Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday 7 May 2015

Resepi Laksam : Mudah dan Sedap

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama, lama sungguh saya tak berkongsi resepi masakan di sini. Kebetulan yang amat, hari akhir kerja sebelum bercuti panjang, saya termakan laksam hasil air tangan kawan setempat kerja, kakak ini memang pandai masak laksam dan saya suka makan hasil masakan dia, memang simple saja, laksam, kuah dan ulam tanpa ada sambal lada yang kebiasaan orang Kelantan ada.

 Kebetulan pula petang tersebut kami ada temu janji untuk balik dari tempat kerja bersama dan singgah untuk borong susu murah di sebuah pasaraya terdekat. Ini peluang saya untuk bertanya resepi. Padahal sebelum ini saya memang pernah buat teatpi rasa semacam tak berapa menjadi kerana laksam saya keras dan pecah.
Rupanya bancuhan saya keras, baru saya tahu lepas berbual dengan kakak ini. Sebenarnya mak saya pun selalu buat sendiri tetapi biasalah saya ini memang jarang duduk dan belajar di dapur cara mak masak, saya tahu makan saja. Walau tolong tengok tapi tak meresap ke dalam perut, biasa teman mak berbual di dapur sambil masak, mana nak lekat sangat.

Jadi petang itu juga saya keluar semula ke kedai untuk membeli bahan untuk masak laksam, sebenarnya bukan itu tujuan utama keluar rumah, sebenarnya saya ada nak hantar, cod (kata ringkasnya) Tupperware di stesen minyak Shell berdekatan rumah. Jadi sekali singgah kedai untuk beli ikan (buat kuah nya) dan beli tepung beras (buat isi laksam).

Resepi Laksam dan Kuah Ikan
Laksam
1 paket tepung beras (saya beli yang teratai, ada dua jenis, satu lagi yang brands gajah 2 ekor)
1 senduk/cawan tepung gandum
Air satu bekas ais krim yang biasa besar (boleh agak-agak)

Kuah
Ikan (7 ekor ikan sardin sederhana besar)
Santan 1 kotak
Garam
Serbuk lada hitam
Asam keping
Bawang putih dan merah

Cara-caranya:
Laksam
1-Bancuhkan bahan untuk buat laksam, semua bahan.
2-Panaskan kukusan sehingga air mendidih,
3-Sediakan tutup periuk atau jika ada dulang boleh sapukan minyak sedikit
4-Letak penutup periuk dalam kukusan dan tuang bancuhan laksam tadi.
5-Tutup kukusan dan biarkan seketika sehingga naik wap, buka tutup dan keluarkan laksam
6-Biarkan seketikan sebelum digulung dan boleh ulang langkah 3-5 sehingga bancuhan habis.

Tips: nak tahu bancuhan OK atau tidak, tengok gulungan laksam cantik dan senang digulung, tak pecah. Jika keras tambah air, tapi jangan terlalu cair.

Kuah
1-Rebus ikan terlebih dahulu, letak garam dan asam keping.

2- Perisi ikan dan kisar bersama air rebusan ikan,bawang merah dan putih
3-Kisar juga tulang dan kepala ikan , untuk jadikan kuah lebih manis ikan, tapis dan campurkan dalam kuah.
4-Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, tambah asam keping, santan dan serbuk lada hitam,
5- Selalu kacau sehingga kuah masak untuk menggelakkan kuah berketul-ketul.

Untuk ulam,
Boleh lah dihiris halus timun, daun kubis, daun kesum, kacang panjang dan tauge.

Siap untuk dimakan
Sedap dimakan panas-panas

Saya makan dengan anak-anak, siap bertambah-tambah, yang sulung suka makan isi laksam saja.
"Lembut katanya". "Pandai mama buat". Kembang sekejap hidung tukang masak.

Gambar kuah tengah nak masak

Laksam kosong dengan kuah, siap untuk dimakan

Bancuhan bahan laksam

Tudung periuk, laksam baru siap masak

Laksam yang dah siap digulung


Iklan dulu:
Produk HOT MEI

Cantik pink purple, bekas minyak dan bekas rempah


Bekas minyak dan rempah sesuai sangat digunakan di dapur rumah,
boleh juga bubuh bancuhan kuah laksam dan tuang dalam penutup periuk, tak perlu senduk-senduk lagi, sangat mudah.




Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Label:
1)   Catatan Harian
2)   Pengalaman
3)   Resepi
4)   Tempat Menarik
5)   Bisnes Sampingan




No comments:

Post a Comment