Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 24 September 2016

Suka Kongsi : Geng Nak Sihat

Assalamualaikum w.b.t,

Ya bila kita dah buktikan pada sesiapa sahaja terutama pada orang sekeliling kita, ramai yang akan mula bertanya, dan kebanyakan yang bertanya itu adalah mereka yang sedar akan perubahan diri kita. Ada pelbagai versi pertanyaan, ada yang memang niat nak tahu sungguh-sungguh, ada yang sekadar mengambil berat, ada yang sekadar mengejek dan endah tak endah sekadar borak kosong isi masa lapang kata orang. Biar apa pun versi, kita kongsilah seikhlas hati.  

Saya ada buat group WA 'sihat', dalam ini ada cara-cara nak sihat dan fit, lebih lanjut anda dapat tau berat badan anda dan keadaan dalam badan anda (lemak &otot) supaya anda boleh bertindak ikut ilmu yang diajar dan ikut kesesuaian anda, TIADA PAKSAAN tetapi jika ikut pengalaman saya yang hampir setahun, bulan Mac lepas genaplah setahun, ikutlah ilmu yang diturunkan sebab ia memang menjadi, ia memang betul.

Dulu saya degil juga, biasalah sikap ingin mencuba sendiri dan tidak dengar cakap guru itu adalah kebiasaan bagi pelajar seperti saya.Bila anda ikut, ia menjadi lebih mudah dan beri kesan yang baik pada diri anda.

Perubahan diri yang saya cuba sampaikan ini adalah dari gemuk kepada slim, dari selalu demam disebabkan tonsil kepada langsung tak ada tonsil, hilang terus dengan hanya diet sihat,amalkan pemakanan seimbang,makan makanan bersih, omputih kata EAT CLEAN.

Jadi jika anda benar-benar nak sihat,nak sentiasa bergerak aktif, taknak sakit-sakit biasa dan sakit-sakit kronik, amalkan pemakanan yang sihat, cara hidup yang sihat dan sentiasa bergaul dengan orang yang positif dan ingin sihat sentiasa juga.

Sebenarnya entri ini telah lamasaya tulis, tetapi baru hari ini saya sambung semula dan kongsikan dengan semua.


Antara perkara penting yang anda harus utamakan untuk diet sihat adalah ketepikan air manis dan amalkan minum air putih.

 Tipsyang kedua adalah sentiasa tahu apa yang dimakan dan pilihlah yang betul.


Sekian dulu.

Carilah guru anda yang betul untuk sentiasa tunjukkan jalan yang lurus kepada anda
Sihat-sihat sentiasa ya.

No comments:

Post a Comment