Cari di sini

iklan

Thursday, 7 September 2017

Sambal Hijau Tumis Mudah dan Senang

Asslamualaikum w.b.t,

Mari kita kongsikan cara-cara dan bahan untuk buat sambal hijau tumis. Disebabkan caranya yang sangat mudah dan sangat sedap apabila dimakan, maka ada baiknya kita belajar buat sendiri dan dapat makan selalu.

Sambal hijau yang tersedia untuk dimakan

Cara dan bahan-bahannya:
4 biji cili hijau besar 
Nak campur yang  merah sikit pun OK
Cili api kalau nak pedas
Bawang merah 1 biji
Secubit belacan 
Sedikit garam

Kisar semua bahan dan tak perlu hancur atau ikut suka kita
Tumiskan dengan sedikit minyak dan siap bila sambal agak kering untuk pastikan ia tahan lama berhari-hari


Sambal ini sangat sedap dimakan dengan nasi panas-panas sekalikan dengan lauk kesukaan kita seperti ikan goreng, ayam goreng dengan ulam-ulam segar.
Memang akan bertambah-tambahlah nasi yang dimakan

Awas
Sambal ini tidak sesuai untukorang yang berdieg keras sebab pasti diet anda gagal.

Selamat mencuba!

Sekian.