Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Showing posts with label tupperware. Show all posts
Showing posts with label tupperware. Show all posts

Wednesday, 10 January 2018

Bekal Anak Sekolah 2018

Assalamualaikum w.b.t,

Dah sekolah minggu kedua baru anak mau bawa bekal ke sekolah. Itu pun setelah pujuk memujuk supaya bawa dan boleh simpan duit belanja.  Kesnya dia dah guna duit simpanannya untuk beli botol air tupperware dengan mama. Jadi nak kena guna duit belanja untuk tambah simpanan semula.

Antara bekal yang mama dah masak untuk Amirul bagi sekolah pagi dan petang. 3 hari dalam minggu ini.

Pasta goreng dan nasi goreng

Makan pagi mama pun sama

Nasi goreng dan spaggeti carbonara

Nasi putih dan sup ayam, nasi goreng
Kalau ada yang nak beli bekas bekal tupperware dengan mama, boleh hubungi terus sms/whatsApp 010-9336935. 
Mama dalam proses nak clear kan barang stok tupperware yang ada.

Sekian dulu, salam sayang dari saya.t

Sunday, 5 February 2017

Go Green With Tupperware : Jom bertukar ke Tupperware

Assalamualaikum w.b.t,

Sempena di Selangor sekarang ada kempen Katakan TIDAK pada plastik beg dan juga dilarang menggunakan polistren di kedai-kedai makan, maka kita sahut dengan menukar habit @ tabiat kita kepada menggunakan beg kitar semula dan juga bekas plastik Tupperware.

Kerana apa?

1 bekas polistren itu memakan masa beribu-ribu tahun untuk hancur malah tak dapat dikitar semula dan sangat memberi kesan kepada alam sekitar kita. Manakala bekas Tupperware pula daripada plastik semulajadi yang akan mereput dengan sendiri sesuai dengan usia dan penggunaan kita. Dan kita hanya perlu kurang dari 5 minit untuk basuh dan guna semula bekas tersebut. Sangat menjimatkan kerana boleh guna berulang kali.




Jika berminat untuk dapatkan bekas Tupperware untuk bekal sehari-hari anda atau untuk kegunaan di rumah, boleh hubungi saya 010-9336935.

Saya bantu mengikut kemahuan anda.

Thursday, 2 February 2017

Clearance Stock Tupperware : OT Lovely Pink

Assalamualaikum w.b.t,

Promosi besar-besaran penghabisan stok.
Harga sebenar Tupperware OT LOVELY PINK yang kedap udara RM295 harga pasaran tetapi kini hanya RM200 sahaja. Untuk mereka yang benar-benar serius untuk mahukan produk dan siapa yang dulu buat bayaran akan milikinya.
Hanya 1 set sahaja lagi tau

Jadi hubungi 010-9336935 untuk pembelian segera



Bagi mereka yang tidak tahu kelebihan bekas OT iaitu One touch yang sangat kedap udara ini, ia memang agak mahal berbanding bekas Tupperware yang lain sebab sangat mudah untuk buka dan tutup. Ketahananya yang sangat kedap udara telah diuji dengan masukkan telefon bimbit yang hidup ke dalam OT dan OT itu pula dimasukkan ke dalam akuarium yang ada air. Apabila buat panggilan, telefon tersebut bergegar dan menunjukkan ia masih hidup di dalam OT dengan selamatnya dari dimasuki air atau udara.

Untuk membukanya, hanya perlu tekan ditengah dan angkat penutupnya. Untuk menutupnya pula memadai hanya tekan dengan kuat satu kali di tengah bekas.

Banyak jenama lain yang cuba meniru teknologi ini tetapi ketahanan kedap udara nya tidak menyamai kehebatan produk OT dari Tupperware yang original.

Tuesday, 24 January 2017

Clearance Stock Tupperware : Jualan Murah-Murah Saja

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak buat jualan Tupperware penghabisan stok secara besar-besaran. Boleh lihat barangan apa yang ada dan jika berminat boleh terus hubungi saya 010-9336935.


