Saya nak kongsikan pengalaman makan tengahari di warung bunian Sg Merap berhampiran dengan desa pinggiran putra, Putrajaya beberapa hari yang lepas bersama rakan sekerja. Kebetulan ada kawan yang pernah dua kali pergi ke warung ini dan kami bawa dia untuk tunjuk jalan bagi mudahkan urusan pergi dan balik . Al maklumlah rehat kami sejam saja, jika terlebih sikit tu afdal lah, ganti semula masa balik atau datang awal esoknya. Atau minta saja kebenaran dari bos. Sebab nak lepas rasa teringin yang dalam kena datang jenguk juga sekali. Asyik tengok rakan-rakan sekerja yang muat naikkan menu udang galah, ayam kampung dan ketam serta sayur kampung yang membuka selera. Itu yang menambah keinginan untuk sendiri pergi dan rasa.
Jadi seperti yang dirancang memang kena tempah siap dulu untuk makan berapa orang dan nama penempah. Saya sendiri yang tempah dengan orang yang dipanggil Alang dan Alang suruh saya sms saja makan untuk berapa orang. Lepas sms, saya dapat jawapan 'terima'. Maka seperti yang dijanjikan, kami keluar rehat dan terus ke sini. Masa untuk ke sinid ari tempat kerja kami dalam 20 minit sebab kena merentasi trafik light atau lampu isyarat di sepanjang jalan. Masa balik sekejap saja sebab tak perlu banyak sangat trafik ligt dalam 15 minit kami sampai. Biasalah saya bawa kereta memang laju, hampir landa semua bumper atas jalan.
Jom kita layan dulu menu makanan tengahari ini. Lauk hari ini sempena hari Rabu adalah Gulai Ayam kampung,Udang galah sambal merah, Ikan kering goreng dengan sambal dan timun, ada sayur terung goreng sambal. Makan nasi memang bertambah lah.
Sebelum makan bergambar dulu.
Orang lama yang kerja sekali, sebaya dengan saya tapi dia awal setahun memulakan kerja di syarikat kami.
Dah kehabisan, memang semua licin, tinggal kulit udang dan tulang ayam saja. Yang lain memang habis dimakan. Memang puas hati.
Inilah kain banner kecil yang menunjukkan kedai warung bunia, Jika tak pernah samapi memang tak jumpa sebab dia kena masuk ke dalam. Saya selalu lalu jalan ini utnuk ke putrajaya bersama suami dan anak-anak tapi tak pernah nampak/perasan kain ini.
Ok harga makan tengahari kami di sini hari ini adalah kurang dari RM15 seorang termasuk semua lauk, nasi tambah yang boleh tambah berkali-kali termasuk air. Semoga murah rezeki tuan kedai yang lebih banyak amalkan bersedekah dan tidak berkira. Ok sangat sebab saya ambil ayam kampung 2 ketul, udang galah 2 ekor dan banyak lagi yang lain. Sangat murah dan berbaloi.
Sekian dulu.
Iklan ya:
Bagi anda yang nak join ahli tupperware dengan saya, masih terbuka lagi promosi keahlian dalam bulan oktober, cepat sebelum kehabisan stok.
Pilih yang mana anda nak dan info saya.
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment