Assalamualaikum w.b.t,
Kadang terfikir nak hentikan semua bisnes
MLM yang duk buat sekarang sebab rasanya tak ke mana, sebab saya tak buat
sungguh-sungguh, setakat buat suam-suam kuku lepas itu asal balik modal saja
pun dah OK tanpa ada untung runcit, maka bila semakin lama begini, rasa putus
asa dan perasaan nak hentikan segalanya pun datang lah.
Kenapa?
Satu sebabnya juga adalah, terasa seperti
sia-sia, banyak habiskan masa dan modal sahaja tanpa ada benar-benar hasil yang
memberansangkan.
Sebab yang lain, telinga ini dah sakit kena
bebel hampir setiap minggu dengan orang
yang terdekat. Sebab ada yang terpaksa untuk maintain jualan tetapi dengan menyimpan
stok sendiri, kerana apa? Jika tak simpan stok, memang rugi, di provok begitu
apabila stok yang dikehendaki oleh pelanggan sudah kehabisan di kedai yang
bolehkan kita mendapat point untuk jualan kita. Mereka yang nakkan barangan tersebut akan cari dan beli dengan kita.
Jika difikir-fikir, kenapa begini jadinya?
Sebab utama adalah, kerana perlu maintain
bulanan, tahunan supaya kita masih mendapat komisen daripada syarikat. Dan oleh
kerana nak dapatkan komisen yang ciput sebab usaha pun ciput atau langsung tak
sehangat memula join dulu, motivasi berkurangan seusia dengan masa katanya.
Dalam proses untuk meneruskan atau hentikan segera dan buat pilihan yang tepat. Biasanya dalam keadaan begini, seharusnya saya meminta Allah yang tentukan. Sebelum ini saya memang dalam delima dan meinta petunjuk dariNya, saya dah nampak petunjuk tetapi itulah kita sebagai manusia kadang tak endah dan kadang suka berbantah dengan petunjuk yang dah terang depan mata. Kita lebih suka ikutkan kata hati dan masih meneruskan dalam kepayahan.
Ya Allah di saat ni, aku emohon padaMu supaya ditetapkan hati dan dibulatkan tekad, berikan aku petunjuk yang benar, jalan yang benar.
Saya mohon and ayang sedang membaca juga doakan saya supaya istiqomah. Jika Dia berikan jalan supaya saya teruskan, in shaa Allah saya akan teruskan, tetapi jika Dia berikan jalan supaya berhenti dan akan dihentikan serta merta. Semoga Dia berikan pilian yang terbaik sesuai dengan jiwa hambaNya ini.
Sekian dulu.
No comments:
Post a Comment