Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday 10 October 2014

Kenaikan Harga Minyak Petrol 20sen

Assalamualaikum w.b.t,

Gambar sekadar hiasan dari google


"Kalaulah ketirisan, ketidakcekapan, penyelewengan dan pembaziran itu dapat "diturunkan" mungkin kita tidak akan berdepan dengan "kenaikan" ini.

Allah memberi rezeki dengan secukupnya, tetapi manusia diuji dengan amanah dan kecekapan ketika mengurus dan mengagihkannya.

Marhein mungkin tidak mengalami impak langsung dengan kenaikan itu... tetapi kesan berantai kenaikan itulah yang akan lebih menyakitkan."

-Petikan dari tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi


Ya betul dan saya sangat setuju dengan apa yang diperkatakan itu. Lepas ini segala barang keperluan yang lain akan naik walaupun sudah ada amaran dari pihak kerajaan. Sangat tidak selari dengan kadar kenaikan minyak jika kadar berantai lain tidak naik juga sebab mahu ke mana saja pun kita menggunakan petrol untuk ke sana sini dan menghantar barang keperluan. 

Pengangkutan awam juga mungkin akan naik, mana boleh tak naik sebab kos untuk pengangkutan pun dah naik, sebab utama menggunakan minyak untuk ke sana sini. Adik saya yang naik teksi dari Bandar tasik selatan ke Bandar Baru bangi memakan masa lebih kurang setengah jam, dikenakan bayaran RM65, melebihi tiket bas yang dia naiki dari Johor ke Selangor yang memakan masa lebih kurang 4 jam. Mungkin perkadaran waktu dia menaiki teksi adalah sebelah malam iaitu jam 11 malam ke atas. Dan drebar teksi caj RM65 untuk pergi hantar dan bayaran untuk dia balik kembali ke Bandar Tasik Selatan, itu mungkin benar pada perkiraan saya.


Apa yang dibimbangkan malah sangat membimbangkan adalah, kadar jenayah akan turut naik berikutan kos dan taraf hidup yang makin tinggi sekarang ini.

Kadang saya tidak faham, masyarakat sekarang sangat berada dalam keadaan tertekan dan masih lagi ditekan-tekan oleh pihak atasan. Sedangkan apakah yang pihak atasan tertekan sangat sehingga menaikkan kos itu dan ini. Apakah yang mereka dah lakukan untuk pastikan keselamatan rakyat dan negara, jika pihak berwajib seperti pihak berkuasa juga ramai yang tidak beretika dan tidak menjaga amanah dengan baik, malah mereka lah yang memberi laluan kepada kadar jenayah yang semakin meningkat naik.

Maaf jika ada di kalangan anda pembaca yang berkerja dalam badan-badan sebegitu atau ada keluarga anda sendiri yang sedang memikul amanah seperti itu, harap jalankan amanah dengan sebaiknya, jadilah manusia yang berpegang kepada agama, takutkan Allah, bertakwa dan sentiasa ingat ada balasan baik dan buruk pada suatu hari nanti.

Cukup dulu luahan saya buat kali ini. Seperti saya dan anda juga, kita tidak perlu nak mengeluh atau bangkit marah dengan keadaan ini, apa yang kita perlu buat adalah berusaha dengan lebih lagi dan dapatkan hasil yang lebih. Jangan mengaharap kan gaji pasif malah cari pendapatan yang aktif secara sampingan yang lain. Memang rezeki Allah dah tentukan dan kita tak perlu risau, cuma kerja kita adalah berusaha dan berdoa kepada Allah supaya rezeki yang kita dapat adalah berkat dan mencukupi. 


Sekian dulu.


Iklan dari saya, macam biasa bagi anda yang berminat untuk dapatkan pendapatan sampingan , boleh hubungi saya, pelbagai cara dan perniagaan yang kita boleh lakukan. katakan ya sahaja.

*kita bina blog
*kita buat page
*kita berniaga Tupperware
*kita guna prepaid tune talk
*kita berniaga pelbagai lagi produk yang halal

Semoga rezeki kita semakin murah dan makin ramai yang dapat kita bantu, malah kita bantu sesama kita.



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment