Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday 4 April 2017

Gelagat Anak-anak


Assalamualaikum w.b.t,

 Saya tak tahu bagaimana kelakuan anak-anak anda apabila berada di kedai makan atau semasa di pasaraya (shopping complex).

Kalau anak saya, mereka suka sangat bergurau senda dan main sorok-sorok semasa di pasaraya, terutama di kedai-kedai baju yang boleh menyorok dan ada bahagian-bahagian tertentu yang mudah untuk menyorok. Mereka gembira jika kita tak dapat cari mereka, jadi anda boleh bayangkan jika berada di pasaraya, bagaimanakah reaksi saya, memang tak senang dan tak tenang untuk membeli belah tau. Risau akan kehilangan anak-anak, takut diambil orang memandangkan dah banyak kes yang berlaku di sekeliling kita.

Jika berada di kedai makan pula, mereka akan bergurau juga, akan berlumba untuk habiskan air minuman dan juga ukur-mengukur air yang masih berbaki dalam gelas. Selepas habis makan, mereka akan bangun dan main kejar mengejar juga sehingga kadang kita yang risau kerana takut mengganggu ketenteraman pelanggan lain.

Saya rasa kelakuan anak-anak kita tak sama semuanya namun ada juga ibu apa yang ada anak lebih kurang perangai macam ini kan. Siapa pun anak kita, bagaimana kelakuan mereka, terima dan perbaiki yang mana buruk, supaya jadi baik.

Dan satu lagi, zaman kanak-kanak sekarang memang begini, bila dah besar nanti mungkin dah tak buat perangai lagi.