Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 19 February 2014

Selebriti?

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Hari ini rasa tahap keyakinan sangat tinggi selepas dua hari lepas rasa semangat mula hilang. Hari ini seperti disuntik pula, bermula dari pagi hari menerima satu pesanan ringkas seorang pelanggan yang telah membeli 2 pasang stokin ajaib dengan saya, ingin ulang beli dengan belian 6 pasang stokin pula. Masya Allah besar nya kuasa Mu, ya Allah.

Sebenarnya, saya jujur di sini ya, dalam minggu ini memang saya sudah malas untuk bangun malam bertahajud dan solat hajat. Tidak tahu mengapa perasaan mengantuk tidak dapat dilawan. Dan juga siang nya saya tidak sempat untuk Dhuha, tangguh tangguh, tengok dah terlepas waktu Dhuha. Rasa sangat menyesal dan tidak akan ulangi perkara ini.

Baik, berbalik kepada tajuk di atas, selebriti? Ramai yang nak jadi selebriti dan ramai yang tidak mahu.
Bila dah rasa terlebih yakin, rasa macam nak jadi selebriti pula. Haha, ada peluang ke? Nak jadi orang yang selalu masuk tv, bagi ucapan, ceramah dan kata-kata motivasi. Ini semua gara-gara selepas saya menghadiri satu kursus latihan untuk pelatih.

Sesuai untuk orang yang sentiasa bercakap di depan khalayak ramai. Dan sesuai untuk kerja yang saya lakukan sekarang walau saya adalah bukan orang yang utama untuk mengajar, hanya diperlukan untuk masa tertentu sahaja.

 
Semasa sesi latihan tersebut yang memakan masa selama dua hari, 16 jam lebih kurang tolak waktu rehat makan dan solat, kami peserta diberi pelbagai tugasan. Ada yang berkumpulan dan secara individu.

Yang menarik adalah aktiviti individu, kami diberi tajuk bebas dan dibenarkan bercakap di depan semua orang termasuk Prof yang mengajar dengan gaya yang telah diajar pada hari sebelum nya.
Saya adalah orang terakhir sekali yang berucap atau mempersembahkan kepada semua orang.

Saya memilih untuk menceritakan mengenai Tune Talk, ini yang sedang ligat dalam kepala saya. Dua dalam satu, sambil berucap untuk belajar, sekali mempromosikan produk Tune Talk, mana tahu mereka terbuka pintu hati setelah mendengar kebaikan dan cerita yang saya kongsikan bersama mereka.

Ada rakan kerja yang lain bercerita mengenai keselamatan jalan raya, aktiviti memasak, aktiviti permotoran, pengalaman takut untuk membawa kereta dan mengatasi perasaan takut itu. Bermacam cerita, itu antara yang saya ingat.

Yang menariknya, selepas saya berucap atau bercakap di depan itu, dan akhiri percakapan saya. Prof tersebut tanyakan kepada saya, memang selalu bercakap di khalayak ramai ke? Sebab masa yang diberikan 5 minit, digunakan sehabisnya. Cukup-cukup masa saya berhenti.

Memang lah pernah bercakap depan pekerja di tempat kerja tetapi tak selalu dan biasanya bercakap tanpa set masa pun.

Hari ini yang tertarik dan jadi lebih bersemangat adalah apabila dapat maklum balas dari pelatih iaitu Prof yang mengajar kami tentang prestasi kami semasa sesi latihan.

 Baru kena puji sikit dan naik melambung sehingga ke langit, inilah namanya suntikan melalui pujian, terlebih yakin pula sehingga terfikir hingga nak jadi selebriti. Pelatih selebriti, teringin wei, mana tahu ada rezeki di masa akan datang dan peluang sudah terbuka. Boleh lah kan.



Tetapi  memang setiap kali ke mana-mana Kursus Latihan di luar dari tempat kerja, saya punya semangat lain sedikit, ia menjadi pemangkin untuk lebih berkerja dengan bersungguh-sungguh.

