Semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat saja ya. Maaf lah saya sekarang kurang rajin dan kurang masa untuk update entri terbaru, sebenarnya kekangan internet yang punca utama, Apabila ada kekangan sebegini, membuatkan kerajinan dan mood nak berkongsi merudum, tetapi Alhamdulillah walaau ada kekangan sebegitu, saya tak mudah mengalah dan masih teruskaan apa yang dah saya usahakan sebelum ini.
Baik semepena bulan puasa yang mulia ini dan tak lamaa lagi nak raya, saya nak kongsikan resepi apam kukus yang saya dah cuba buat dan menjadi. Biasa duk buat apam nasi dan kali ini berpeluang cuba apam susu, ia sangat mudah dan sedap dimakan. Senang buat sekali dan boleh bagi juadah berbuka untuk jiran-jiran. nanti masa raya juga senang buat sekali dan boleh hidangkan pada tamu yang datang bertandang raya.
Layan gambar dulu sebelum bagi resepi.
Saya guna bahan yang sedia ada di rumah. Mudah dan cepat.
Kek apam yang dah sedia utnuk dikukus |
Saya buat Versi kecil untuk budak cilik sebelah rumah |
Rupa sebelum dikukus, saja letak kismis dan badam cincang sebagai hiasan |
Kek yang dah siap dipotong, gebu dan sedap dimakan |
Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 cawan gula (saya guna sedikit sahaja, kurangkan gula)
1 1/2 cawan gandum
1 cawan susu pekat
sedikit esen vanila
satu sudu besar ovalette
Cara membuatnya:
1) Pukul telur, esen vanila, ovalette dan gula sehingga menjadi gebu dan putih atau kembag katanya
2)Masukkan susu pekat dan pukul lagi
3)Masukkan tepung dan kacau sebati
4) Asingkan kepada 3 bahagian (atau ikut suka anda), dan masukkan pewarna ke dalam adunan.
5) Masukkan setiap satu senduk ke dalam loyang dimulai dengan bahagian tengah dan sehingga habis adunan.
6) Panaskan kukusan dan masukkan kek apabila air dalam kukusan dah mendidih.
7) Kek masak dalam masa 20 -30 minit, jika guna bekas kecil-kecil, dalam 10 mint dan siap masak.
Tips: nak tahu kek dah masak atau belum, gunakan lidi dan cucuk di bahagian tengah kek, jika tiada apa yang melekat, maknanya kek dah masak, boleh tutup api dan angkat kek ke luar, sejukkan. Baru boleh potong ikut kesesuaian.
Sekian dulu, shingga berjumpa lagi
Iklan:
Jika tiada pemukul atau mixer, boleh dapatkan Speedy Chef dari Tupperware brands dengan saya. Lagi cepat adunan anda kembang berbanding dengan menggunkan mixer elektrik dan manual.
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
No comments:
Post a Comment