Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday 31 May 2014

Sakit Mata

Assalamualaikum w.b.t

Kisah pada cuti minggu lepas dan hampir seminggu lah
Satu rumah dah dijangkiti virus sakit mata
Paling sakit dan senak masa sujud solat
Ya Allah sakit itu penghapus dosa
Bersabar sajalah dan cari cara untuk merawatnya.


Apabila Allah sayangkan hambanya, Dia akan turunkan ujian untuk hambanya supaya lebih mengingati dan mendekatkjan diri kepada penciptanya.

Gambar di bawah adalah gambar anak kecil saya yang telah pun dijangkiti konjunktivitis atau sakit mata. Punca awal dia lah pembawa ke dalam keluarga kami dan berjangkit satu rumah. Asalnya datang dari Taska.

Ini pula gambar ubatan sebagai bekalan yang dibeli dari Farmasi untuk merawat sakit mata ini. Masing-masing malas nak ke klinik berjumoa dengan Doktor, jadi si suami  beli ubat titik Nicol di Farmasi. Saya pula beli ubat titik Dextracin dan ahli farmasi sarankan saya ubat antibiotik jenis sapu, dalam gambar, ubat dalam tiub di tengah tu.

Ubat antibiotik tu pakai sekali dua sahaja dan tak pakai dah sebab dia kena sapu dalam mata, dah la mahal ubat itu dalam RM20 sedangkan ubat titik murah saja RM4-RM5.


Bukan mahal murah yang jadi ukuran, bila sakit memang setiap kita pasti akan cari penawar dan ubatnya. Di saat saya menulis entri ini, mata saya sudah hampir pulih sepenuhnya.
Syukur Alhamdulillah.
 




Friday 30 May 2014

Stok Kurma Walnut

Assalamualaikum w.b.t,

Macam ini baru rasa seronok nak berniaga bila dapat stok yang banyak macam ini, rasa semangat datang lain macam untuk promosi dan terus promosi. Terutama sekarang kan musim gaji, pasti semangat pembeli untuk membeli juga tinggi. Tak perlu nak berjimat sangat jika produk ini bagus untuk satu keluarga, sunnah pula tu. Elok untuk kesihatan.

Untuk pengetahuan anda di luar sana, ya saya memang peniaga yang menjual kurma badam dari tahun lepas, tetapi tahun ini saya pelbagaikan lagi jenis kurma dengan menambah kurma walnut yang mana tak kurang hebatnya dengan kurma badam.



Baik untuk anda yang nak membeli sangat dialu-alukan, Bagi yang sama nak menjual dan menjadi agen akan produk ini boleh hubungi saya di 010-9336935 atau terus emel. Walau sekarang pun sudah ada ramai agen saya yang sedang sama-sama menjual dan mempromosikan produk ini, namun apa salahnya untuk anda yang teringin nak buat pendapatan sampingan terutama di musim ramai yang sedang mencari duit tambahan untuk persediaan bulan puasa dan raya nanti.



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Thursday 29 May 2014

Bangi Car Boot Sale

Assalamualaikum w.b.t

Ini aktiviti hari cuti setiap minggu saya sekarang ini, sebenarnya bukan saya yang sepenuh masa menjaga gerai ini tetapi jiran saya sendiri yang mana telah menyewa tapak dan membayar segala wang sewa dan pendaftaran untuk CAR BOOT SALE ini.

Kerja saya adalah mempromosikan untuk ramai pengunjung akan datang dan singgah membeli segala barangan yang dijual di gerai No 29 berada betul-betul belakang Maybank Bandar Baru Bangi Seksyen 16. Kena hebahkan dan bagitau ramai orang kerana Car Boot Sale ini baru bermula di Bandar Baru Bangi dan masih ramai yang belum tahu mengenai ini.

Sedikit info mengenai CAR BOOT SALE ini
Tempat: Tapak pasar malam fasa 1 
( Berhampiran Maybank Bandar Baru Bangi Seksyen 16)

Waktu Jualan: dibuka dari jam 7am-1pm
Barang jualan: Seperti dalam gambar, tambahan : tempoyak, sayur, ikan pekasam, baju kurung, baju muslimah, jersi bola dan pelbagai lagi, dijemput datang sendiri untuk tengok dan beli.

Anda boleh lihat di dalam gambar ada sabun dobi 10kg untuk mencuci baju , kain pasang, beg tangan dari japan, barang hiasan rumah, bunga-bunga gubahan, biskut pelbagai aneka, kurma badam dan walnut, chocodate, sejadah kompas, nasi arab segera.


Ada anak patung beruang yang cantik-cantik juga dijual di sini, tambahan ada lamb chop dan chicken chop frozen keluaran Hartinie Kitchen.

Ini lah tuan punya tapak No 29, masih kelihatan muda dan anggun. Sangat peramah dan baik hati orang nya, Boleh singgah dan bertanya khabar ya anda sekalian di luar sana. Nak buat tempahan gubahan bunga, jahit manik pada baju atau tudung pun boleh dengan Kak Gee ini. Sangat kreatif orang nya.

