Antara perkara yang perlu dibuat apabila mengandung adalah sediakan pakaian dan kelengkapan bayi yang bakal lahir.
Pakaian mestilah baji dan seluar, sudah semesti ia sepasang, kain lampin, kain barut perut bayi, tuala kecil dan tuala mandi serta selimut bayi atau bekung bayi.
Kemudian sarung tangan dan kaki wajib untuk kegunaan dalam pantang atau 40 hari selepas bersalin. Satu lagi topi kepala bayi untuk kegunaan bila keluar rumah untuk ke klinik atau ke hospital. Mana tahu bayi dijangkiti jaundice atau penyakit kuning, perlu ulang alik ke klinik atau hospital. Jadi topi kepala juga diperlukan.
Saya banyak guna pakai baju abang-abang nya sebelum ini sebab doktor sahkan jantina kandungan saya juga lelaki seperti 2 anak sebelum ini. Maka boleh saja recyle dari situ.
Tapi ada juga saya beli baru untuk raikan kehadiran orang baru. Antara baju yang saya beli adalah di bawah. Cantik kan. Tiada warna biru atau pink menjadi pilihan. Pilih warna selamat, hijau dan peach. Lagipun memang saya peminat hijau. Tenang saja.
Baju baru untuk bayi baru |
Dan baju-baju yang lama setelah disimpan selama 5 tahun iaitu umur anak ke2 saya yang sekarang, dikeluarkan untuk dibasuh. Saya pilih-pilih dulu yang kecil seperti saiz bayi baru lahir dan yang elok saja untul dibasuh dan disediakan dalam beg balik kampung kerana rancang untuk bersalin di kampung nanti.
Antara baju-baju yang dikeluarkan, sebakul juga dapat ini. Semangat nak basuh dan jemur baju-baju. Macam tak sabar nak tunggu kehadiran orang baru.
Baju-baju lama untuk dibasuh
Saya tulis entri di blog ini setelah saya selamat bersalin dah, biasalah tengah cuti berpantang dan mata tak boleh lelap, jadi kita gunakan peluang untuk berkongsi pengalaman di blog. Mana tau untuk rujukan sendiri atau pembaca yang memerlukan. Kebetulan bayi tengah sedap lena, maka ini masa yang sesuai sangat.
Sekian dulu.
Nanti saya akan ceritakan lagi mengenai bayi baru.
No comments:
Post a Comment