Gambar ehsan google : Tupperware Red Pack

Ada 3 saiz berbeza : Boleh pilih nak beli saiz mana atau 1 set

Let's Party with Big Packer

Green Punch Bowl

Party Set : Punch Bowl and Mug

Fairy Flask RM35 1biji, pm 010-9336935 untuk lebih murah

Freezer mate Essential set :Kegunaan 1 rumah

Freezer Mate segarkan lauk pauk anda

Freezer Mate Essential Set : Keperluan untuk anda



Botol Air 1Liter

Bowl

Modular Mate Hijau

Party Set : Take a lot Set

Party Set : Elegancia Bowl

Party Set : Signature Series
Untuk Party Set memang kebiasaan saya terus jual set RM160, tetapi jika anda mahu beli asing, tidak ada masalah, boleh saja hubungi saya dan saya akan berikan harga yang terbaik untuk anda.

Yang pasti untuk clearance stock dan jualan murah-murah saja Stok Tupperware yang ada.

Sekian dulu.

Saturday, 14 January 2017

Tupperware Kedap Udara (One Touch Spring Floral)

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak buat clearance sales untuk produk Tupperware yang kedap udara. Harganya sangat murah sahaja berbanding harga pasaran. Lebih 40% JIMAT.



Boleh segera hubungi saya 010-9336935

Monday, 9 January 2017

Bekal Sekolah Anak

Assalamualaikum w.b.t,

Dah beberapa hari sesi persekolahan bermula dan alhamdulillah saya sempat bekalkan anak saya Makanan yang dimasak sendiri di rumah. Dan gembira juga kerana anak saya makan makanan yang dibekalkan. Duit belanja RM3 yang suami saya beri langsung tak digunakan.

Dua hari saya bekalkan dia makanan, hari pertama sup ayam yang ada 2 ketul ayam di dalamnya bahagian kepak kesukaannya dengan nasi putih dan telur dadar. Tapi nasi dengan kuah sup beserta telur dadar saja yang dimakannya. Ayam 2 ketul langsung tak dijamah, balik dari sekolah suami saya yang ratah dan makan ayamnya.


Bekal Sup ayam dan telur dadar dengan nasi putih
Hari kedua saya bekalkan sayur lemak dan ayam goreng 2 ketul kegemarannya dengan nasi putih. Juga nasi putih dan kuah sayur lemak saja yang dimakan. Langsung ayam 2 ketul yang agak besar saya goreng tidak dijamah, saya yang ratah selepas dia balik dari sekolah. Sayur juga tidak dimakan, ini sudah dapat diagak walaupun jika di rumah dia akan makan lobak merah yang ada dalam kuah sayur lemak tersebut.


Balik Rumah, ayam 2 ketul tidak disentuh


Bekal Nasi Putih, Sayur Lemak dan Ayam Goreng

 Hari ketiga saya bekalkan nasi putih, kuah sup ayam dan udang goreng 4 ketul. Saya harap sangat kali ini kesemua makanan yang dibekalkan habis dimakan. Rupanya sama juga lauk udang goreng 4 ekor langsung tak disentuh, dia hanya makan nasi putih dan kuah sup seperti kebiasaannya.


Bekal Amirul dan mama sekali menyendeng

Balik dari sekolah langsung udang tak disentuh, suap baru makan


Hari Keempat, hari Jumaat dan hari akhir dalam minggu ini sesi persekolahannya, saya bekalkan mi maggie goreng sedap beserta ayam goreng bahagian kepak. Sebenarnya ini permintaan dia sendiri, jika ikutkan saya nak bekalkan nasi dan telur dadar sahaja. Yang paling seronok bila mi yang dibekalkan habis dimakan dan kepak ayam nampaknya dijamah sedikit sahaja. Rupanya bila disoal siasat katanya dia berkongsi makan dengan Azfar rakan semasa Pasti tahun lepas, Tahun ini sama sekolah tetapi berlainan kelas, boleh pula berkawan masa kat kantin sekolah.

Sekian dulu bekal sekolah anak untuk 4 hari pertama persekolahan.
In shaa Allah semoga Allah sentiasa berikan momentun kerajinan yang sama untuk bekalkan Amirul Hakim dengan makanan yang dimasak sendiri di rumah.

Wednesday, 5 October 2016

Katalog Tupperware Oktober November 2016

Assalamualaikum w.b.t,

Mari kita cuci mata dengan katalog Tupperware terkini dengan pelbagai variasi barangan yang baru dan bewarna warni. Jika ada teringin, terus hubungi saya dan buat tempahan kerana kebiasaan barang yang hot dan laris akan habis dahulu.



















































Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah