Minggu lepas Alarm kereta buat hal
Dia bunyi taknak stop setiap kali buka pintu dan start enjin
Singgah bengkel SATO
Dia off kan dan matikan terus sistem alarm
Kalau nak tukar baru RM280 katanya
Dia berkongsi ramai yang naik SAGA ada masalah yang sama
Servis dia untuk matikan sistem FREE saja
Saya tak dikenakan bayaran 1 sen pun
Terima kasih
Siap saya tanya jika tinted kereta berapa kos
RM250 saja sejam siap
Oh, kat bengkel di hentian kajang pomen mau RM450, sejam juga siap
Memang saya tahu harga dan kualiti berbeza, kat Kelantan ada yang tinted RM40, RM60 pun 😅
Sabtu lepas Aircond kereta buat hal
Dia kadang sejuk
Kadang hanya keluar angin saja tak rasa sejuk langsung walaupun hari hujan
Bayangkan kalau tengah memandu dalam keadaan hujan dan dia tak berfungsi
Jika kita seorang mungkin OK
Tapi jika dengan anak-anak? Dengan baby kita lagi?
Dah la cuaca memang tak menentu
Petang semalam, asap putih keluar dari bawah kereta sedang kita tengah memandu waktu peak hour (jam 6 lebih)
Terus ke tepi dan cari bengkel terdekat
Buka bonet depan tengok tangki air kering
Isi dulu dengan stok air dalam kereta
Biarkan kereta sejuk dulu dan berjalan kaki ke bengkel tedekat
Tanya pomen di SATO juga kebetulannya
Bagitau yang ekon tak sejuk dan kua asap bawah kete
Dia nak tengok kereta dulu baru boleh komen
Tak apa lah. Katanya esok kedai dia buka
Jadi esok saja kita datang
Sambung pandu kereta dalam keadaan berjaga-jaga untuk berbuka puasa di luar dan sambung shopping baju Raya
Alhamdulillah OK dan selamat
Karpet baru (kita ambil yang tebal RM140) |
Pomen curah air dulu nak tengok apa masalah |
Pagi ini buka bonet depan dan tengok air dalam tangki kering lagi
Panaskan enjin dan periksa aircond, OK sejuk
Bawa kereta ke SATO dekat rumah dan pomen tengokkan
Kena tukar motor kipas Ekon sebab tak berfungsi dah
Ok lah kita simpan niat nak tinted
Kita baiki dulu yang perlu sekali tukar karpet baru untuk SAGA 🤣
Kereta pun nak RAYA
Ada hati betulkan dia 😣
Sekian cerita saya sekadar coretan untuk rujukan sendiri.
Kos baiki RM350 waranti 3 bulan untuk motor kipas.
No comments:
Post a Comment