Assalamualaikum w.b.t,
Amarah itu bukan sifat manusia, kerna manusia punya sifat
kasih sayang sahaja. Jadi kepunyaan siapa sifat Amarah itu? Ya sebenarnya ia adalah
sifat syaitan, jadi bila kita sentiasa marah-marah, kena banyakkan istighfar sebab
kita bukan Syaitan, kita manusia biasa yang banyak kekurangan. Jangan kita
angkuh dengan sifat syaitan yang 1 itu dan membuatkan diri kita sendiri tidak
tenang.
Saya sangat perasan sejak kebelakangan ini, saya selalu
kepanasan jika suami ada di rumah, pasti nak cari gaduh saja. Kadang kala bila
dia tiada dan balik kerja lewat, saya boleh saja melayan anak-anak dengan baik,
masak dan makan bersama.
Saya ada bercerita dan mengadu pada kawan yang kebetulan
terkeluar cerita begini, maka nasihatnya minta saya jumpa Ustaz dan minta air
penawar, sekadar satu ikhtiar. Kadang kala kita tidak Nampak apa yang ngaib dan
di luar kawalan kita.
Tetapi jauh di sudut hati saya merasakan ia hanya perasaan
saya, mungkin kita jeles bila suami ada, dia senang lenang berehat apabila
balik dari kerja dan kita yang sama-sama kepenatan balik kerja terpaksa sibuk
memasak dan melayan anak-anak.
Apa tindakan yang saya lakukan sekarang adalah banyak berdiam diri, istighfar dan banyak berselawat, sebolehnya saya tidak mahu bercakap atau mengeluarkan suara dalam keadaan tengah marah. Sebab saya tahu itu bukan sekadar percakapan biasa, tetapi ia sudah semestinya akan mengundang pergaduhan yang lebih besar, silap-silap dapat sakit badan lagi. Mana tak nya, jika kita bercakap kasar dan menyakitkan hati si dia, tak mustahil kaki dan tangan dia akan sama naik.
Jadi jauhi lah sifat amarah dan sakit hati. Cuba atasi dengan berdiam diri saja dan biarkan masa berlalu. Selebihnya serah pada Allah s.w.t yang lebih Maha Berkuasa.
Sekian dulu entri hari ini, yang sebenarnya telah lama 'draf' tetapi hari ini baru di 'publish'kan sebagai tanda ingatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang menghadapi keadaan yang sama.
No comments:
Post a Comment