Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Showing posts with label Periuk Noxxa. Show all posts
Showing posts with label Periuk Noxxa. Show all posts

Sunday, 19 May 2019

Periuk Noxxa dan Bonus

Assalamualaikum w.b.t 

Jom belajar bagaimana nak dapat duit dalam Bisnes ini sebagai bonus
Untung runcit mana-mana Bisnes pun dah biasa kan
Kalau dapat RM500 tambahan dari gaji biasa, seronok tak
Alhamdulillah mesti seronok kan

Kalau dapat tambahan RM50 sebulan pun dah Ok
Tapi kalau boleh dapat RM5000 sebulan Kenapa tidak
Buat buat dan terus buat
Fokus pada yang satu

Hari ini ikut saya belajar
Esok esok sendiri boleh buat

Suami dah siap pesan
Sebelum g kelas, Pastikan siap masak untuk anak yang tak posa
Risau betul dia
Duk bajet mama 1 hari hadir kelas
Padahal 2 jam setengah saja pun eh

Jadi mama masak sup ayam bubur nasi
Dua dua pakai Noxxa
1 tekan saja podrige dan dia auto
1 lagi tekan HP10 untuk masak sup ayam
Mudah je, buh bahan tekan tekan dan tinggal p solat subuh
Belum siap solat, dah siap dah masakan keduanya
Mudah ke mudah

Mohon sahabat positif saya doakan suami saya mengikut juga hadir ke kelas untuk belajar
Bulan puasa, duk dalam majlis ilmu berganda weh pahala dan amalnya
Setakat ini dia izinkan pun saya dah syukur
Tapi cam biasa lah Kalau sama sama buat itu lebih baik
Lebih cepat kejayaan itu muncul
Bukti dah banyak depan mata
Ikut saja

Bagi yang nak beli dan tercari skim mudah nak dapatkan PC noxxa
Meh la pm tepi
Ramai yang duk nak Tapi duk nak saja tanpa bagitau saya kata nak
Tak dapat tolong ler kita
Kena Bagitau nak
Jadi amekπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Nak kutu serendah RM100 pun kita boleh wat kira
Janji ia dapat bantu anda
Anda dapat guna periuk hebat
Boleh Jimat masa masak
Jimat lektrik (mama dekut bab neh)
Jadi apa tunggu nya
Sambar ler
Jangan Malu malu

Dengan pelanggan yang datang pick up PC dengan motor saja 

Pelbagai fungsi ditambah baik dari yang lama

Cantik menawan meletops si Noxxa baru

Monday, 18 March 2019

Nasi Himpit Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Kebetulan hari cuti dan niat nak masak Nasi bubur untuk si Amin. Jadi saya ambil 1 pot beras dan basuh bersih. Saya gandakan dua air dan masuk kan ke dalam periuk noxxa. Saya set kan 20HP bermakna 20minit dengan tekanan tinggi.

Bila dah siap, periuk akan berbunyi bip bip bip dan inilah masanya untuk Off kan periuk dan lepas kan wap melalui tombol periuk. Nasi masak elok dan saya ceduk ke dalam bekas freezer mate yang dah dilapik Plastik sambil tekan rata Nasi ke dalam bekas.

Ada lebihan sedikit, Saya tinggalkan untuk Si Amin dan yang lain memang di jadikan Nasi himpit. Simpan dalam peti semalam an.

Dan paginya boleh dipotong elok. Cantik kejadiannya. Saya guna beras Faiza. Sedap dimakan dengan kuah kacang.



Gabungan yang menjadi
Anda boleh la mencuba ya. 

Mulai Mei tahun ini  Periuk noxxa versi baru akan berada di pasaran dengan harga baru dan fungsi tambahan yang baru juga. 

Jika anda berminat, boleh lah hubungi saya 0109336935 memalui what Apps atau call terus. 

Sekian.

Sunday, 9 July 2017

Resepi Gulai Kari Ayam Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam masak gulai kari ayam untuk menjamu raya kawan-kawan dan saudara yang sudi datang beraya di rumah.
Suami beli 2 ekor ayam, kita masak rendang ayam, goreng bahagian paha dan kepak, selebihnya gulai kari.

Resepi mudah saja
(Saya taip dan simpan di sini)
Sebab suami makan bertambah dan siap puji lagi sedap sampai tak percaya bini dia masak. Yelah saya memang tak pandai masak. Tapi memang tak sangka juga masakan semalam semua menjadi dan sedap sedap belaka.

