Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 29 November 2016

Merajuk

Assalamualaikum w.b.t,

Sekali sekala teringin nak coretkan coretan santai, untuk ringan-ringan bacaan sendiri dan mana-mana antara kamu yang sudi nak baca.

Susahnya nak pujuk orang yang jarang-jarang merajuk. Tuhan saja yang tahu.
Tuan dan puan bayangkan merajuk Isnin Malam dan Pagi Jumaat baru surut rajuknya.
Masya Allah, makhluk Allah buat pelbagai rupa perangai, maka selagi boleh hadap kita perlu hadapi jua. Apa yang perlu, minta bantuan dariNya kerana Dia yang pemegang hati semua makhluk.

Susah nak merajuk tapi rajuknya lama dan susah nak makan pujuk.
tak sama macam orang selalu merajuk, mudah hilang rajuknya.

Selalunya orang yang susah nak merajuk ini akan merajuk lama disebabkan memang salah orang yang buat dirinya rajuk, Jadi jika kita orang yang buat dia merajuk, maka pandailah pujuk. Apa yang perlu dibuat adalah minta maaf akan kesilapan yang kita lakukan. Bagitahu dengan nyata ucapan maaf itu. Jangan ulangi kesilapan yang buatkan dia marah dan merajuk.

Pujuklah dengan masak makanan kegemaran atau istimewa. Boleh juga bawa makan di luar.

Saya kongsikan gambar ehsan google muka-muka orang merajuk tetapi gambar kanak-kanaklah sebab comel, kalau gambar sebenar orang yang merajuk tu, buruk sangat.

Ginilah rupa kalau orang dha merajuk, suka bersendirian

Muka merajuk yang sedia sebab orang tersayang degil, susah dengar cakap


Sekian dulu ya.

No comments:

Post a Comment