Assalamualaikum w.b.t,
Ya selama 3 hari berturut-turut saya seakan patah kaki dan
hanya berada di dalam rumah tanpa keluar ke mana-mana. Kiranya menjadi
surirumah yang tiada kenderaan untuk ke mana-manalah. Ada 1 kali saya keluar ke
kedai runcit berdekatan itu pun untuk belanja anak-anak dengan makanan atau
barangan kesukaan mereka.
Kenapa saya bertapa dalam rumah selama 3 hari berturut-turut,
jika ikut betulnya hampir 4 hari. Sebab yang pertama kerana anak bongsu saya
(pada ketika ini masih bongsu) demam dan badannya panas pada pagi Rabu semasa
baru bangun tidur, walaupun rasanya anak saya demam bermua dari ahad petang
lagi tetapi demam biasa saja yang hilang panasnya apabila makan ubat demam
biasa. Tetapi nak dijadikan cerita “bertapanya saya”, pada pagi Rabu tersebut,
badannya panas lain dari biasa, maka saya putuskan yang saya perlu menjaga nya
sendiri tanpa menghantar ke taska. Jadi si abang pun sama lah, saya tak hantar
juga walaupun sepatutnya ikut hati saya memang hantar saja sebab apabila di Day
care, dia sekurang-kurangnya belajar bergaul dengan kawan yang lain da nada
sesi hafalan doa, jika berada di rumah, kebiasaannya memang cerita kartun saja
yang ditengoknya dari pagi sampai malam.
Bebali kepada cerita bertapa tadi, sebab yang keduanya
adalah kereta saya yang seakan-akan kaki saya tiada bersama, sebab saya
menghantar ke bengkel kereta untuk tujuan ketuk dan cat selepas dilanggar dan
berlanggar bulan lepas. Kiranya dari petang Selasa lagi saya sudah patah kaki.
Maka ia menguatkan lagi yang sepatutnya saya hanya berada di rumah saja.
Tapi apa yang saya nak kongsikan dengan tuan puan pembaca
budiman sekalian, walaupun saya berada di rumah dan tidak dapat ke mana-mana,
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki saya yang sedang
menjaga anak yang sakit ini dengan jual beli atas talian yang sangat dikatakan
masyuk. Inilah yang saya katakana indahnya berbisens online, indahnya berniaga
atas talian, dengan hanya berada di rumah pun, urusan jual beli dapat
dijalankan seperti biasa dengan syarat, ada usaha dari pihak kita dan
selebihnya memohon pertolongan Allah S.W.T. Yang paling tak disangka pelanggan
yang dah order lama dulu dan hold ordernya, boleh lunaskan dan selesaikan
pesanan dia pada masa ini. Alhamdulillah duduk tak duduk dapat juga keuntungan
lebih dari RM200 sepanjang 3 hari berada di rumah tanpa keluar dari rumah. Tuan
puan pembaca sekalian kena ingat bukan nikmat ini datang bergolek dengan usaha
hari ini namun ia usaha dari tahun 2013 dan masih berterusan usahanya hingga
kini.
Syukurlah. Maka saya sudah lama buka peluang untuk anda dan
mereka yang berminat dengan bisnes online ini supaya ambil langkah pertama
dengan menghubungi saya, minta cara dan tunjuk ajar supaya dapat bersama-sama
menjana pendapatan walau hanya berada di rumah, walau hanya separuh masa jika
masih bekerja makan gaji.
Sekian dulu,
Sehingga berjumpa semula esok @ lusa ya.
Sila hubungi
saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang
berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
No comments:
Post a Comment