Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 19 July 2016

Kerja Sebelum Raya 2016

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian dari pengalaman saya semasa nak raya Aidilfitri 2016.

Hari akhir bekerja sebelum raya, tetapi jika hari ini adalah hari Jumaat mungkin tak terasa sangat kelengangan jalan raya, namun ini adalah hari Sabtu yng bekerja bagi kami di syarikat ini, makanya boleh faham sendiri bagaimana perasaan kami yang saki baki masih bekerja pada hari ini. Yang tak  boleh minta cuti disebabkan pelbagai sebab.

Salah satu sebab nya adalah seperti saya yang tiada cuti tahunan, maka harus bekerja seperti biasa jawabnya. Sebab yang lain mungkin syarikat atau majikan perlukan mereka supaya berada pada tempat kerja atas urusan kerja yang penting. Maka kena kerjalah jawabnya.

Jadi apa rasanya boleh kami penuhi selama 8-9 jam berada di pejabat selain daripada fikiran melayang ke kampung halaman, ingat perkara tentang persiapan raya sahaja atau jika berjumpa kawan-kawan juga  mestilah isu RAYA yang dibualkan.

Sebenarnya bagi saya bekerja dalam saat-saat begini sangat tak produktif dan tidak efisien, al maklum lagi di tempat kerja saya mengalami gangguan internet, semua emel dan fail-fail dalam komputer juga tak dapat dibuka dan dibuat kerja kerana sistem kami menggunakan cloud, disimpan menggunakan network. Walaupun begitu bukan lah semua pekerja kena perkara yang sama, ia berlaku pada pejabat kami dan hanya 2 jabatan sahaja yan terkena, kata orang yang pakar dalam bidang IT ini adalah kerana switch kami rosak dan perlu ditukar baru sedangkan yang lain switchnya masih OK. Entahlah switch pula main peranan, tak tahu lah switch apakan. Mungkin bahasa orang IT untuk fahamkan orang kebanyakan bagi kami. 

Maaf tiada gambar dilampirkan sekali.

Persoalan: Maka apa kerja yang kami buat di saat tiada network begini?
1-Kemaskini data yang hard copy
2-5S tempat kerja, asingkan dokumen yang tak perlu untuk buang dan masukkan dokumen yang perlu dan disimpan dalam Fail hard copy.
3-Pinjam komputer yang boleh buka network dan buat kerja kerana ramai yang dah mula cuti raya
4-Audit dan ronda kawasan tempat kerja, masa lakukan kerja begini, kita akan jumpa banyak masalah dan persoalan dari rakan kerja yang lain.  

Sekian dulu. 

No comments:

Post a Comment