Assalamualaikum w.b.t,
Saya kongsikan resepi ayam panggang ajaib supaya tak hilang yang mana saya dapat dari group MAHN 'Masak Apa Hari Ni' . Banyak ilmu memasak yang saya dapat dari sana dan saya praktikkan untuk kegunaan harian. Mari kita tengok resepinya.
Saya kongsikan resepi ayam panggang ajaib supaya tak hilang yang mana saya dapat dari group MAHN 'Masak Apa Hari Ni' . Banyak ilmu memasak yang saya dapat dari sana dan saya praktikkan untuk kegunaan harian. Mari kita tengok resepinya.
Bahan2nya....
1 ekor ayam dibelah dari belakangnya. Tapi jgn terputus.
1 batang serai
2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit
5 tangkai cili kering kalau nak pedas lebihkan lagi cili tu
1 camca kecil garam
3 sudu besar gula kalau nak kurangkan manis boleh kurangkan gula ni. Sbb bakar seekor jadi banyak nilah saya gunakan gula. Boleh ejas2.
Blandkan semua bahan2 tersebut dgn sedikit air.
Gaulkan pada ayam dan perapkan dlm 10 minit je
Boleh dibakar dlm pemanggang ajaib. Bakar api perlahan, balik- balikkan sekali sekala. Lebih kurang dalam 40 hingga 50 minit.
Ayam tak perlu direbus.
# Kalau nak masak 1/2 ayam gunakan separuh je bahan2 tu.
Bila tengok ayam yang dah masak, memang sangat menggiurkan dan rasa nak makan terus kan.
Jadi boleh lah cuba jika dah terliur kerana resepinya mudah sahaja. Bagi yang tiada pemanggan ajaib, boleh beli atau anda boleh saja gantikan dengan oven, periuk ajaib lain yang anda ada. Mudahkan ia, semoga ia menjadi mudah untuk anda. Jangan jadikan tiada pemanggan ajaib, maka tak boleh masak.
Sekian dulu.
No comments:
Post a Comment