Makan di Salai kali kedua, kali ini berdua sahaja dengan kawan setempat kerja. Biasalah keluar masa waktu rehat, maka kami pilih kedai yang berdekatan. Kali pertama itu hari baru kenal tempat dan rasa boleh tahan, berbaloi dengan harga dengan makanan yang dimakan puas hati.
Hanya RM6 semangkuk gulai sama ada daging atau ayam salai dengan nasi kukus, ikan kering dan timun serta sambal lada. Rasa sangat sedap. Cuma kena tahan dengan bau asap hasil salaian. Sampai ke tudung dan baju habis berbau lah sebab masa beratur nak order dan buat bayaran, berdekatan sangat dengan dapur yang tengah salai daging, ayam, ikan keli dan itik. Banyak pilihan tetapi saya hanya pernah cuba daging dan ayam sahaja. Tak berani nak cuba itik walaupun kawan-kawan memang rekemen untuk makan itik. Sedap kata mereka.
Nasinya dikukus panas-panas |
Ikan kering, sambal lada dan timun |
Saya order daging salai masak lemak kerana kali pertama itu hari dah rasa ayamnya. Tapi kawan saya pula pilih untuk order ayam salai masak lemak.
Istimewa lagi di sini, ikan keringnya dimasak dengan tepung menambah kerangupan ikan tersebut dan menaikkan selera kami pemakannya.
Nampak sedap dan sangat menyelerakan |
Kalau anda ke sini, kena agak bersdabar sebab lambat nasi dan lauk dihidangkan memandangkan orang ramai dan pekerja agak kurang. Nampaknya hanya keluarga sendiri sahaja yang men jadi pekerja, Kira tokey dan pekerja orang yang sama lah dari kaum keluarga mereka. Kali kedua datang ada nampak perubahan dan pembaharuan di mana kaunter nasi diasingkan dari kaunter lauk. Bagi saya dan kawan yang dah kelaparan, memang tak sabar menunggu lauk dihidangkan, kami terus ambil di kaunter lauk, konon membantu kurangkan kerja pekerja mereka untuk datang hantar padahal kami yang tak sabar nak makan.
Untuk penegtahuan anda semua, ada ulam-ulam yang dicelur dan direbus juga,tempe goreng dan telur masin. juga ada kicap bagi mereka yang suka tambah kicap dalam nasi semasa makan. Memang puas hati dengan bayaran RM6 sekali makan. Jika mau tambah ulam dan tempe, harga naik sedikit lah. Itu semua tidak termasuk air minum ya. Sebab air di kedai lain, Ia merupakan kedai-kedai makan di foodcourt tapi tak banyak kedai yang buka. Jika anda memang berniat dan bertujuan untuk datang makan itik, daging atau ayam salai, memang boleh terus ke sini, cari sahaja Foodcourt atau Medan Selera Adikku di Sg Ramal. Berdekatan PKNS Bandar Baru Bangi, Selangor.
Rasa sekarang memang boleh cari tempat ini dengan mudah kerana ada google yang dapat membantu anda wahai pengemar makan-makan dan jalan-jalan cari makan.
Sekian dulu.
No comments:
Post a Comment