Setakat ini dulu celoteh panjang di hari ini yang bercampur baur.

Bagi anda  yang ingin membeli sebarang produk jualan saya, boleh hubungi saya, Jangan malu dan segan, sila klik ke blog saya yang lain.

Minta jasa baik kalian pembaca semua untuk like fan pages facebook saya. Terima kasih.




Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Tuesday, 18 February 2014

Makan Banyak Ikan Untuk Cerdik

Assalamualaikum w.b.t,

Ikan kembung

Ikan merah

Ikan sardin


Sebenarnya datang idea untuk menulis mengenai tajuk di atas adalah kerana Keropok Lekor.
Bukankah bahan utama keropok lekor adalah ikan dan sejak dua menjak ini makanan kegemaran saya adalah keropok lekor. Itu yang datang idea untuk bercerita mengenai ikan ini

Ya sejak saya sekolah menengah, cikgu Bahasa Inggeris saya selalu bercerita yang dia suka bagi anak-anak dia yang tengah membesar makan ikan kembung yang segar. Biasanya dia akn memebeli ikan yang bersaiz besar dan bakar sehingga masah, bagi anak-anak dia makan ratah macam itu saja. Kepercayaan dia, yang ikan ini baik untuk pembesaran tubuh badan serta minda mereka. Ya lah ikan kan sumber protein yang utama selaian banayak makanan yang lain. Dan sumber protein adalah lebih baik berbanding sumber karbohidrat. Jika badan kita tidak cukup sumber karbohidrat untuk bekalkan tenaga yang diperlukan, biasanya sumber protein baik yang tersimpan akan dicerna untuk ditukarkan kepada tenaga.

Ok, saya tidak mahu bicara sains secara lanjut di sini, apa yang saya nak kongsikan adalah Makan banyak ikan untuk cerdik, rasanya ada betul nya juga. Jadi, tak percaya boleh baca sini . 

Boleh tahu sendiri yang betul atau salah mengenai makan sumber protein terutama ikan segar contohnya ikan kembung yang segar dan besar menjadikan anak-anak yang sedang membesar cerdik.

Ini kerana apa, makanan yang dimakan oleh Rakyat Terengganu atau Kelantan yang berhampiran dengan laut, kebanyakkan nya bersumberkan ikan. Tengok saja lah makanan popular dari sana, iaitu keropok lekor, satay, kuah laksa atau lemak, kuah singgang ikan, kuah lemak nya juga dicampurkan ikan rebus untuk bagi lemak dan rasa yang sedap.

Ok saya berhenti di sini dulu, semoga berjumpa di lain entri.

Sekian.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Monday, 17 February 2014

Pengalaman Kerja Waktu Kerja Berlainan

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, saya dapat merasa pengalaman bekerja syif ikut masa dan bertukar setiap minggu, juga dapat merasa bekerja pada waktu normal.

Pengalaman waktu bekerja syif, ada yang seronoknya, ada yang masalah nya. Yang ada baiknya, masa bekerja syif, lebih fleksibel untuk berurusan dengan agensi kerajaan, bank dan urusan pos. Kerana  bila bekerja di syif petang atau malam, kita ada banyak masa di sebelah pagi untuk uruskan hal-hal yang berkaitan. Maka tidak perlu minta cuti.  Jika bekerja di syif pagi pun masih sempat untuk berurusan di sebelah petang cuma agak terhad masanya.

Yang paling menarik, masa ada cuti panjang dan plan untuk balik kampung, mesti ambil syif pagi punya sebab dalam 3.30pm sudah habis kerja dan boleh terus pulang ke kampung. Boleh elak trafik sesak di bandar Kuala Lumpur.

