Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Showing posts with label Nutrilite. Show all posts
Showing posts with label Nutrilite. Show all posts

Thursday, 21 July 2022

Produk Amway Mahal

 Assalamualaikum semua,

Nak buka cerita sikit, lebih tepat, nak buka kedai.

Lama tertutup ya, tanpa entri baru. Jom baca jom 👇

MENGAPA PRODUK AMWAY MAHAL? 


Ramai haters Amway pertikai produk keluaran Amway nih semua mahal-mahal. Kawan-kawan, barang baik memang mahal. Produk Amway semua jenis esklusif dan terpilih di antara yang terbaik. Korang mesti nak tahu kenapa barangnya mahal kan? 


MAHAL TAPI MENJIMATKAN (PENGGUNAAN)


Sbg contoh: Harga Deodorant & Anti Perspirant Roll harganya rm36. Biasanya cikroki panggil ubat ketiak. Memang mahal tapi dari segi penggunaan memang menjimatkan. Tenyeh 3x kat ketiak boleh tahan 48 jam setiap kali penggunaan. Kalau cikroki pakai boleh tahan 4-5 bulan. 


MAHAL TAPI BERKUALITI (BAHAN)


Yang ini cikroki mungkin tak perlu terang panjang lebar. Umum semua mengetahui produk Amway semuanya adalah terbaik. Head To Toe. Masih mengguna pakai contoh deodaran. Deodaran nih tergolong dalam salah satu Kategori Dandanan Diri iaitu Penjagaan Badan yang menghalus dan melindungi kulit (Protect +). Bahan yang digunapakai adalah daripada bahan semula jadi iaitu White Tea (anti-oksida), Mineral , Ekstrak Bilberry (Vit C+ antioksida). 

Dan lagi, botol deodaran tu pun diperbuat 100% daripada bahan guna semula (recycle) bagi mengurangkan penggunaan bahan plastic yang mudah tercemar. 

End Up  Selamat dan gunakan Tanpa Was-Was!

Wow…amazing.. haha. Kalau cikroki cakap cara pembuatan yang diperbuat 100% daripada tenaga angin sebagai ganti tenaga elektrik tentu korang cakap cikroki tipu kan. So, biarlah hal nih cikroki biarkan diri anda diselubungi misteriii..


MAHAL TAPI … tak ade tapi tapi lagi. Kalau cikroki bagi 10 pun belum tentu ada yang percaya. Hihi .. 


Moral of the story, please buy one and feel it yourself. Itu lah yang terbaik.

Sabun madu, ubat ketiak roll on deodorant, vitamin nutrilite, CB Plus, bio c Plus, green T plus, baby oil, ubat Gigi glister, spray mulut glister, mouthwash glister, toothpaste kids, bedak allano, lecithin E, syampu rambut satinique.



















wasap.my/60109336935/nakbeliprodukamway

wasap.my/wasap.my/60109336935/nakbeliprodukamway

wasap.my/60109336935/nakbeliprodukamway





Wednesday, 6 April 2022

SUMBER BAIK PROTEIN

 Assalamualaikum w.b.t,


Apa yang Menjadikan Pengambilan Protein Sangat Penting?

Protein ialah blok binaan untuk banyak fungsi tubuh. Ia bukan hanya teras sel dan otot kita tetapi juga sebahagian daripada rambut dan kuku kita!



Kekurangan protein boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang. Kesannya termasuk sistem imun tubuh yang terganggu, edema (kulit bengkak dan sembap), kuku & rambut rapuh dan boleh meningkatkan keterukan jangkitan.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan anda mengikuti formula ringkas ini:

1g x Berat Badan (kg) = Jumlah protein yang anda perlukan dalam sehari


Penuhi Pagi Anda dengan Protein

Sarapan adalah bahagian penting dalam hari anda. Ini membekalkan bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh anda untuk menempuhi cabaran sehari-hari. Makan diet yang seimbang memastikan tubuh anda mendapat kalori yang diperlukan untuk berfungsi dengan cekap tanpa bergantung pada kalori kosong.

Apa itu kalori kosong? Secara ringkasnya – makanan yang membekalkan sedikit atau tiada nilai pemakanan. Ini bermaksud – ya, betul tekaan anda – makanan rapu dan makanan yang sangat diproses. Walaupun karbohidrat juga penting untuk membekalkan tenaga kepada tubuh anda, kekurangan karbohidrat ialah ditukar menjadi gula apabila tidak digunakan sepenuhnya.

Jadi, daripada mencapai bungkusan nasi lemak atau mi goreng pada waktu pagi, mengapa tidak mencuba sarapan yang kaya dengan protein?

Lebih baik lagi – mengapa tidak minum protein sahaja? Ini sangat berguna bagi mereka yang tiada masa untuk bersusah payah menyediakan sajian pagi yang sihat dan berkhasiat.



Minuman suplemen atau minuman kocak protein memberikan penyelesaian yang mudah disediakan, pada bila-bila masa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh anda dengan cara yang betul. Mengambil minuman protein pada waktu pagi:

    • Menjadi asas sistem imun yang lebih kuat
    • Merangsang metabolisme anda
    • Mengurangkan rasa lapar sepanjang hari
    • Membantu menyembuh, menjana semula, & membina otot apabila digandingkan dengan senaman yang kerap dan diet seimbang
    • Membantu membina antibodi supaya tubuh boleh melindungi dirinya daripada bahan-bahan berbahaya


    Mulakan Hari Anda dengan Betul dengan Kuasa Protein!

    Ambil satu sajian Minuman Protein Soya Nutrilite untuk menambahkan sentuhan perisa yang hebat dalam sajian anda! Suplemen protein berasaskan soya bukan GMO ini tersedia dalam perisa Beri Campuran, Teh Hijau, Asli dan Coklat untuk memenuhi semua tunas rasa.

    Setiap perisa memberi anda protein berkualiti tinggi dan 9 asid amino perlu. Ia juga rendah lemak dan kolesterol. Bancuhkan dalam segelas air atau minuman kegemaran anda untuk menjadikan pagi anda lebih istimewa.

    Nutrilite Soy Protein serving guidelines Malay


    Bersedia untuk Vaksin

    Mempersiapkan diri untuk suntikan vaksin anda? Tiada yang lebih baik daripada memainkan peranan anda dan #KekalSelamat tetapi jangan lupa untuk bersedia dari segi fizikal dan juga mental!

    1. Makan sebelum janji temu anda! Memastikan perut anda berisi akan memberikan tubuh anda sumber yang diperlukannya untuk memastikan sistem imun tubuh anda kuat.
    2. Kekal terhidrat! Minum banyak air dan cecair yang kaya dengan elektrolit akan memastikan sel-sel anda berada dalam keadaan isotonik yang optimum.
    3. Pilih makanan antiradang. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mengekalkan pengambilan makanan antiradang yang sihat boleh mengurangkan risiko COVID-19 dan juga menguatkan keimunan tubuh anda. Salah satu makanan berkhasiat itu ialah kunyit. Tidak suka rasanya? Cubalah Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola With Licorice And Turmeric sebagai gantinya!

    Nutrilite KawKaw bundle

    Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan merangsang keimunan anda? 

    boleh hubungi wan rokiah untuk info lanjut Wasap.my/6010-936935/protein. 

    Sunday, 2 January 2022

    Spageti Carbonara Goreng Kesukaan anak

     Assalamualaikum w.b.t,

    Kadang Kala tak perlu pun beriya nak masak untuk makan sedap, kadang yang simple (ringkas) Itulah yang menjadi kesukaan anak anak.


    Jadi cikroki masak spageti carbonara goreng, panggil goreng sebab tak berkuah, buat kuah kering kali ini.


    Caranya mudah saja, lebih kurang sama saja dengan buat yang berkuah.

    Cincang bawang putih seperti biasa, panaskan kuah dan tambah spageti yang dah direbus lebih awal.

    Siapppp.

    Tambah nutrisi dengan gummy DHA untuk anak-anak



    Wednesday, 9 June 2021

    Cekodok Kentang Mudah Dan Sedap

     Assalamualaikum w.b.t,

    Benda mudah cam gini pun kadang jadi susah jika tak reti nak buat kan. Siapa setuju dengan saya, boleh komen kat bawah.