Saya tumis bawang putih, merah dan halia yang dimayang halus sehingga layu dan naik bau. Guna mode stir fry noxxa.
Matikan api dan masukkan bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan kacau sebati.

Masukkan ayam yang dipotong dan dibasuh bersih. Tuang 2 pek rempah kari adabi yang dibancuh air terlebih dulu.
Tutup periuk dan on mode HP selama 7 minit.
Dah siap 7 minit, lepaskan wad dan buka penutup periuk, boleh lah masukkan santan dan air. Tambah garam dan gula.
Saya tambah kentang yang dipotong kecil.

Masa ini saya tuang gulai dalam kuali chefology sebab nak guna periuk untuk masak nasi putih.
Panaskan sehingga mendidih dan rasa. Boleh tutup api dan dihidangkan bersama nasi atau roti jala.

Mati awas dalam periuk Noxxa

Gulai dah siap dalam kuali chefology

Friday, 13 January 2017

Ubi Kayu Rebus Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Makanan yang paling jarang ditemui zaman sekarang. Tetapi ia sangat popular pada zaman dulu. Makanan yang paling lazat mungkin pada zaman dahulu disebabkan tiada makanan yang lain seperti zaman sekarang.

Saya pula kebetulan ke pasar Tani dan ternampak ada orang jual ubi kayu dan kami punya group wasap pula tengah hot bercerita mengenai bingka ubi kayu Noxxa. Jadi semangat nak membeli dan mencuba untuk masak itu sangat tinggi. Beli sajalah dan makcik yang jual tu siapkan dah potong bersih untuk mudahkan saya balik, kupas dan terus masak.

Jadi dipendekkan cerita sebelum buat bingka, kita rebus dulu 1 ubi sebab terliur dan teringin nak makan cicah gula. Sangat sedap dan menyelerakan sekali jarang-jarang bertemu.

Yang paling seronok rebus dalam 3-4 minit sahaja dengan periuk noxxa, jimat masa sangatlah. Ubi pun masak elok saja.

Ini dia ubi rebus cicah gula-sedap sangat
Ini dia periuk noxxa yang duk cerita dan glamor sekarang. Jika mau segera bagitau saja, ada ready stock tau. Jika nak buat belian secara kutu juga ada. Jadi jangan segan-segan nak hubungi saya 010-9336935

Harga Asal RM788, order dengan kita untuk lebih nilai murah dan berbaloi
Sekian dulu ya.



Friday, 25 November 2016

Rebus Makaroni 5 Minit Noxxa Vs 20 Minit di dapur Gas

Assalamualaikum w.b.t,

Sekarang ini mood untuk menulis dan berkongsi sangat ke laut. Jadi jarang-jarang saja kita muncul di sini ya.
Saya nak cerita peristiwa di dapur pagi tadi, maklumlah bersiap untuk bekalan anak-anak ke jamuan sekolah mereka di Pasti Al Hadi, jadi saya rancang masak pudding roti dan makaroni goreng.

Jadi kebiasaan yang saya gunakan untuk rebus makaroni menggunakan Noxxa hanyalah 5 Minit dengan fungsi HP, high pressure. Tetapi pagi tadi saya gunakan Noxxa untuk buat puding roti, maka saya terpaksa masak makaroni di atas dapur gas. Lebih kurang 20-25 minit digunakan untuk masak makaroni rebus, siap masak dan kembang dengan jaya. Jauh berbeza dari segi masa memasak menggunakan Noxxa Pressure Cooker dan dapur gas. Jimat masa berganda-ganda.

Makaroni Goreng siap dimasak
Saya buat puding roti bakar dengan menggunakan Noxxa fungsi stim selama 25 minit. Sungguh mudah dan cepat. Sedang elok puding masak dan macaroni atas dapur pun masak. Saya punyalah set masa bangun awal untuk memasak supaya tak lambat dan terkejar-kejar, rupanya hampir setengah jam hingga 40 minit saja dah siap masak semuanya.

Puding roti Simple Noxxa


1 kejadian yang agak menakutkan berlaku kepada saya pagi tadi yang saya nak kongsikan di sini adalah masa tengah sibuk memasak, tetiba terdengar ketukan di tingkap cermin rumah saya berdekatan sinki. Ketukan sperti manusia, dalam hati saya memang fikirkan kucing sebab kucing selalu suka bermain-main dekat situ tetapi seawall 5 pagi tak akan kucing dah ada. Gerun dan berdebar-debar di dada. Ini adalah pertama kali berlaku kepada saya. Saya tak berani nak jenguk. Saya kejutkan suami yang sedang tidur dan minta dia jenguk ke luar pintu, suami saya bangun dan buka pintu dapur, berkejaran kucing dating ke pintu. Rupanya memang betul kucing, lapar minta nak makan rasanya.

Baiklah sambung balik cerita makaroni dan puding roti, saya buat untuk anak-anak saya yang ada jamuan di sekolah mereka sempena akhir tahun. Habis sesi persekolahan dah.
Saya selitkan gambar di sini untuk kenangan dan tatapan pada masa akan datang.

 3 menu untuk mereka termasuk sosej rebus kesukaan anak-anak
 Saya juga tambah menu puding roti versi kisar halus untuk santapan saya dan kawan-kawan di tempat kerja, dengan Noxxa kerja memasak menjadi mudah. Kisar smeua bahan dan tuang dalam periuk Noxxa, setkan stim 25 minnit dan sementara saya bersiap untuk ke tempat kerja, elok masak pudingnya dan boleh dimakan panas-panas. Seronok kan? Cubalah dapatkan 1 periuk dan masak rasa sendiri di rumah.

Dah masak di dalam periuk, tunggu suam-suam untuk dipotong


Sekian dulu cerita saya. Nak cerita pasal rebus makaroni tetapi dah melalut hingga cerita-cerita lain sekali.

Jika anda nak tahu, saya ni penjual Noxxa pressure cooker, jika berminat nak beli, boleh dapatkan segera dengan saya ya.

Boleh hubungi saya 010-9336935 (untuk maklum balas yang cepat).

Wednesday, 16 November 2016

Vitamin C dan Air Minuman Phytopowder

Assalamualaikum w.b.t

kenanagan kami 2 beranak singgah ke HQ Amway di Petaling Jaya, tujuan asal untuk ambil periuk Noxxa yang jadi kegilaan ramai para suri. Selebihnya nak membeli belah barangan keperluan yang ada di Pavillion HQ ini.

Seperti saya janjikan dalam entri lepas, untuk tunjuk gambar-gambar kami, maka inilah tujuan entri ini sebenarnya. Sukanya Amirul apabila tengok wah banyaknya vitamin yang ada,ini saya punya sama kan mama katanya.

Vitamin C yang Amirul makan lebih dari 3 biji sebab suka
Minuman phytopowder pula memang kesukaan dia juga. Biasa saya dah beli perisa ceri, lemon dan kali ini oren pula. Amirul paling suka perisa ceri dengan warna merahnya. Ammar pula suka perisa oren.
Kali ini beli Phyto powder perisa oren pula lah 
Sebab datang berdua saja dan orang pun tak ramai sangat waktu kami datang, kami sempat lah bergambar-gambar di kawasan pavillion yang luas. Amirul tangkap gambar mama dan mama tangkap gambar Amirul. Saya juga ada meninjau di kawasan alat make up dan penjagaan muka  Aristry. Boleh mencuba lipstik dan apa saja yang ada di sana kerana ada tester @ sample.
Nak jugak muat walaupun gambar Kabur, hasil tangan Amirul

Ini pun sama kabur tapi nak buh jugak sebagai kenangan
Tempat masuk ke Pavillion, terpampar besar perkataan Amway. Memang menjadi kesukaan sesiapa saja yang datang untuk tak lepaskan peluang untuk bergambar di sini.Jadi kita pun minta Amirul ambilkan gambar, sekali separuh saja dia ambil.
Tak sah jika datang tapi tak bergambar di sini
 Selepas indoor, kita ber outdoor pula, masa ini nak pergi ke kaunter pick up periuk Noxxa.
Ini kes bila kita order online dan buat pilihan untuk ambil sendiri di HQ. Maka kena datang ambil di HQ dan minta borang atau slip di kaunter pertanyaan. Pastikan ada slip dulu baru ke kaunter ambil barang. Jika tak, jadi macam saya yang terpaksa ulang alik 2 kali untuk ambil barang. Kali pertama tanpa slip, sebab ikut arahan yang salah dari kaunter di Pavillion. Kalu kedua barulah betul. kena tunggu giliran juga sementara barang dari Gudang untuk dibawa ke kaunter pengambilan barang.

