Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday 28 July 2016

Kena Saman MPKJ

Assalamualaikum w.b.t

Padan Muka Aku!
Itu yang boleh dikatakan untuk pertama kali bila dapat surat saman yang diselitkan pada wiper kereta. Kesalahan yang dilakukan adalah salah letak kenderan. Masa pagi kejadian itu saya memang parking di tepi jalan saja seperti yang saya pernah lakukan dalam 10 tahun lepas. Tak sangka yang sekarang undang-udang sangat ketat dan ada pula pengawai MPKJ yang rajin untuk datang memeriksa dan kena pula masa saya yang meletak kenderaan. Saya tengok sederet dengan saya semuaya dapat surat cinta dari MPKJ, lebih dari 20 buah kereta juga yang parking sejalan dengan saya.



Jadi saya memang mengaku salah, nak tak nak haruslah kena pergi bayar segera kan. Dan saya pula memang jenis tak suka lewatkan benda/perkara sebegini. Masa saya tanya kawan yang sama naik komuter dengan saya sebab kami ada seminar di KL, jalan terbaik adalah dengan menaiki komuter, kenderaan awam yang mudah untuk sampai ke destinasi tanpa menempuhi jem jalan raya. Katanya dia dikenakan RM4 untuk sekali pagi sepanjang hari di tempat parking berbayar berhampiran yang disediakan. Mahal juga RM4, kata saya padahal berbanding kena saman sebanyak RM50 lagi berganda-ganda mahalnya, apakan daya nasib sudah terkena dan tak dapat diubah lagi.

Esoknya, saya mengambil keputusan untuk terus membayar saman di kaunter/pejabat MPKJ yang terdekat dengan saya iaitu di Kompleks Hentian Kajang. Semasa di kaunter, saya menanyakan jika dapat diskaun atas rayuan bayar awal, maka pengawai atau staff yang di kaunter bagitahu saya dapat 50% diskaun jika ke HQ iaitu ke MPKJ bandar Kajang.  Kiranya hanya perlu bayar RM25 saja, maka ia sudah boleh tahan jimatnya.

Memandangkan saya hanya ada waktu rehat 1 jam sahaja, maka esok sajalah saya buat keputusan untuk ke MPKJ Kajang. Dan kebetulan pula saya boleh minta tolong adik saya untuk ke bandar Kajang dan menyelesaikan bayaran saman ini. Rupanya saya kena bayar sebanyak RM50, tiada diskaun seperti yag dinyatakan kerana saya membuat kesalahan meletak parking pada tempat larangan, kononnya menghalang laluan sedangkan tidak pun (mengikut pendapat saya saja). Katanya pengawai di situ, jika saya tak bayar paking di tempat berbayar barulah dapat diskaun 50% tersebut ada dan boleh digunapakai, Maka adik saya terus sajalah bayar tanpa menunggu lagi. Maka  hanguslah RM50 duit saya.



Pegajarannya di sini, jangan sesuka meletak kenderaan dan jangan pepandai melanggar peraturan yang ditetapkan, ikut lah arahan dan undang-undang yang telah dilaksanakan supaya ia tidak menyusahkan diri sendiri dan orang ramai.

Sekian sajalah cerita pegajaran saya pada hari ini.

No comments:

Post a Comment