Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 20 September 2016

Raya Aidiladha

Assalamualaikum w.b.t,

(Ini adalah entri tertangguh. )

Hari ini hari raya aidiladha kedua, jika diikutkan, esok dah kerja seperti biasa, namun saya ambil cuti lebih lama untuk sambung berada di kampung, lagipun  Jumaat nanti cuti semula kerana hari Malaysia, cuti umum.

Berada di rumah mak, pagi-pagi lagi sudah kenyang makan nasi dan lauk pauk. Hari ini mak masak daging kicap yang lembut, wangi dengan ketumbar. Dan ada lagi sup tulang lebihan lauk malam tadi.

 Saya masak apa? Biasanya jika berada di rumah mak, memang saya tak masak, malah jarang sekali saya kat dapur. Jika kat dapur hanya untuk makan, tolong hidang apa yang dah siap dimasak macam itu saja. Tetapi ada masa jika saya nak masak rendang, saya memang akan sendiri masak sebab mak katanya tak reti masak rendang.

Sekejap lagi mak ajak cucuk sate ayam yang dah diperap sebelum malam raya lagi. Cukup untuk keluarga kecil kami saja, seperti biasa, 2 ekor ayam sahaja. Dan tugas membakar kita serahkan saja pada mak, kerana adik-beradik yang lain masih enak tidur. Sekejap saja dah siap dibakar kerana mak guna bara yang dihasilkan dari tempurung kelapa. Anak-anak saya suka makan sate juga tambahan lagi air tangan nenek mereka.


Bila berada di kampung, perkara yang paling susah adalah untuk bangun pagi, suasana yang sangat sejuk pada pagi membuatkan kita dibuai lena yang lama. Bercinta juga untuk bangun pagi kerana air paip sangat sejuk pada pagi.

Sekarang pula kami berdepan dengan air yang perlahan dari paip, semua rakyat Kelantan pun alami perkara yang sama. Jiran-jiran semua dah pasang enjin air di telaga rumah masing-masing untuk tambah bekalan air supaya laju. Dan kami ada enjin air yang dah rosak, tunggu masa untuk ditukar baru saja.

Jadi mak biasanya akan tadah air penuh baldi dan besen untuk kegunaan kami sekeluarga. Kami masih bertahan dengan keadaan ini. Seingat saya sebelum ini Kelantan mengalami air merah, keruh setiap hari tetapi sejak akhir-akhir ini, kami dah tak alami lagi masalah sebegitu. Kerajaan Kelantan sudah tukar paip paip yang lama kepada yang baru, tetapi masalah lain pula adalah jumlah air yang tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan rakyat.

Jika masih teruk dan berpanjangan memang kena pasang enjin air juga, mudah untuk kerja-kerja di rumah. Semua pun memerlukan air.

Sekian dulu entri dari saya,
Taip khas dari kampung halaman saya di Kg Cabang 3, Kedai Buloh.

No comments:

Post a Comment