    Masa buat ini, memang dah niatnak kasi kawan-kawan anak makan sekali, sebab tu terus bancuh banyak. Kebetulan ada baki 2 ketul kentang yang Encik Suami dah kupaskan untuk dimasuk ke dalam sup tulang paginya. Maka untuk tak buang saja, jadi kita masukkan dalam cekodok. Jadilah cekodok kentang mudah dan sedap.

    mula ingat nak goreng sikit saja

    Sekali goreng habis semua terus lah

    Resipinya simple saja. 
    Gandum 2 cawan (lebih sikit pun OK)
    Air lebih dari 2 cawan, kita agak-agak saja bancuhan nya
    Kentang 2 biji dipotong dadu
    Bawang holland setengah biji juga dipotong dadu
    Garam 1 sudu kecil
    Gula dalam 5sudu besar (nak manis lagi boleh tambah, nak kurang manis, kurangkan lah)
    sedikit soda bikarbonat

    Cara buat:
    Bancuh semua dalam bekas, gaul sebati
    Biar seketika bagi adunan rehat dulu 
    Panaskan minyak (pakai minyak baru ya)
    Goreng lah ikut saiz yang nak

    Tips:
    Saya pakai 2 sudu semasa mengoreng
    1 untuk cedok, 1 untuk bentukkan cekodok semasa nak curah kan ia dalam kuali
    kerja jadi mudah, cekodok terbentuk elok
    Tapi kali ini dia jadi ikut suka dia sebab adunan agak cair dari biasa

    Tapi masa dah siap, alhamdulillah sedap sebab ranggup di luar tetapi moist di dalam, ketika gigit kentang, rasa manis kentang dan kerangupan nya.
    Cubalah wahai pembaca semua.

    Kalau dah cuba, boleh lah kongsikan di komen ya.

    1 pesanan ringkas:
    Setiap hari, fikirkan apa kita boleh beri manfaat pada diri sendiri dan orang lain.


    Sunday, 10 January 2021

    Vitamin Organik pilihan ramai

     Assalamualaikum w. b. t,


    Vitamin awak ju al mahal lah


    Hebat pilihan vitamin Nutrilite 



    Vitamin mahalkah atau mindset kita terlalu murah😅

    Kalau sakit akan lebih perlu belanja yang lebih besar🙄


    Kenapa vitamin kat farmasi atau drug store lebih murah, sanggup beli kat sana sebab ia campuran sintetik🙄

    Vitamin kita sepenuhnya organik😊


    Macam uols cubalah kalau amek bio c plus tu, uols bia kat luar, akan jadi kehitaman😢

    Cuba amek vitamin sintetik dan biarkan kat luar😁

    Biar kena udara luar, cuba tengok bezanya

    Konpem macam kebal gitu je rupanya 


    Uols nak pilih yang penuh pengawet, pewarna dan perasa tambahan atau nak yang sepenuhnya asli

    Tepuk dada tanya ilmu ❤️🙏


    Satu tips lagi💪

    Cuba potong 2 ke 3 ke, nak potong lapan pon ikut suka mung

    Pastu uols tengok dalam dia, kalau vitamin bio c plus kita ke vitamin nutrilite lain pun sama luaran dan dalaman macam sebijik orang Amway, tak fake punya, dalam dan luar serupa 😍

    Tapi cuba pulak kat vitamin sintetik dari farmasi, potong gak dan tengok beza luar dan dalam, biasa warna luar terang sebab nak tarik menarik kedebom, ada beza gais😏


    Jadilah prosumer yang bijak

    Sekarang offer untuk pakai produk harga ahli hanya RM 20 saja untuk setahun diskaun

    Pakai sampai habis semua 700,800produk yang ada

    Kalau bijak, sesilap boleh FREE saja tanpa perlu bayar RM 20, nak tau

    Haruslah consult dengan cikroki ya

    010-9336935 

    💕💪❤️

    Thursday, 9 April 2020

    Diet Musim Covid 19 (kawalan pergerakan)

    Assalamualaikum w.b.t,

    Susah sangat nak jaga makan musim covid 19 ini?
    Bila asyik di rumah dan sudah semestinya tiada apa ingin dilakukan jadi makan makan makan saja aktiviti berulang yang dilakukan?
    Oh tidak bagi yang menjaga badan
    Bagi yang ingin slim dan sihat sokmo, pasti ada langkah langkah bijak yang di ambil

    Nak diet musim covid 19 dan cara mudah berada di rumah?
    Amalkan lah pengambilan makanan yang sihat dan mengenyangkan iaitu protein body key dari nutrilite.

    Lihat gambar di bawah:
    Boleh campur protein asli dengan pisang dan kurna atau cukup sekadar protein dan susu segar saja. Hati hati dengan  kiraan kalori bila ambil pisang atau buah buahan lain ya.

