Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 8 October 2014

Hari Raya Korban di Perantauan



Assalamualaikum w.b.t,

Sepanjang saya berumah tangga dan telah ada keluarga sendiri, ini adalah kali kedua saya beraya di perantauan. Ini tidak termasuk yang semasa saya masih belum kahwin dan sedang belajar di UKM. Pernah juga tidak balik semasa berada di UKM dan beramai-ramai dengan rakan-rakan seperjuangan yang tidak balik kampung ke masjid UKM untuk menunaikan solat Hari raya bersama-sama. Biasanya selepas balik solat raya itu yang terasa sebak sebab memang akan berada dalam bilik sepanjang hari dan makan juadah pun yang disediakan di cafeteria kolej waktu itu.

Namun beraya bersama keluarga sendiri agak berlainan. Teringat beberapa tahun yang sudah sambut raya korban di rumah sewa yang sama, ada jiran sebelah yang juga kawan-kawan semasa belajar  di UKM juga beraya di sini dan tidak pulang ke kampung. Jadi kami masak sup kaki lembu dan ajak kawan-kawan bertandang ke rumah, ada juga jiran yang lain yang merangkap keluarga angkat.

Pada hari raya kali ini, kami sambut sendirian sahaja bersama adik-beradik yang tinggal berdekatan dan turut tidak balik ke kampung untuk beraya bersama keluarga di kampung. Sama juga juadah nya adalah sup kaki lembu tapi kali ini dimasak terlebih awal sebagai juadah berbuka puasa, maklum lah suami saya berpuasa sunat sebelum Hari Raya Aidiladha.

Untuk juadah raya, saya dah ceritakan dalam entri yang lepas. Jadi saya nak ceritakan aktiviti di hari raya ini. Pagi bangun dan solat subuh, mula hidangkan juadah raya, siapkan anak-anak dengan baju raya mereka. Bersarapan bersama keluarga dan suami ke surau untuk menunaikan solat hari raya dan saya di rumah saja menjaga anak-anak.

Balik suami dari surau dan bawa nya anak-anak ke surau untuk melihat lembu yang akan disembelih. Pada hari ini juga akan dimasak sup dan dijemput satu keluarga ke surau untuk menikmati juadah, yang ada nasi putih dan mi kuning. Ini maklumat yang suami beritahu sebab saya dan anak-anak tak pergi pun, hanya dia seorang sahaja yang pergi dan juadah tersebut tidak boleh bawa pulang.

Sebelah petang pula selepas solat zuhur, kami menanti adik dan kawan-kawannya berkunjung ke rumah. Lepas asar dan solat siap semua, kami ke Putrajaya untuk habiskan masa dan biarkan anak-anak bergembira. Mula-mula ke Presint 4 untuk mandi kolam, namun kolam penuh dengan kanak-kanak dan ibu bapa yang mungkin juga tak pulang ke kampung berhari raya dan habiskan cuti bersama anak-anak dengan aktiviti luar.

Jadi kami ke presint 5 iaitu ke Pantai Buatan Pullman Lakeside. Sedikit gambar untuk dikongsikan.

Bawa bekal juadah dari rumah untuk bersantai di pantai

Tak jadi nak mandi kolam sebab orang terlalu ramai dan kami juga tak bawa baju persalinan.


Jadi kami ke pantai pullman lakeside, ramai juga manusia lain yang berada di sini.






 Seronok mereka berdua beradik ini main pasir, memang tip kali datang sini main pasir saja, kami tak bagi mandi air pantai sebab nampak sangat tak bersih nya, tiada aliran air keluar masuk pun, nampak air bertakung sahaja.




Sebenarnya ada pelangi petang yang muncul sebelum kami balik, sempat juga sata snap gambar tetapi nampak tak berapa jelas.

Sebelum maghrib kami balik dan lalu ikut masjid putra, kat sini pun penuh dengan manusia. Ramai juga perantau atau memang penduduk tetap putrajaya tak mungkin la kan yang berada di sini. Penuh juga jurujual barang mainan kanak-kanak, pandai betul mencari peluang untuk berniaga walau di hari raya.

Itu saja dulu perkongsian kali ini. sehingga berjumpa lagi di entri akan datang.



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment