Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 23 July 2015

DEMAM TERUK SELEPAS RAYA

Assalamualaikum w.b.t

Ya saya dengan ini mengisytiharkan yang saya telah jatuh demam sejak dari raya kedua lagi, semasa perjalanan dalam tengahari balik beraya dari rumah mertua di Machang ke Kota Bharu, keadaan masa itu sangat panas dan berlawan pula dengan sejuk Air cond dari dalam kereta yang kekadang dibuka tingkap kereta untuk mengelakkan anak sulung muntah.  Memang berkali-kali juga dia muntah, mabuk kenderaan, sama seperti saya suatu ketika dulu, pantang naik kereta atau bas, pasti mabuk dan muntah. Bila sampai ke rumah mak, masih boleh bertahan dan beraya ke rumah mak saudara, itu pun hanya 2 buah saja sebab dah sampai rumah pun hampir asar.

Masuk saja jam 7 kepala saya makin berat dan tiada daya untuk tahan, melainkan telan 2 biji Panadol dan tidur. Nasib baik ketika itu saya masih bercuti dari ‘solat’.  Memang tak peduli pada siapa dah, suami nak makan ke, anak nak tukar pampers atau nak susu, memang saya serah sepenuhnya pada mereka yang ada di rumah sebab saya dah berlayar. Jam 10 malam baru saya tersedar dari tidur dan bangun makan nasi dan apa yang ada sebab dah terasa lapar.

Alhamdulillah walau pun tak berapa sihat lagi pada raya ke-3 tapi saya gagahkan diri dengan telan lagi Panadol walaupun berkesan hanya pada waktu yang singkat sahaja, bila habis dos ubat, demam datang menyerang kembali, nak buat macam mana, supplemen yang biasa diambil tidak dibawa balik sebab kali terakhir saya demam adalah bulan 2 itu pun bukan demam teruk, hanya selsema cair saja.  Ini demam bercampur dengan kepala berdenyut, hingus berair, batuk dan geli tekak, suara pun hampir hilang. Parah kan.

Tapi agak lewat juga kami keluar beraya bersama dengan mak dan adik beradik yang lain, masa ini suami tak ikut sebab dia pula kena resdung dan telan ubat, mengantuk yang amat. Jadi kami konvoi 2 buah kereta dan beraya di rumah saudara sebelah mak dan arwah ayah. Sampai Isyak lah beraya, sampai rumah dah malam. Masa untuk rehat tapi tak boleh nak rehat mana sebab dah kena mengemas untuk balik semula ke kota, basuh baju-baju kotor yang ada.

Masa berlalu begitu pantas, rasa terlalu singkat saja, sebab rancangan asal dah bertukar kerana dihabiskan dengan menunggu dan menunggu saudara dan adik beradik datang ke rumah, masalahnya raya kali ini ramai yang tidak sihat, makcik sebelah ayah juga demam dan sakit kepala kerana cuaca yang panas dicampur dengan makan pelbagai makanan dan minuman sejuk di musim raya ini.  Keluarga kaki par satu keluarga kena cirit birit dan ada anaknya yang juga demam.
Padahal saya memang dah beringat sangat pasal makan dan minum di musim perayaan ini namun itulah praktiknya tidak semudah teori. Teori semua orang tahu tapi bila sampai masa praktikalnya, memang akan terlupa dan ikut apa yang ada depan mata saja.

Kesimpulannya, raya kali ini, tak dapat berkumpul dan jumpa semua adik beradik belah suami, belah saya Alhamdulillah bersua muka, dengan makcik-pakcik saudara dan jiran-jiran saja tak sempat nak menjenguk. Kita jumpa raya haji nanti lah pula.

Sekarang masa nak fokus kerja, update blog, jalankan bisnes supaya kencang. Biar duit dan rezeki berlambak dan balik raya haji nanti, dapat kongsikan kegembiraan dengan semua kaum keluarga.  Niat di hati memang ada, harap tindakan juga berjalan seiring.


Jadi bagi anda yang tengah sesak, nak tambah pendapatan dengan bisnes online ada yang guna modal, ada yang tiada guna modal duit, boleh hubungi saya. Cuma suka saya nak ingatkan yang anda adalah modal yang paling penting. Ya diri anda adalah modal yang paling utama. Jika anda mahu, memang segalanya mampu dilaksanakan.

Iklan:
Jika berminat nak dapatkan bekas flask ini yang boleh digunakan untuk isi air batu dan juga air panas, bubur nasi, boleh hubungi saya.





Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment