Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday 11 August 2018

KENANGAN AKAN KEKAL SEBAGAI KENANGAN

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama sangat tak menulis di sini
Dah lama sangat tak berkongsi

Hari ini rasa sangat semangat dan ada sesuatu yang saya nak catat sebagai kenangan di masa depan. Sebenarnya ia dah jadi kenangan di masa ini, kisah masa lalu.
Kebetulan ada penolong pengurus baru masuk, kebiasaaan orang baru akan minta apa yang tiada dan sepatutnya ada dalam rekod. Jadi dia minta semua pekerja bagi kebenaran kepada pihak syarikat untuk menyimpan segala data peribadi dan nak kan sijil tertinggi pelajaran. Benda ini jika ikut akta adalah perlu sejak 2010 lagi tapi tiada siapa yak laksanakan di sini.

Maka kita pun berusaha sedaya upaya cari balik apa yang dah lepas 13 tahun dulu, dalam proses pencarian tersebut, terjumpa pelbagai kenangan lama  yang saya nak kongsikan di sini. Ia sangat tersentuh dan menyentuh jiwa saya sendiri dan  mungkin sahabat-sahabat saya yang sama sama lalui dan ada dalam kenangan tersebut.
Zaman belajar du UKM dan zaman mula-mula mulakan dunia pekerjaan. Semua itu dah jadi kenangan yang indah untuk dikenang. Dan ia akan kekal sebagai kenangan





No comments:

Post a Comment