Ini antara barang atau produk jualan saya yang ditumpangkan ke gerai Kak Gee. Kelompok sebelah kiri tersebut ada sejadah kompas, nasi arab, chocodate gift bag, kurma walnut, kurma badam.


Jika ikutkan hati banyak lagi produk yang nak letak di tapak ini sperti maruku johor, sambal kentang, bedak arab dan bedak tanaka, barang keluaran dherbs seperti syampu dan krim lebat serta pelbagai produk jualan Kedaionlinecikroki. Tapi tengok keadaan juga, tak kan produk saya lagi banyak dari tuan punya, hihi pening nanti tuan tapak.

Sekian dulu kali ini.


Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Wednesday 28 May 2014

Saya Sangat Marah!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Yer pandang saja tajuk entri di atas nampak sangat saya sedang beremosi. Sebenarnya minggu lepas emosi saya menjadi sangat marah apabila anda semua pengomen yang tak berbayar telah mencemarkan tanah saya ini (blog saya la) di entri Fenomena Terkini Oat Choco.

Imej pinjam dari Google


Saya akui yang saya ini masih baru dalam dunia blogger dan agak kurang mahir dan kena pula saya ada masa yang sangat terhad untuk berlama-lama di sini, sekali Allah nak tunjuk kebenaran pada saya, Allah bukakan hijab yang selama ini tertutup oleh pandangan mata saya.

Syukur saya telah namapk segala-gala permainan anda yang sembarangan komen di tanah ini sedangkan tuan tanah tidak mengetahuinya. Sekarang ambil, saya telah ambil tindakan tegas, sebenarnya belum tegas lagi namun memandangkan saya ini tidak punya masa yang banyak dan malas untuk mabil pusing kan nanti kepala saya pula yang bertambah pusing dan runsing. Baik saya ambil jalan tengah dan selamatkan tanah ini dari dicemari oleh anda.

Ya semua rekod anda yang telah komen di tanah saya ini ada disimpan dalam peti kemas, biarlah di situ dahulu. Langkah yang paling terbaik untuk masa ini adalah hilangkan semua komen tak berbayar anda di sini.

Nasihat saya, wahai peniaga-peniaga jangan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Jangan iklan sembarangan di tapak atau tanah orang sebelum minta kebenaran.

Itu sahaja coretan saya kali ini yang berupa sedikit nasihat untuk anda yang telah berbuat salah. Diharapkan anda jangan mengulanginya di mana-mana blog lain. Saya takut-takut jika mereka menghantar laporan ke pihak atasan, anda yang kena dan mungkin langsung tak boleh berada atau muncul di dunia maya lagi.


Berniaga lah dengan jujur dan ikhlas, jangan mencari keuntungan di atas kekurangan orang lain.
Rezeki Allah ada di mana sahaja, janji berusaha saja.

Tuesday 27 May 2014

Suka Makan Pisang

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Diberikan sakit sekali sekala akan menginsafkan diri kita dan mendekatkan kita dengan pencipta kita.
Ketika entri ini ditulis saya sedang bercuti sakit mata, sebenarnya satu keluarga sudah dijangkiti, bermula dari si kecil Ammar, kemudian mama, kemudian abah dan akhir sekali Si abang.

Punca nya si Ammar bawa balik dari taska, berjangkit dengan kawan-kawan di taska. Semalam bila saya ke Taska dan Pasti untuk info yang tak hantar budak berdua ini ke sana, rupanya dua cikgu sudahpun dijangkiti dan anak nya pun sama sudah kena.

Baik, berbalik pada topik asal entri ini. Cerita kali ini berkisar tentang anak-anak. Budak berdua ini yang sangat suka makan pisang. Sebelum ini hanya Ammar yang meminatinya, pantang nampak pisang. Sekarang si abang pun dah sukakannya. Senang lah sebab pisang ini elok untuk mereka, senang lawas dan berkhasiat tinggi. Jadi tak perlu lah risau jika si abang tak nak makan nasi.

Ini gambar yang diambil konon main permainan siapa makan pisang paling cepat habis. Cukup suika budak berdua ini main dan bergelak ketawa bersama. Tenhok sajalah aksi mereka.



Ini si abang baru nak kupas pisang, si adik dah masuk ke mulut sebab mama yang tolong kupaskan pisang itu, kalau tak pasti dengan kulit-kulit akan masuk ke dalam mulutnya.

Ha, si adik siap offer mama lagi untuk makan pisang. Dalam mulut dah penuh dengan pisang.
Ini gaya si abang yang masih nak main-main, mama pula yang offer dia makan cepat-cepat nanti kalah.

Seronok bersama mereka apabila masing-masing ceria dan bergelak ketawa, tetapi masa mereka melalak menangis tak tentu hala, naik angin juga rasanya. Sebagai ibu dan bapa memang kena bersabar banyak-banyak melayan kerenah anak-anak yang sedang dalam proses nak membesar.


Sekian dulu entri kali ini.



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah