Assalamualaikum w.b.t,
Walau kisah jem dan beraya sudah sunyi dan tidak kedengaran lagi, tetapi saya suka untuk ulas dan 'throwback' kisah jem di Hari Raya. Kadang ramai yang kata alah setahun sekali sahaja. Oh tidak, sebenarnya ia berkali-kali dalam setahun, ikut lah cuti perayaan apa, pasti anak perantau akan pulang dan buat jem jalan di kampung terutama sekali rakyat Kelantan. Saya tahu sebab saya ini orang Kelantan, suami juga orang Kelantan, pantang ada cuti panjang sikit pasti nak balik kampung jumpa mak dan ayah.
Kita ikuti perkembangan semasa malam untuk pulang semula ke bandar setelah berhari raya,jem teruk disebabkan semua pun nak balik dan sambung kerja semula pada hari yang sama Isnin. Sedangkan kebiasaan masa nak balik ke kampung juga jem, namun tahun ini terlepas dari jem teruk kerana cuti tidak sama dan tidak berlaku serentak. Maka ramai rakyat Kelantan boleh balik secara berperingkat.
Padahalnya, kami sekeluarga dah bergerak awal seawal Malam Jumaat untuk elakkan jem atas jalan raya yang kebiasaan kami lakukan memang betul dapat elak jem, Namun kali ini ia amat luar biasa di mana kereta sentiasa ada di atas jalan dari Machang ke Kuala Krai. Kami tak ada kemudahan lebuhraya, yang ada hanya jalan 2 hala dan 1 lorong sahaja ke depan dan 1 lorong ke belakang.
Nasib baik hanya jem sehingga ke Kuala Krai saja, bila dah masuk Gua Musang, dah tak berapa jem lagi dan trafik lancar sehingga ke KL.
Boleh saya kongsikan sedikit yang saya ambil dari 'update FB saya'
Cerita malam tadi
Keluar Dari Rumah Ayah di Machang jam 10pm
Patah balik sebab tak sangggup nak redahhh jem Kete bersusun
Masuk bandar tengok KFC pun bersusun orang beratur
Terus g Kedai colek tepi jalan tapi tak jadi beli sebab ramai orang dan tiada tempat untuk duduk makan
Jadi dalam 10.20pm kami redah juga la jem nya
Rupanya jem dari Machang ke Kuala Krai saja
Lepas dari itu trafik biasa saja
Dan Alhamdulillah sekarang dah selamat berada di Rumah tempat mencari rezeki
Semasa dari Machang ke Kuala Krai, memang ada juga kereta yang melalui lorong kecemasan dan nasib mereka tak baik kerana disaman terus oleh polis trafik yang bertugas. Masih ramai yang tidak serik dan tak endahkan peraturan jalan raya. Sememangnya mereka menganggap ia perkara remeh sedangkan ia sangat menyusahkan pihak tertentu jika berlaku kecemasan. Walaupun dah dibertitahu mengenai ops sikap semasa di jalan raya.
Jadi bagi kami, pengalaman balik beraya di kampung halaman dengan redah jem itu sudah terlalu biasa. Dan ia buat kami tak pernah serik untuk balik beraya bersama keluarga tercinta.
Apa yang kami harapkan sebagai rakyat Kelantan adalah pembangunan Negeri Kelantan, negeri kami supaya segera diadakan lebuhraya dan siap segera dengan ada peruntukan ke arah itu.
Sekian dulu, nantikan entri saya yang akan datang.
No comments:
Post a Comment