Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 28 November 2016

Beg Sekolah Anak-anak Tahan Lebih dari 4 Tahun

Assalamualaikum w.b.t,

Salam pagi Isnin, cuti sekolah sudah bermula dan jangan lupa, lagi lebih kurang sebulan akan buka sekolah semula dan ramai yang akan baru memulakan zaman persekolahan, anak saya juga tak ketinggalan memasuki era baru dalam hidupnya. Melangkah ke bangku persekolahan Tahun 1 di sekolah rendah berdekatan.

Dan saya memang bercadang untuk beli beg sekolah yang akan menjaga tulang belakang anak saya daripada sakit belakang kerana bawa beg dengan buku-buku yang berat. Paling seronok bila dapat tahu beg sekolah ini adalah Impact Ergo Beg galas yang boleh dibeli dari pasaraya saya sendiri. Mai saya ceritakan sedikit berkenaan ciri beg ini.

Ia diperbuat dari Bahan: Nilon Yan Berpintal 420D dengan salutan anti-UV, tidak telap air dan tahan lelasan yang tinggi. Makna kata kalis air dan tidak basah buku-buku jika terkena hujan. Sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia yang tidak menentu hujan panas nya.


Saiz: 27 (P) x 38 (T) cm x 16.5 (D) cm
Sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah dengan saiz mereka yang masih kecil.
Beg Galas Pink Untuk Kanak-kanak  Perempuan

Beg Galas Biru Untuk Kanak-kanak  Lelaki
Antara ciri-ciri yang lain yang sangat penting dan jarang ada pada beg-beg dengan harga biasa-biasa di luar sana adalah 

-​Sistem Perlindungan Tulang Belakang Ortopedik (OSPS)/Panel Perlindungan Spina 3D direka secara ergonomik supaya padan dengan bahagian belakang dan tulang belakang pengguna.

-Alur berlapik di bahagian belakang yang cukup diudarakan dan tali beg berlapik yang lebar memberi sokongan tanpa tekanan kepada bahu.
-Ruang fungsian untuk dokumen/buku. Tali suspensi bahagian dalam mengekalkan kandungannya dalam kedudukan menegak yang sebenar untuk kestabilan yang lebih baik.
Jadi pendek kata, beg ini boleh berdiri tegak dengan sendiri.
 Apa yang saya dapat testimoni dari kawan yang dah menggunakan beg ini adalah anak nya menggunakan beg ini dah 4 tahun dan masih utuh, tak perlu tukar beg sebab tak rosak. Jadi ia sangat ekonomi dan menjimatkan betul?
 Kata orang menanng membeli, menang memakai. 

Pengalaman saya sebelum ini, membeli beg sekolah anak-anak untuk ke Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) sahaja pun dalam 2-3 beg 1 orang anak-anak, jika dulu dalam RM25 dah dapat satu beg tapi sekarang rata-rata saya tinjau di kedai-kedai dalam RM35, RM40 malah ada yang lebih mahal dari itu, tapi tahannya hanya dalam 5-6 bulan sahaja. 
Jadi fikir-fikirkan ya ibu bapa sekalian. Labur sekali untuk barangan yang berkualiti dan anda akan jimat bertahun-tahun.

Sekian dulu.

Jika berminat untuk dapatkan beg sekolah, boleh hubungi saya 010-9336935.




No comments:

Post a Comment