Bahagian luar, kira laluan tengah antara 2 bangunan
Lepas dah siap segala, kita isi perut dulu memandangkan dah tengahari, jam dah pukul  2 lebih. Memang target saya nak makan cendol di cafe. Untuk Amirul pula, kita order Maggie Goreng. Yang istemewanya kat cafe ini, kita akan dapat harga diskaun jika kita dah ahli. Lepas itu, masakan seperti mi, laksa dan maggie semua dibuat dengan Noddle Maker Noxxa. Memang home made la katanya.

Menu untuk hari ini : Cendol & Maggie Goreng

Cendol kegemaran

Kami Berdua, sorang cuti Pasti, Sorang cuti kerja
Lagi gambar kenangan kami semasa di cafe.

Makan jangan tengok orang

Sedap la mama : kata Amirul
Boleh pula tengah makan itu, meja berdekatan kami sapa kami dan bagi coklat sedap pada Amirul, rupanya kami ni 1 organisasi daripada datuk moyang lah kiranya kami ni dah tahap cucu cicit pada orang besar yang dah lama buat bisnes Amway. Mereka 1 keluarga dari pada ibu yang dah tahap nenek nenek, dengan anak-anak muda yang kiranya 1 keluarga buat bisnes Amway lah. Seronok tengok mereka berbual dan bercerita mengenai perniagan ini.

Sekian dulu. Cerita asal hanya nak promosikan Vitamin C untuk kanak-kanak dan air minuman berkhasiat Phytopowder, sekali dah mealulut cerita jalan-jalan di HQ Amway pula ya.

Jka berminat nak dapatkan barangan jualan saya, jangan lupa untk hubungi saya ya 010-9336935

Friday, 28 October 2016

Sakit Itu Penghapus Dosa Kecil

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama sebenarnya, hampir 2 tahun juga saya tak kena penyakit tonsil ini. Maklumlah saya kan berdiet dan menjaga setiap makanan yang masuk ke tekak dan perut mengikut kalori yang dah diajar oleh jurulatih. Dan kuantiti air putih juga biasanya melebihi dan mencukupi kadar harian yang badan perlukan.

Nak dijadikan cerita seminggu yang lepas memang saya kurang minum air dan saya perasan, banyak makanan yang manis dan agak masin masuk ke tekak. Kebiasaaannya pula Isnin dan Khamis saya berpuasa tetapi tidak dalam minggu tersebut. Kan Allah dah janji siapa nak sihat harus berpuasa, Dengan berpuasa dapat menyihatkan badan kita. Kajian sains juga mengesahkan perkara ini. Kerana apabula kita puasa, sistem pencernaan dan penghadaman kita dapat rehat sebentar daripada melakukan fungsi yang biasa ia lakukan.

Saya mendapat sakit dari hari Sabtu dan melarat ke Ahad, apa yang saya lakukan pada cuti Sabtu dan Ahad tersebut adalah minum air putih sebanyaknya, tak sangka lebih dari 3 Liter saya minum berlawan dengan selsema dan sakit tekak. Ingatkan tak akan berlarutan. Rupanya sehingga Isnin dan Selasa saya masih belum kebah, masih belum sembuh. Maka malam Selasa itu saya sudah berkira-kira untuk ke klinik minta ubat atau MC dari doktor. Memandangkan masa tak cukup kerana ada urusan lain.

Saya buat keputusan untuk jumpa Doktor \pada pagi Rabu. Seawal jam 8 saya dah keluar rumah dan ke klinik. Dapatlah cuti rehat 1 hari dari Doktor itu pun sebab saya yang minta. Kerana tonsil saya kali ini tak perit merah, ia hanya bengkak. Patutlah saya sedap menelan makanan, berselera sungguh sedangkan jika betul-betul kena tonsil yang merah dan bengkak itu, nak telan air putih pun perit.

Sekian dari cerita sakit saya.

Saya nak cerita apa yang saya buat apabila Doktor bagi saya cuti rehat. Ingatnya betul nak rehat dan tidur saja di rumah, rupanya tak. Banyak urusan yang dapat diselesaikan masa saya cuti ini. Antaranya saya hantar periuk Noxxa dan daftarkan ahli terus. Paling seronok dapat bayaran tunai terus. Kalau anda nak beli noxxa dengan saya di alu-alukan kerana point paling penting adalah anda ada kumpulan sokongan dan akan beri pengalaman dan tunjuk ajar cara menggunakan periuk noxxa, tidaklah menjadi tukun saja di rumah. Beli mahal-mahal, haruslah guna pakai sebaiknya kan. Barulah berbaloi-baloi dengan duit yang telah dikeluarkan.


Periuk yang ramai orang idam idamkan dan laku laris sekarang


Selepas hantar Periuk Noxxa, saya ambil stok Maajun Gamat dan posakan terus kepada pelanggan yang dah buat bayaran pada malamnya. Jika ramai yang tak tahu lagi, saya masih menjual maajun gamat. Anda boleh ke page FB, Kedaionlinecikroki untuk melihatnya. Saya menjual RM10 bagi setiap kotak/botol yang ada 30 biji di dalamnya untuk kegunaan 30 hari (sebulan).

Kemudian saya terus ke HQ untuk beli starter kit dan ambil stok periuk Noxxa yang dah di order sebelum ini. Sempat juga saya dan anak saya yang ikut sekali makan dulu di cafe yang disediakan di HQ. Saya kongsi gambar-gambar kami di entri seterusnya ya.

Jika anda berminat nak join sesama berniaga dengan saya, mohon segera pm saya atau hubungi terus saya.
Jika nak buat belian produk jualan saya, sangat dialu-alukan juga.



Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog Utama : wanrokiah.blogspot.com
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Monday, 26 September 2016

RESEPI KEK MINYAK NOXXA

Assalamualaikum w.b.t,

Semangat kembali masak memasak kek dan kuih-kuih di rumah, al maklumlah ada peneman setia yang canggih dan mudahkan kerja-kerja memasak, jadi kita pun naik semangat dan mood untuk masak. Itulah kekadang kita kaum perempuan, kaum wanita dan kaum ibu harus 'rewards' diri kita sendiri dengan benda-benda begini jika tiada siapa yang nak bagi kita hadiah, maka hadiahkan pada diri sendiri kerana kita juga yang akan guna pakai ia sehari-hari. Sejak tahu periuk noxxa ini bukan sekadar untuk masak nasi, rebus kacang kuda dan memasak benda-benda rutin makan hari-hari malah ia juga dapat kukus dan bakar kek, semangat untuk masak dan buat kek menjadi-jadi sejak akhir -akhir ini.

 1 tips nya adalah kerana ia sangat mudah, dalam masa tak samapi 1 jam, anda dah dapat siapkan sebiji kek biasa yang anda beli di luar dalam RM15-RM20 juga. Dengan Periuk Noxxa ini anda dapat berjimat dan makan air tangan sendiri. Satu lagi yang saya perasan adalah anak dan suami suka makan, makin mejadi pula mereka makan. Jadi kita sebagai ibu dan isteri bila melihat orang sekeliling kita bagi tindak balas yang baik begitu, maka seangat nak masak makin bertambah.

Saranan saya pada kaum ibu dan anda di luar,harus ada 1 periuk Noxxa di rumah. Jika anda sang suami yang terbaca nukilan saya ini, boleh beli dan hadiahkan kepada isteri anda juga kepada ibu tersayang anda.

Periuk idaman kalbu setiap ibu

Laku Laris Umpama Goreng Pisang Panas
Jadi anda boleh hubungi saya untuk dapatkan periuk ini segera.
Sebenarnya sekarang periuk ini hanya boleh di order melalui atas talian sahaja, tiada di kedai-kedai Amway atau kedai luar lagilah tiada dan stoknya pun sangat limit, maka jika berkenan dan sudah ada duitnya, beli saja. Jangan di tunggu lagi.
Sebab harga juga makin menaik, atas sebab permintaan tinggi dan kos semasa. maka jangan buang masa duk terfikir-fikir, mai sambar 1 biji dan gunakan sehabisnya untuk keluarga anda.

Sekian dulu.

Sunday, 25 September 2016

Mulakan Perniagaan Baru

Assalamualaikum w.b.t,

Sebenarnya saya dah join sebagai ahli sejak Februari tahun ini kerana saya beli periuk saja dan ada juga datang kelas di Bandar Baru Bangi kerana saya nak tahu banyak tentang produk lain dalam perniagaan ini dan lebih utama saya nak tahu cara guna produk dengan betul. Memandangkan orang yang taja saya masuk ke dalam perniagaan ini berada jauh dari saya, biasalah saya ni sekarang lebih banyak online dan bertemu orang-orang online sajalah.

Macam dulu juga saya join ahli Tupperware  dengan penaja dari talian dan  rupanya beliau dekat saja dengan saja, Kajang saja tetapi kita punya kumpulan jauh di Rawang Selangor.

