Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 25 December 2015

Perabot Idaman


Assalamualaikum w.b.t,

 Alhamdulillah biarpun sekian lama gambar –gambar yang saya ambil ini berada dalam simpanan saya tetapi saya tidak pernah jemu menatapnya dan baru kali ini saya berkesempatan untuk jadikan ia entri di blog ini. Ia bukan apa, sekadar perkongsian untuk menyatakan ia sebenarnya perabot idaman saya. Siapa yang tidak ingin rumah dipenuhi perabot yang kemas dan sedap mata memandang. Ia juga memberikan kesempatan untuk anda pembaca blog ini cuci mata bersama. Ia diambil semasa saya bersama kawan sekerja ke IOI Mall yang baru dibuka di Putrajaya. Dan ini adalah Home Living jika tidak silap. Walaupun sampai sekarang saya masih belum berpeluanguntuk mebeli apa-apa dari kedai ini tetapi melihat gambar dan susun aturnya sudah membuatkan jiwa tenang. Ia juga sebagai satu terapi diri di kala teringin rumah kemas. Dan ia dijadikan motivasi untuk saya sentiasa pastikan keadaan rumah kemas dalam masa yang sama, saya menyimpan angan dan cita untuk dapatkannya.


 

 Jika ikutkan hati, saya teringin membeli di IKEA sepertimana yang sering diwar-warkan yang harga nya jauh lebih murah tetapi perlu kerja lebih untuk memasangnya sendiri. Berlainan jika beli siap, memang bayar lebih mahal tetapi barangan kita beli  puas hati sebab yang pakar memasangnya. Kesilapan yang berlaku kurang.

 Bila sebut IKEA, dah lama saya teringin untuk ke sana, tetapi kata kawan saya, jika tak pernah pergi memang jakun untuk membeli barangannya. Kena buat ukuran dan kena tahu ukuran keluasan rumah kita untuk pastika ia benar-benar muat dengan ruang dalam rumah kita. Adalah satu perabot dari IKEA yang saya dah beli, itupun beli dari kawan. Ia memang sangat selesa dan berkualiti tinggi, iaitu kerusi hitam lepat dan mudah alih.

 
Ruang dapur yang canggih dan moden, seronok kan jika dapur kita pun seakan ini atau sebegini rupa. Mesti kerajinan untuk memasak hari-hari semakin bertambah.

 
Ruang Dapur: Seronok memasak

Ruang pejabat atau SOHO juga boleh dijadikan ruang belajar untuk anak-anak. Buat masa ini anak saya memang tak perlukan ruang begini, tetapi jika ada, ia adalah satu bonus. Mungkin dalam masa setahun atau 2 tahun lagi saya memang benar-benar ingin kan ruang begini di bilik tidur anak saya untuk mudahkan mereka belajar dan mengulangkaji pelajaran.

 
 
 


Sekian dulu coretan kali ini.

Memang seronok bila dapat berangan macam-macam, namun ia bukanlah suatu impian kosong jika kita sanggup berusaha ke arah itu.

 

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935



Facebook : Wan Rokiah


Fanpages: Stokis DCL

 

Sila buat pembayaran ke

Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

 

 

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)

melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel

Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:

Nama Penuh,

Alamat Penghantaran,

No telefon,

Item Order dan kuantiti

 

 

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

 

Jom beriklan di sini : SOHO Directory

Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan

Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki

Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi


Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:

Sms/whatsapp ke : 010-9336935


Facebook : Wan Rokiah

 

 

 

No comments:

Post a Comment