Saya sengaja teringin dan rasa nak sambut awal padahal yang sebenarnya nak makan kek yang harga murah 50%. Yang mana hanya layak dinikmati dari jam 3petang hingga 6 petang saja. Itu pun syratnya kena order minuman teh @ kopi dan makan di kedai Secret recipe. Ini salah satu cara pemasaran yang mereka nak tarik pelanggan untuk datang ke kedai mereka. Sebab bila kita makan di sana, akan ada lah caj dari kerajaan dan juga servis caj yang dikenakan.
Bila makan di kedai yang kenakan caj perkhidmatan begini, jangan malu, jangan segan minta lah pertolongan mereka jika kita perlukan apa-apa, contoh minta tisu untuk lap meja atau ada air tertumpah sebab memang biasa jika bawa anak kecil dan makan kek pula, mesti comot.
Untuk hari ini, saya datang awal dengan anak-anak dan suami datang kemudian kerana balik kerja agak lewat.
Jadi saya order teh lemon panas dengan kek coklat. Manakala anak saya Amirul Hakim nak air teh hijau blended @ Green Tea Blended dengan kek vanila strawberi.
Memang banyak betul strawberi dalam kek ini, memang puas hati bagi yang suka strawbeti. Si Amirul ni kerjanya nak kasi mama makan strawberi, dia makan kek saja.
Lepas siap order semua, baru en suami saya sampai dan dia order air kopi. Apa kena dengan angin Amirul hakim baik sungguh dan beradab sopan pad hari ini, siap nak suapkan abahnya dan mama dengan kek lagi. Yang pelik si adik pula yang tak nak makan dan minum langsung yang selalunya dia lah juara makan, memang suka makan tapi tak ada lah gemuk sangat, berisi sikit saja.
Inilah hot lemon tea mama dan ais blended teh hijau Amirul hakim.
Ini pula kopi en suami yang tak berapa best katanya. Saya pun lupa apa ke nama kopi yang di ordernya ni.
Sekian dulu perkongsian kali ini. Hanya celebration yang ringkas sahaja untuk sambut Birthday saya 15.10 dan suami 27.10 serta anniversary kami 23.10. Jika ada rezeki lain, kami celebrate besar-besar sikit.
Bukan nak sangat sambut, namun sebagai peringatan kepada meningkat umur dan sebagai aktiviti libur keluarga saja.
Iklan sikit:
Bagi anda yang nak join ahli tupperware dengan saya, sangat dialukan kerana saya sangat bermurah hati untuk bagi tawaran yang sangat baik sempena Bulan kelahiran kami dan juga bulan sambutan ulangtahun perkahwinan saya dan suami.
Jadi jangan tunggu sehingga bulan depan, terus segera hubungi saya.
Jom ambil pakej ini , pakej oktober yang paling laris |
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment