Hari ini datang mood terajin nak meroti. Kita guna Bread Maker noxxa sahaja memandangkan dah lama bagi ia cuti, lebih 2 bulan. Masa akhir guna adalah masa kita guna untuk bakar kuih raya untuk raya Puasa itu hari. Masa raya haji, langsung tak dan nak membuat biskut raya.
Baik, saya kongsikan resepi roti saya petang ini. Saya kombinasikan resepi dari carian google dan juga daripada group watsap kawan-kawan. Memang sangat mudah menggunakan Bread Maker Noxxa, anda tak perlu berpenat lelah untuk uli dan kotorkan tangan, kira ibu-ibu yang ada anak kecil pon boleh buat, senang sangat.
Bahan-bahan untuk roti
1 cawan air sejuk (saya guna dalam peti sejuk)
1 sudu garam buluh halus
4 sudu gula halus
1 biji telur
2 sudu besar buttercup
2 sudu besar susu tepung
500 gm tepung roti
1 sudu bread improver
1 paket yis mauripan
Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan di atas ke dalam bekas pengadun, pastikan bila pengadun dah letak siap-siap ya. Pastikan juga yis berada di atas sekali dan tidak terkena langsung air.
2) Masukkan dalam Bread Maker dan tekan program Bread, pilih yang ke 10 dan biarkan ia.
3) Selepas 5 minit, keluarkan bekas pengadun dan kacau semua bahan-bahan untuk pastikan tiada bahan tepung yang melekat di tepi-tepi bekas.
4) Sambung semula mengadun menggunakan BM. Dan masa biasanya diambil dalam 1 jam setengah, untuk siap adun dan naik sendiri.
5) Selepas program siap, keluarkan doh dan buang angin dengan cara tumbuk-tumbuk permukaan roti, masa ini doh akan menurun semula.
6) Biarkan doh naik semula dalam masa setengah jam.
7) Bentukkan doh mengikut kesukaan anda dan hiaskan permukaan doh dengan bahan-bahan yang anda ada mengikut kreativiti anda.
8) Bakar roti setelah disusun elok dalam loyang pembakar pada suhu 180 darjah celcius dalam masa 17 minit.
9) Sebelum itu, pre heat atau panaskan dulu oven/BM kita pada suhu 180 darjah celcius dan masa 5 minit.
Kalau nak beli BM Noxxa. PM saya laju-laju |
Cantik betul naiknya, sampai ke bumbung BM |
Nampak lembut gebu gebas, Tak sabar nak bakar pula |
Selamat mencuba.
Saya kongsikan gambar-gambar dari group whatsapp yang bersemangat sama-sama meroti petang ini.
Pelbagai bentuk dan corak boleh dibuat apabila dah jadi dohnya.
Sekian dulu.
Jika anda berminat untuk dapatkan Bread Maker Noxxa ini dengan saya, boleh hubungi saya di talian 010-9336935 atau melalui emel dan pm saya di fb.
No comments:
Post a Comment