Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 16 November 2016

Vitamin C dan Air Minuman Phytopowder

Assalamualaikum w.b.t

kenanagan kami 2 beranak singgah ke HQ Amway di Petaling Jaya, tujuan asal untuk ambil periuk Noxxa yang jadi kegilaan ramai para suri. Selebihnya nak membeli belah barangan keperluan yang ada di Pavillion HQ ini.

Seperti saya janjikan dalam entri lepas, untuk tunjuk gambar-gambar kami, maka inilah tujuan entri ini sebenarnya. Sukanya Amirul apabila tengok wah banyaknya vitamin yang ada,ini saya punya sama kan mama katanya.

Vitamin C yang Amirul makan lebih dari 3 biji sebab suka
Minuman phytopowder pula memang kesukaan dia juga. Biasa saya dah beli perisa ceri, lemon dan kali ini oren pula. Amirul paling suka perisa ceri dengan warna merahnya. Ammar pula suka perisa oren.
Kali ini beli Phyto powder perisa oren pula lah 
Sebab datang berdua saja dan orang pun tak ramai sangat waktu kami datang, kami sempat lah bergambar-gambar di kawasan pavillion yang luas. Amirul tangkap gambar mama dan mama tangkap gambar Amirul. Saya juga ada meninjau di kawasan alat make up dan penjagaan muka  Aristry. Boleh mencuba lipstik dan apa saja yang ada di sana kerana ada tester @ sample.
Nak jugak muat walaupun gambar Kabur, hasil tangan Amirul

Ini pun sama kabur tapi nak buh jugak sebagai kenangan
Tempat masuk ke Pavillion, terpampar besar perkataan Amway. Memang menjadi kesukaan sesiapa saja yang datang untuk tak lepaskan peluang untuk bergambar di sini.Jadi kita pun minta Amirul ambilkan gambar, sekali separuh saja dia ambil.
Tak sah jika datang tapi tak bergambar di sini
 Selepas indoor, kita ber outdoor pula, masa ini nak pergi ke kaunter pick up periuk Noxxa.
Ini kes bila kita order online dan buat pilihan untuk ambil sendiri di HQ. Maka kena datang ambil di HQ dan minta borang atau slip di kaunter pertanyaan. Pastikan ada slip dulu baru ke kaunter ambil barang. Jika tak, jadi macam saya yang terpaksa ulang alik 2 kali untuk ambil barang. Kali pertama tanpa slip, sebab ikut arahan yang salah dari kaunter di Pavillion. Kalu kedua barulah betul. kena tunggu giliran juga sementara barang dari Gudang untuk dibawa ke kaunter pengambilan barang.

Bahagian luar, kira laluan tengah antara 2 bangunan
Lepas dah siap segala, kita isi perut dulu memandangkan dah tengahari, jam dah pukul  2 lebih. Memang target saya nak makan cendol di cafe. Untuk Amirul pula, kita order Maggie Goreng. Yang istemewanya kat cafe ini, kita akan dapat harga diskaun jika kita dah ahli. Lepas itu, masakan seperti mi, laksa dan maggie semua dibuat dengan Noddle Maker Noxxa. Memang home made la katanya.

Menu untuk hari ini : Cendol & Maggie Goreng

Cendol kegemaran

Kami Berdua, sorang cuti Pasti, Sorang cuti kerja
Lagi gambar kenangan kami semasa di cafe.

Makan jangan tengok orang

Sedap la mama : kata Amirul
Boleh pula tengah makan itu, meja berdekatan kami sapa kami dan bagi coklat sedap pada Amirul, rupanya kami ni 1 organisasi daripada datuk moyang lah kiranya kami ni dah tahap cucu cicit pada orang besar yang dah lama buat bisnes Amway. Mereka 1 keluarga dari pada ibu yang dah tahap nenek nenek, dengan anak-anak muda yang kiranya 1 keluarga buat bisnes Amway lah. Seronok tengok mereka berbual dan bercerita mengenai perniagan ini.

Sekian dulu. Cerita asal hanya nak promosikan Vitamin C untuk kanak-kanak dan air minuman berkhasiat Phytopowder, sekali dah mealulut cerita jalan-jalan di HQ Amway pula ya.

Jka berminat nak dapatkan barangan jualan saya, jangan lupa untk hubungi saya ya 010-9336935

No comments:

Post a Comment