Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

Sunday, 10 March 2019

Racun Rumpai

Assalamualaikum w.b.t,

Baru saja beli 1 botol racun rumput, dah habis dan kena beli 1 botol lagi yang 1L. Kali ini beli terus 2 botol sekali dengan penyemburnya. 1 botol untuk mak di kampung. Katanya nak guna untuk sembur lalang dan rumput di sekeliling rumah di kampung.

Masa beli 1 botol dulu, suami saya dah sembur sekeliling rumah tapi tak cukup untuk semua rumput di laman rumah.
Ada Tinggal setumpuk rumput yang tak disemburnya.

Dulu beli yang botol biru yang mana racunnya cepat saja matikan rumput dan kuning semuanya namun cepat naik balik.

Kali ini beli yang hijau roundup namanya, kata pekedai, ini kuat dan akan matikan akar rumput sekali padahal harganya lebih kurang saja dengan yang botol biru.

Racun rumput

Kena baca dulu maklumat

Ambil tahu cara guna
Walau sang suami yang akan racun dan guna sembur racun ini, tapi tak salah kita baca dan ambil tahu cara guna. 

Sebenarnya pun saya dalam proses belajar untuk sembur dan buat sendiri. Sebab kadang kala rasa susah hati bila minta tolong orang lain walau pun suami sendiri. Kita jenis yang nak cepat dalam segala hal. 

Cukup lah dulu cerita berkenaan racun untuk hari ini. 

Nanti ada masa, kita update pasal rumput yang dah kering dan mati. 

Sekian. 
Salam hujung minggu.


Friday, 5 January 2018

Aktifkan Blog

Assalamualaikum w.b.t,

Selain target nak hidup ringkas dan mudah, tahun 2018 ini saya nal aktifkan balik penulisan di blog dan jadikan ia tempat untuk berkongsi seperti tahun 2013 iaitu tahun di mana saya mula belajar dan bina blog.

Ya jika anda di luar sana yang berminat untuk ada blog, nak bina blog seperti ini, boleh cuba hubungi saya atau mana-mana cikgu kelas blog yang ada. Boleh gunakan untuk berkongsi apa saja atau fokus kepada bisnes.

Sebenarnya tujuan utama saya berblog adalah untuk berbisnes online. Alhamdulillah setakat ini ON walau lama atau jarang update blog. Dengan berkongsi cerita di entri, ia memudahkan pengguna produk hubungi kita dan buat belian. Jadi sangat penting untuk kita berkongsi produk jualan kita di entri entri terkini supaya apabila pengguna mencarinya, ia terus dapat berhubung dengan kita.

Kadang ada produk yang sudah tak dijual lagi pun masih ada yang mencari tetapi kita perlu tegas mengatakan sudah tak berniaga produk itu lagi. Untuk buang dan delete entei berkenaan mungkin tidak kerana di situ terletak kenangan kita.

Jumlah entri di blog ikut tahun
Boleh lihat trend saya menulis dan berkongsi entri di blog dari tahun 2014 semakin menurun. Ini merupakan salah 1 blog yang saya ada. Sebenarnya saya sendiri sudah ada 4 blog. 2 blog memang saya fokus pada produk jualan iaitu produk DCL dan 1 lagi produk Tupperware. 1 blog yang lai  adalah perkongsian mengenai panduan berniaga online dan offline.

Ok itu adalah azam tahun 2018 iaitu saya nak aktifkan balik blog. Tunggu saya akan muat naikkan produk jualan saya yang terkini.