Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 25 September 2016

Mulakan Perniagaan Baru

Assalamualaikum w.b.t,

Sebenarnya saya dah join sebagai ahli sejak Februari tahun ini kerana saya beli periuk saja dan ada juga datang kelas di Bandar Baru Bangi kerana saya nak tahu banyak tentang produk lain dalam perniagaan ini dan lebih utama saya nak tahu cara guna produk dengan betul. Memandangkan orang yang taja saya masuk ke dalam perniagaan ini berada jauh dari saya, biasalah saya ni sekarang lebih banyak online dan bertemu orang-orang online sajalah.

Macam dulu juga saya join ahli Tupperware  dengan penaja dari talian dan  rupanya beliau dekat saja dengan saja, Kajang saja tetapi kita punya kumpulan jauh di Rawang Selangor.

Sama juga dengan bisnes Amway  ini, saya join dengan orang Shah Alam, kawan baik saya sendiri dan kumpulan kami rupanya dari Melaka, bayangkanlah lagi jauh. Nampak kan dunia online atau atas talian ini mengumpulkan orang keseluruhan dunia, bukan saja Malaysia.

Baik berbalik kepada bisnes atau perniagaan baru ini, bila saya dah mula datang kelas dan kebetulan masa itu, ada produk Body Key iaitu produk baru dan mereka kumpulan di Bangi ada acara untuk menyihatkan ramai orang, programnya di UKM Bangi. Dan dalam masa yang sama, saya memang ada kumpulan yang sedang nak slim, nak kurus, dan nak sihat. Maka pertemuan berlaku.

Rentetan dari program itu, kami ada program kesihatan di stadium Seksyen 15, masa ini saya dah mula ambil double X, iaitu vitamin dan protein sebagai syarat untuk menyertai acara senamrobik atau sukan di stadium. Setiap pagi Ahad selama beberapa minggu kami berkumpul dan beraktiviti bersenam dan ambil ukuran badan, timbangan badan dan kami diajar untuk menjaga badan dengan sihat melalui pemakanan seimbang, supplemen dan cara hidup yang sihat.

Jadi  nak kongsi di sini, saya bukanlah bermula dengan nampak perniagaan ini pada Februari tetapi saya mula nampak sejak 2 menjak saya hadirkan diri ke kelas dan menumpang belajar dari kumpulan Bangi, yang bukan kumpulan saya. Walaupun kadang rasa sudah tak pandai nak mulakan bisnes yang lain kerana saya rasa seperti terikat mati dengan Tupperware, tetapi sebenarnya bila kita belajar dan belajar, banyak yang kita akan dapat dan in shaa Allah akan bantu kita.

Sekian dulu coretan kali ini, kerana saya sedang sibuk menyusun jadual kerja untuk perniagaan ini, baru nak bermula dan sedang merangkak sedikit-sedikit sebelum berlari dan terus berlari hingga sampai ke puncak.

Antara produk Noxxa yang menjadi kegilaan surirumah sekarang
Jika berminat nak dapatkan produk Noxxa atau Amway yang lain, boleh pm kita ya.

No comments:

Post a Comment