Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 20 May 2018

Beli Belah Pakaian Raya 2018

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah sesi pilihanraya yang ke 14 sudah selamat dan selesai sepenuhnya pada 9 Mei yang lalu. Saya masih mengundi di kampung halaman kerana tak tukar alamat. Jadi kena balik kampung. Sama seperti suami juga. Redah jem di jalanraya itu adalah normal untuk balik ke negeri serambi Mekah.

Saya sambung cuti selama seminggu terus memandangkan kita umat Islam akan menyambut puasa dalam beberapa hari selepas mengundi dan juga sekolah agama anak- anak saya bercuti selama 2 hari iaitu hari pertama puasa dan kedua puasa. Jadi peluang untuk berada di kampung lebih lama.

Ok, cerita kita adalah tentang beli belah pakaian raya 2018. Bukan pasal puasa atau pilihanraya. Terselit sedikit cerita lain.

Memandangkan saya berada di kampung, maka peluang untuk saya keluar ke pasaraya berdekatan saja. Sebenarnya menunggu adik saya bawa ke kedai kedai tapi dia pun sibuk ada urusan lain. Maka saya terpaksa keluar sendiri dengan anak-anak.

Seperti apabila berada di sini (bandar), kedai eco adalah kedai kesukaan anak-anak kerana banyak mainan dan barang makanan yang boleh dibeli dengan harga RM2 sahaja setiap item. Campur GST RM2.12. Sebelum beli belah pakaian raya, kami joli di kedai eco dulu di bandar Kubang Kerian.
 Kemudian masuk pasaraya ekonomi, memang lubuk pakaian.  Dapatlah belikan baju t-shirt berkolar dan seluar slack, sebab anak sulung tak suka jeans. Anak kedua jenis tak kisah. Tak ada memilih.

Kami lanjut ke kedai-kedai sebelahnya, banyak jual pakaian raya, sempatlah sambar 2 pasang baju raya untuk saya sendiri. Sebab menariknya harga tak sampai 100 ringgit. Itu yang buatkan saya tertarik. Ini kerana saya tinjau di bandar saya duduk tiada bawah 100 semuanya 129, 159, 179 dan ke atas lagilah.
Memang puas hati dapat beli terus.
Sebelum balik, kami beli terus selipar raya untuk anak-anak dan untuk poksu sekali.

Esoknya kami keluar lagi ke Kota Bharu untuk beli baju anak-anak.dan tudung untuk saya. Alhamdulillah dipermudahkan. Sekejap saja masuk kedai dan pilih-pilih terus bayar. Sebelum balik kami ke Pasar Siti Khadijah  untuk beli cendol, buah kabon dan lokcong
 Sebenarnya mak yang kirim sebagai manisan untuk berbuka puasa nanti.

Sekian dulu cerita beli belah pakaian raya 2018.

Ditulis sebagai kenangan sendiri dan dilampirkan gambar-gambar sebagai ingatan.

Ngam sepasang, masuk pula warna seluar dan belang baju

Baju BB Amin

Baju beli di Pasaraya Pantai Timur

Minta dia cuba tapi susahnya dia

Antara barangan yang dibeli

Baju sama untuk abang dan adik

No comments:

Post a Comment