Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 11 July 2015

RESEPI BERBUKA PUASA

Assalamualaikum w.b.t,

Banyak sangat makanan untuk berbuka jadi tidak tahu mana satu yang harus dimakan dan dihabiskan
Jika tak habis, pembaziran, entah datang angin apa, mungkin sebab semalam tak masak apa akibat paip pecah di rumah, jadi ketiadaan air menyukarkan u ntuk memasak dan membasuh. Bila hari ini ada air dan anak-anak minta supaya masakkan pasta spiral yang baru beli, maka dengan angin rajin saya pun masak lah dengan menu yang sangat ringkas. Tambah lagi dengan masak nugget ayam sendiri atau diberi nama cekodok ayam homemade, sedap dan enak dimakan. Dan seperti biasa, jiran sebelah memang akan bagi makanan dia masak juga. Tambah lagi makanan yang dibeli dari luar kononnya awal-awal tak dapat nak masak sebab paip baru saja dibaiki dan ambil masa untuk gam kering, menjadikan makanan berbuka hari ini sangat banyak dan beraneka.

Kebiasaan  bulan Ramadhan kali ini saya hanya berbuka seringkas dengan air minuman sihat, teh hijau panas dan kurma sebiji. Jadi jika tidak masak pun tiada masalah bagi saya. Cuma suami dan anak-anak pasti kena ada makanan untuk mereka, biasa saya masak nasi pun jarang sekali habis.

 Bulan Puasa kali ini benar-benar berjimat, beras pun tak luak mana, nasi yang dimasak pun banyak kali tak habis. Ye lah kita tak makan nasi, jika makan pun sedikit sangat, sang suami bila nampak kita macam itu, dia pun tercabar dan makan sedikit juga.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah pentingnya kita menjaga kesihatan terutama di Bulan Ramadhan ini.
Dan selebihnya nak kongsikan resepi “Pasta Spiral Perisa Tomyam”  dan “Cekodok AYam Homemade”

Spiral digoreng dengan Cookware inspire Tupperware
Semua minuman adalah saya punya

Spiral siap untuk dimakan, tambah sambal penyet lagi sedap

Cekodok Home made sedang digoreng


Resepi Pasta Spiral Perisa Tomyam
Bahan-bahan:
Pasta yang dah direbus, campurkan sedikit minyak zaitun dalam rebusan air semasa merebus
Ayam yang dicincang halus, saya beli ayam yang dah siap dikisar
Perencah tomyam kiub
Daun bawang yang dipotong halus
Bawang putih, merah dan sedikit halia

Cara-caranya:
1)      Tumis kan bawang dan halia
2)      Masukkan ayam dan perencah tomyam, jika boleh tambah sedikit sahaja air supaya perencah mudah larut
3)      Masukkan pasta dan kacau sebati
4)      Akhir sekali masukkan daun bawang dan tutup api
Saya guna periuk dari Inspire Cookware jadi cepat masak dan panas.
Boleh segra dihidangkan kepada anak-anak.  Pasti mereka sangat menyukainya.

Resepi Cekodok Ayam Homemade
Bahan-bahannya:
Ayam kisar
Daun bawang dipotong
Sebiji telur
Garam
Lada hitam serbuk
Cili merah dipotong


Cara-caranya:
1)      Campurkan semua bahan, kacau sehingga rata
2)      Panaskan minyak dan bentukkan kecil-kecil cekodok dengan sudu
3)       Goreng dan biarkan garing
4)      Siap, dah boleh hiding dan makan dengan nasi atau juadah yang lain.
Selamat mencuba, resepi yang mudah dan senang dibuat tetapi sedap di makan.

Makanan tambahan lain kebetulan ada.

Cekodok Pisang sedang digoreng, makanan tambahan
Kerang rebus dari Kedai Choleq 



Sekian dulu, jika ada nak beli sesuatu barangan yang saya jual, boleh lah hubungi saya ya.

 Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



No comments:

Post a Comment