Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 22 May 2018

Kena Saman Parking RM10

Assalamualaikum w.b.t,

Biasa lah kadang kala kita sebagai manusia alpa dan cuai. Ada ke jam 10 sebenarnya 9.45pagi dianggap jam 9 pagi. Itulah bila dalam kepala banyak mikir atau merancang banyak benda, sepatut gores jam 10 @ 9.45pagi, tergores 9 saja. 

Disebabkan kecuaian begini kena saman RM10, kira melayanglah duit saman itu tanpa budi bicara.


Nak kata pihak MPKJ kejam pun mungkin tak boelh sebab mereka hanya jalankan tugas sebagai penyaman sahaja. Yang bersalah adalah mereka yang keluarkan arahan dan undang-undang begini dan diri sendiri yang cuai.

Sebenarnya ini memang kali pertama kena, nasib baik dekat pula dengan MPKJ untuk bayaran.

Yang kedua kena adalah semasa saya ke Klinik Kesihatan di Bandar Baru Bangi, memang terlupa langsung untuk letak kupon parking sebab kita parking di kawasan tempat letak kereta yang luas.
Sangat tak sangka memang ada mereka yang bertugas di kawasan ini dan pada masa saya letakkan kereta. Sebenarnya kata  adik yang berada di kedai berdekatan, memang selalu sangatlah pihak berkuasa yang datng ronda terutama masa pagi begitu. Jadi tak lengahkan masa, saya terus ke pejabat MPKJ untuk bayar saman lagi RM10.

Sekian dulu coretan kali ini, diharapkan yang kupon untuk letak kereta dihapuskan di kawasan BAndar Baru Bandi dan berdekatannya.  

No comments:

Post a Comment