    Pisang dan kurma 

    Ready untuk di blend

    Lazat, pekat dan kaya nutrisi

    Dah siap blend, jom minum


    Boleh dapatkan dari saya dengan hubungi no tertera. Ia boleh di minum awal pagi sebagai sahur  atau sarapan pagi, boleh diambil malam hari sebagai dinner.
    Malah boleh juga diambil sebagai  penganti makanan bila tengahari.
    Elok diambil 2kali sehari bagi yang nak turun berat dan sekali sehari bagi yang nak maintain berat badan.

    Inilah cara diet yang baik dan semua boleh amalkan termasuk anak anak di rumah.

    Saturday, 13 January 2018

    Protein untuk Kesihatan

    Assalamualaikum w.b.t,

    Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,
    Allah masih panjangkan umur dan beri kesihatan pada kita untuk teruskan kehidupan dan terus berkongsi di media ini.Niat tiada lain,hanya untuk membantu diri sendiri dan anda jika memerlukan.

    Mari kita amalkan sarapan, makan tengahari dan malam yang sihat. Apa yang kita makan, itulah kita. ATau kita adalah apa yang kita makan. Jika masuk makanan sihat, sihatlah badan kita. Jika masuk makanan yang banyak berlemak, berminyak malah tak sihat, maka sakitlah kita, itu secara teorinya. Selebihnya Allah yang maha Kuasa untuk kekalkan dan beri kita kesihatan.

    Anda boleh lihat pada gambar yang saya kongsikan di bawah.
    Hanya amalkan dua produk ini sebagai gantian meal atau menu harian, anda boleh turunkan berat badan.  Selain untuk tutun berat,ia memberi kesanyang lain untuk kulit dan badan kita. Dan yang paling penting kolestrol dalam badan dapat diturunkan dan ia dapat seimbangkan gula dalam darah. 2 penyebab kepada penyakit ini yang paling digeruni iaitu kolestrol dan gula.

    Boleh dapatkan 2 produk ini 010-9336935

    Gantikan protein biasa yang kita ambil dari ayam, daging dan ikan kepada protein dari sumber tumbuhan seperti protein all plant atau ada beberapa perisa lagi seperti green tea,beri dan coklat.
    Sekali sekala boleh nak makan protein dari sumber haiwan yang biasa kita ambil. PAstikan ia berpatutan dengan keperluan badan kita.

    Untuk anda yang nak tahu lebih lanjut, bolehlah bertanya pada saya dengan hubungi saya seperti yang dah tertera di atas dan kiri kanan blog ini.

    Sekian dulu.




     

    Thursday, 11 January 2018

    Testimoni : Rawat Kencing Manis

    Assalamualaikum w.b.t,

    Testimoni panas baru dapat.
    Dengan guna protein all plant saja, tabur pada luka jari dan alhamdulillah dengan Kuasa Allah yang Maha Penyembuh, dengan izinNya sembuh dan baik luka-lukanya.

    "Semalam jumpa Kak Minah (nama samaran) kat kedai, pengguna tegar protein+bodykey, pesakit kencing manis, bapa mertuanya pun ada kencing manis dan jari tangannya memang dah Doktor putuskan kena potong sebab takut melarat ke seluruh tangan.

    Orang tua, yang dah makan macam-macam ubat, bila Kak Minah belikan ayahnya protein all plant, taknak makan dengan alasan cukuplah ubat hospital ayah makan. Kak Minah memang sedih, tetapi Kak Minah taknak mengalah. Dia tabur protein tu atas jari ayahnya. Gambar pertama tu kesan selepas hari pertama, dan gambar ke 2 itu 2 minggu lepas tu. Alhamdulillah, memang nampak perubahan yang sangat-sangat baik. Rezeki untuk mereka yang berusaha.

    Gambar sebelum dan selpas ditabur all plant protein
    Sebenarnya protein all plant adalah minuman kesihatan untuk mengantikan makanan harian kita terutama sarapan. Amalkan setiap hari untuk minum sebagai sarapan pagi.

    Untuk tahu lebih lanjut, teruskan bersama saya dan saya akan kemaskini dengan entri yang terbaru. 

    Sunday, 6 August 2017

    Jom Baca Buku Tambah Ilmu

    Assalamualaikum w.b.t,

    Assalamualaikum dan selamat tengahari,

    Selamat berhujung minggu bersama keluarga bagi yang bercuti
    Bagi yang bekerja, selamat bekerja dan semoga kerja yang anda lakukan mendapat redha dan keberkatan dari Allah S.W.T,

    Kebetulan 2 pagi hari yang lepas, saya terbangun jam 5 pagi dan terus bangun tanpa sambung tidur, maka banyak kerja-kerja rumah yang selama ini tertangguh, dapat disiapkan. Kain yang dah lama tak berlipat, sempat siap dilipat dan disusun ke rak masing-masing. Yang mana perlu gantung, siap digantung.

