Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 18 February 2017

Beli Hanger saja Pun

Assalamualaikum w.b.t,
 Semua orang faham dan tahu apa itu ‘hanger’ kan, kadang Bahasa yang betulnya adalah penyidai baju. Biasalah hidup di kota metropolitan ini bahasa banyak yang bercampur atau orang kata ‘broken’.
Berbalik soal hanger pula, Ia memang diperlukan untuk mengantung baju terutama baju yang kita tak mahu kedut dan tidak perlu dilipat.

 Apa yang saya nak cerita hari ini ialah, hari cuti yang bermanfaat, kami anak-beranak rasa nak beli hanger untuk sidai baju yang semakin banyak terutama sekali baju sekolah rendah dan agama anak sulung saya Amirul Hakim. Baju dan seluar sahaja dah 8 hanger perlu digunakan. Belum tambah lagi satu pasang baju sekolah agama yang akan dibeli nanti, sebagai tambahan.

Maka keperluan untuk beli dan tambah bilangan hanger di rumah ini sangat penting supaya baju-baju dapat diurusakan lebih mudah dan sempurna.
Resit perbandingan harga
Kami berjalan ke pasaraya yang terdekat dengan rumah kami sebab niat utama untuk beli di DIY sekali di sana tiada banyak stok dan pilihan, yang ada mahal-mahal dan rekabentuk ala-ala hotel atau kedai dobi saja. Saya tahu hanger yang digunakan di kedai dobi bagaimana rupa sebab saya pernah bekerja secara sambilan di kedai dobi pada suatu ketika dulu, zaman bujang dan ada masa banyak terluang. Kat hotel pula memang kita pernah juga masuk dan tahu bagaiman rupa hanger mereka. jadi kami keluar dari DIY dan masuk ke GIANT. Rupanya di sini ada promosi. Jadi kami terus sambar 2 bundle hanger.

Balik ke rumah terfikir nak cari mainan dan tali inci untuk ukur badan. Jadi kami ke My One Shop yang paling dekat dengan rumah kami. Percutian hujung minggu kami 3 beranak hanya keluar rumah dan ke kawasan yang dekat sahaja, jimat masa dan minyak kereta. Sebab suami kerja jadi kita sebagai ibu yang kena jaga 2 hero yang aktif, kadang bergaduh sesama mereka, kadang bergaduh dengan kita, jadi kita kena pandai ambil masa bawa mereka lari dari pergaduhan itu, supaya mereka dan kita sendiri tenang.

Rupanya di sini lebih murah walaupun kuantitinya sama. Jadi tak buang banyak masa sambar lagi 2 bundle hanger. Sebenarnya kalau tuan puan yang sedang membaca ini nak tahu, selesai saya menaip entri ini, saya dah ulang beli lagi 2 bundle hanger di My One Shop sebab terasa kekurangan hanger di rumah. Padahal yang beli baru-baru ini ada 10pcs itu tak digunakan habis lagi, hanya dimuat dalam almari baju Amirul Hakim dan siap-siap tulis namanya supaya tak tertukar bila dibawa ke transit.

Apa yang nak dikatakan adalah sebenarnya jika bawa di transit, kebarangkalian nak tertukar itu memang ada jika tak tulis nama, tetapi Pengasuh di Transit selalu bagi hanger lebih untuk anak-anak bawa balik ke rumah setiap hari akhir sekolah. Semoga murah rezeki Pengasuh di Transit anak saya dan juga anak-anak yang dijaga diasuh dan diberi makan dengan baik.

Sekian dulu coretan saya sebasgai catatan untuk saya baca dan kenang kembali pada masa akan datang di samping dapat bantu pembaca cari di mana hanger murah untuk dibeli. Pun boleh.

Jika ada yang berminat untuk beli barangan jualan saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya dan isikan masa untuk tinjau-tinjau kedai dan page saya ya.
Terima kasih.

 Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 3 : Bisnes

Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

 Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

 Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)

melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel

Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:

Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
 Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi 

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:

Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan Rokiah



No comments:

Post a Comment