi hidup betapa menulis telah merawat jiwanya.
Maka selaku pendidik, pastinya ada ujian tersendiri yang juga mungkin membuat hati menjadi luka.
Maka menulislah akan kelukaan hatimu itu beserta dengan iringan doa buat Allah Yang Maha Mengatahui.
Moga dengan menulis, dirimu akan lebih jelas, apakah perkara yang menguji emosimu. Semakin jelas dirimu tentang masalah dirimu.
Hanya perlu diperhatikan, di platform manakah perlu diletakkan penulisanmu itu agar terhindar dari fitnah diri mahupun orang yang lain.
Seorang pendidik juga pasti ada sebuah idealisme, apakah ciri seorang insan yang diimpikan.
Maka menulislah tentangnya, kerana menulis akan menjadikan pemikiranmu terarah kepadanya. Boleh jadi ia merupakan sebuah travelog perjalanan hidup mahupun sebuah penulisan separa ilmiah.
Moga idealisme dari penulisanmu itu menyerap dalam hatimu dan terjelmalah ia dalam tingkahlaku dirimu.
Apabila para pelajarmu mungkin sedikit bermasalah dengan adab dan akhlak.
Mintalah mereka menulis tentang akhlak yang mulia.
Moga dengan menulis, ia mampu menjadi alternatif kepada sebuah pendidikan.
Menulislah... bukan semata-mata untuk mereka. Tetapi lebih utama adalah untuk dirimu sendiri.
Wallahua'lam.
Muhammad Shah
Taman Sri Gombak
#countdown
#bukuJT
Insyaallah ini adalah sebahagian petikan buku Pesan Buya Hamka Buat Pendidik yang akan diterbitkan pada Mac.

No comments:

Post a Comment