    Pagi kedua terbagun awal lagi,saya ambil masa sedikit untuk menyusun dan melihat stok buku yang ada di rak, rasanya dah lama tak terusik. Sebenarnya depan susunan buku-buku ini saya letak deretan Vitamin atau supplemen dari Nutrilite, Amway yang mana saya makan harian dan jual juga ya.
    Maka buku di belakang memang tak terusik, hanya Vitamin dan supplemen saja yang saya sentuh setiap hari.

    Saya hanya menyusun semula mengikut sedap mata yang memandang, ikut ketinggian buku, dari tinggi ke rendah. Nanti kita rajin, susun semula ikut nama-nama betul.
    Habuk-habuk halus pada rak juga disapu dan nampak lebih terjaga.

    Susunan buku di rak, banyak lagi yang dalam kotak (belum susun)

    Antara stok buku yang ada di rak

    Sebenarnya jadikan buku sebagai kawan adalah lebih bernilai dan bermakna untuk tambah pendapatan dan ilmu pengetahuan kita. Sesuai untuk kita manusia yang ingin elakkan membuat dosa dan menambah pahala. 

    Sekian dulu coretan kali ini.

    Rutin hujung minggu saya sejak 1 bulan yang lepas agak berubah,nanti saya ceritakan dalam entri akan datang.

    Sunday, 30 October 2016

    Vitamin C untuk Kanak-Kanak

    Assalamualaikum w.b.t

    Ikuti kisah saya dan anak saya, Amirul Hakim ke HQ Amway dalam minggu lepas untuk ambil Periuk Noxxa kegilaan ramai surirumah sekarang.

    " mama, ni lah kan Vit C yang kita makan tu" kata Amirul Hakim kepada saya.
    Ya betul! Tepat sekali jawapan saya pada dia.
    Kalau anda semua nak tahu Vitamin C keluran Nutrilite rangkaian produk Amway aalah sepenuhnya sumber organik dan tiada tambahan pewarna dan perasa tiruan.
    Tahukah anda apa makna organik? organik maknanya tiada unsur campuran bahan kimia, organik bermakna ianya terhasil dari sumber pedalaman, kekampungan tetapi diuji dan diproses dengan alatan canggih di ladang, kilang sendiri.
    Berbeza dengan yang terdapat di pasaran dengan pelbagai jenama yang boleh kita dapati dengan mudah di klinik-klinik dan farmasi yang ada.

    Perbezaan terbesar adalah jika anda beli yang di luar, akan ada silika gel dalam botol sekali dengan vitamin tersebut, betulkan?
    Tahukah apa fungsi silika gel tersebut?
    Yang berfungsi untuk menyerap kelembapan dalam botol vitamin tersebut.
    Tapi yang nutrilite tak ada!
    Sebab ia 100% organik
    Warna pon neutral
    Tidak seperti brand X yang warnanya terang, menarik anak anak untuk makan
    (Biasanya Ammar Husaini, anak kedua saya memang suka brand X), jadi saya dalam proses untuk galakkan dia mabil vitamin C sama seperti abangnya. 
    Cerita yang paling best untuk Amirul adalah selera Amirul makin naik dan mudah makan apa saja saya masak. Dia bertambah sihat, badan nampak berisi dari dulu walau ada juga kena selsema tetapi langsung tak demam, Alhamdulillah.
    Saya syorkan wahai para ibu-ibu belikanlah untuk anak-anak anda. Ini adalah nasihat saya, saya cerita dari hati seorang ibu dan bukan sekadar peniaga yang mahu untung saja.
    Jadi anda boleh hubungi saya jika mahu dapatkan vitamin C yang boleh kunyah untuk anak-anak anda hari ini.

    Saya lampirkan gambar kenangan Amirul bersama dengan Vitamin C yang menjadi kegemarannya sekarang.
    Vitamin C chewable untuk kanak-kanak
    Ini pula gambar Vitamin C untuk kanak-kanak yang saya jual dan saya promosikan dari atas tadi, namanya Nutrilite Chewable Natural C, antarabangsa punya produk.
    Vitamin C kunyah-kunyah untuk kanak kanak
    Sekian dulu, jika ada sebarang kemusykilan atau nak kongsikan pendapat anda, dialu-alukan di ruangan komen ya.