Waktu bekerja syif juga yang menarik nya, waktu kerja tak sama dengan ramai orang yang lain, maka kita tidak perlu berpusu-pusu dan sesak di jalan raya. Cuma ada masa-masa yang risau kerana jalan sunyi semasa nak pergi kerja malam dan habis kerja petang, sebab kebanyakan orang sudah tidur, takut atau risau terjadi sesuatu. Tetapi sepanjang bekerja syif, Alhamdulillah tidak pernah berlaku tragedi yang haya atau dikejar hantu.

Tapi memang sepanjang perjalanan dibaca ayat-ayat suci yang mana diingat dan hafal. Ayat Qursi memang tak tinggal.

Contoh gambar yang diambil dari google, tidak ada dan tidak boleh ambil gambar sesuka hati di tempat kerja saya yang sebenar. Bekerja di kawasan kilang atau proses pengeluaran, lebih kurang beginilah suasananya. Cuma dalam gambar ini lebih kepada proses pasang siap, assembly, makaal kilang saya adalah pengeluaran produk yang prosesnya satu satu dan terpisah.

Gambar dari google


Alhamdulillah juga, dapat merasa waktu kerja yang sibuk dengan bekerja secara terus di bahagian barisan depan pengeluaran sebuah kilang.

 Juga dapat merasa bekerja berdepan dengan komputer dan ada  tempat kerja sendiri yang terasing dari orang lain.

Gambar dari google juga


Betul lah kata pepatah bersusah dulu bersenang kemudian.
 Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Itu sedikit perkongsian pengalaman selama saya bekerja di satu syarikat sahaja.
Pejam celik, pejam celik rupanya sudah masuk lapan tahun saya bekerja di syarikat yang sama.

Ada masa yang lain, saya akan sambung entri ini lagi. Moga dipermudahkan.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, boleh hubungi saya



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Sunday, 16 February 2014

Aktiviti Awal Pagi di Kampung

Assalamualaikum w.b.t,

Ini lah aktiviti anak-anak lepas mandi dan bersiap semasa berada di kampung halaman saya. Seawal jam 7 dah mandi , tapi mandi dengan air panas lah bukan air paip, sejuk tu. Seawal jam 8 malam sudah tidur kepnatan kerana asyik bermain seharian, sangat penat lah tu, tu sebab awal malam sudah lentok tidur.

Si Ammar sangat suka bermain dalam bilik pak tam nya yang ada almari bercermin dan berlaci. Suka main tarik tutup laci yang ada. pas tu buat bermacam aksi di depan cermin.


Ini pula aktiviti memanjat kerusi dan turun kerusi, Biasanya dia panjat untuk tengok kambing, itik dan ayam yang ada di luar rumah. Seusia 1 tahun 3 bulan, sudah boleh memanjat dengan baik. Maka penat lah nak melayan kerenah dia yang semakin aktif.

Si Ammar bersama abangnya Si Amirul sedang menikmati suasana pagi yang sangat damai di kampung. Jendela yang menghadap sawah padi sangat memukau pandangan walaupun sawah bukan menjadi sawah lagi tetapi menjadi tempat tanaman pokok pisang, reban binatang-binatang peliharaan dan sebagainya. Zaman pembangunan  kini, tidak ramai lagi golongan masa kini yang ingin bercucuk tanam padi tetapi pelbagai alternatif lain yang dibuatya.

Udara pagi yang segar dan nyaman sangat menyegarkan. Tambahan pula musim sekarang adalah musim sejuk yang mana Kuala Krai, Kelantan pun suhu siangnya adalah 18°C.
Sekian dulu celoteh saya berkenaan pengalaman hidup di kampung bersama anak-anak. Masa ini anak-anak ditinggal di kampung bersama neneknya selama hampir sebulan. Tetapi saya pulang menjenguk sleama seminggu bersama mereka tanpa abah mereka kerana tuntutan kerja, si abah tidak ikut pulang bercuti.

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk jualan saya dan apa-apa saja yang berkaitan dengan blog saya, sila hubungi saya.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah