Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 5 December 2017

Pantang 2 Hari Tanpa Mak

Assalamualaikum w.b.t

Bangun pagi, gosok gigi dan cuci muka.
Kemas tempat tidur anak-anak dan sendiri.

Cepat-cepat sarapan pagi, alas perut dengan susu kambing kurma yusmira cicah biskut tawar.

Jam 9 pagi mak bidan dah datang untuk mengurut dan bertungku. Ambil pakej 3 hari berturut-turut.

Biasa urut dan tungku ambil masa 2jam hingga 3 jam. Sepanjang tempoh itu, suami tolong jagakan baby Amin. Ada merengek-rengek sedikit tetapi bila diberi susu botol, diamlah dia. Banyak tidur.

Lepas habis mengurut dan bertungku, bagi susu baby jika dia dah bangun dan menangis. Jika tak terus masuk dapur untuk masak dan rebus air mandi.

Mak tiada di rumah, semua kena buat sendiri. Nak suruh suami buat, mungkin lambat siap pula. Lagipun dia pun dah penat jaga baby dan 2 orang abangnya.

Biasa masuk dapur, saya rebuskan air mandian dulu, lepas itu masak nasi serta siang ikan bubuh garam kunyit. Kemudian baru potong sayur sawi dan lobak putih untuk masak sayur air. Buat kosong saja, rebus dengan air dan sedikit garam. Masih tak boleh bubuh bawang putih dan halia sebab baby Amin masih ada bacaan kuning.  Lada hitam pun masih tak boleh dimakan sebab nak bagi turun bacaan hingga bawah 100. Dah 2 minggu masih belum turun.

Sementara bakar ikan dan tunggu nasi masak, saya mandi dengan air rebusan herba dulu. Dah siap mandi baru makan laju-laju sementara baby Amin masih belum bangun.

Biasa lepas mandi, saya akan sapukan perut, kaki dan betis dengan minyak bayi Tropika herbs. Pakaikan bengkung PB  pada perut dan stokin pada kaki untuk bagi panas dan tak masuk angin. Memang badan rasa sedap saja lepas sapu minyak.

Saya jual dan guna minyak bayi ini


Biasanya jam 2 lebih mula siap-siap untuk mandikan baby Amin pula. Terpaksa mandikan sendiri dengan bantuan suami untuk 2 hari ini. Tak mudah dan tak susah sebab baby Amin kecil saja dan mama juga tak sakit-sakit lagi dah, dah banyak sihat berbanding bersalin anak pertama.

Jadi untuk 2 hari ini memang mandi lambat sebab suami tak reti nak mandikan sendiri.
Lepas mandikan baby, baru rasa tenang dan lega swdikit. Boleh lah nak baring-baring dan rehatkan badan..nak lelap tu tak dapatlah. Ada masa senggang macam ni, saya pamkan susu untuk bekalan baby dan juga nak menggalakkan penghasilan susu yang tak berapa banyak ni.

No comments:

Post a Comment