Sama juga dengan bisnes Amway  ini, saya join dengan orang Shah Alam, kawan baik saya sendiri dan kumpulan kami rupanya dari Melaka, bayangkanlah lagi jauh. Nampak kan dunia online atau atas talian ini mengumpulkan orang keseluruhan dunia, bukan saja Malaysia.

Baik berbalik kepada bisnes atau perniagaan baru ini, bila saya dah mula datang kelas dan kebetulan masa itu, ada produk Body Key iaitu produk baru dan mereka kumpulan di Bangi ada acara untuk menyihatkan ramai orang, programnya di UKM Bangi. Dan dalam masa yang sama, saya memang ada kumpulan yang sedang nak slim, nak kurus, dan nak sihat. Maka pertemuan berlaku.

Rentetan dari program itu, kami ada program kesihatan di stadium Seksyen 15, masa ini saya dah mula ambil double X, iaitu vitamin dan protein sebagai syarat untuk menyertai acara senamrobik atau sukan di stadium. Setiap pagi Ahad selama beberapa minggu kami berkumpul dan beraktiviti bersenam dan ambil ukuran badan, timbangan badan dan kami diajar untuk menjaga badan dengan sihat melalui pemakanan seimbang, supplemen dan cara hidup yang sihat.

Jadi  nak kongsi di sini, saya bukanlah bermula dengan nampak perniagaan ini pada Februari tetapi saya mula nampak sejak 2 menjak saya hadirkan diri ke kelas dan menumpang belajar dari kumpulan Bangi, yang bukan kumpulan saya. Walaupun kadang rasa sudah tak pandai nak mulakan bisnes yang lain kerana saya rasa seperti terikat mati dengan Tupperware, tetapi sebenarnya bila kita belajar dan belajar, banyak yang kita akan dapat dan in shaa Allah akan bantu kita.

Sekian dulu coretan kali ini, kerana saya sedang sibuk menyusun jadual kerja untuk perniagaan ini, baru nak bermula dan sedang merangkak sedikit-sedikit sebelum berlari dan terus berlari hingga sampai ke puncak.

Antara produk Noxxa yang menjadi kegilaan surirumah sekarang
Jika berminat nak dapatkan produk Noxxa atau Amway yang lain, boleh pm kita ya.

Wednesday, 16 March 2016

Rebus Kacang Kuda 3 Minit saja : Dengan Noxxa PC

Assalamualaikum w.b.t

Meh saya kongsikan resepi kacang rebus, kacang kuda. Kenapa nak kongsi pasal kacang kuda pula ni, ya saya pun baru saja tahu khasiatnya dan telah praktikkan. Maklumlah sekarang kan saya memang tengah menjaga makan, makan secara sihat dalam kehidupan supaya dapat terhindar  dari gejala penyakit terutama penyakit canggih 3 serangkai dan selainnya.

Untuk pengetahuan anda yang belum tahu kacang kuda adalah makanan yang berprotein tinggi berasakan tumbuhan. Kadang kita duk agak yang protein nimdapat dari sumber haiwan saja seperti daging dan ikan tetapi yang sebenarnya pun memang boleh didapati dari sumber kekacang seperti kacang soya, kuda dan kacang dal.

Diringkaskan caranya mudah sahaja, rendam semalaman kacang kuda. Sebenarnya kalau tak rendam pun tak jadi masalah tetapi akan mengambil masa yang lebih semasa memasaknya.
Jadi di sini kita nak jimat masa memasak dan jimat elektrik.
Tipsnya: rendam dulu kasi kembang kacang nya.

Kemudian, boleh dibasuh dan tapis, masukkan dalam periuk Noxxa.
Bubuh air sehingga terendam semua kacang.
ON suiz periuk dan setkan HP (High Pressure ) 3 minit sahaja.
ON kan fungsikan dan biarkan injap dalam keadaan 'Pressure' juga.
Apabila dah cukup masa, periuk akan berhenti memasak dengan sendiri dan bunyi bip bip kedengaran.
Boleh lah kita buka injap dan lepaskan tekanan wap ke udara.
Kemudian boleh tapis air dan dah siap untuk dimakan.
Awas! Pastikan kacang suam/sejuk dahulu.

Gambar di bawah menunjukkan perbandingan kacang kuda yang dimasak oleh periuk nasi biasa (Rice Cooker) yang ambil masa selama 45 minit.
Berbanding dengan Noxxa hanya 3 minit
15 kali ganda masa dapat dijimatkan dan sudah semestinya elektrik pun lebih jimat.

Perbezaan Kacang dimasak dengan Rice Cooker dan Noxxa

Inilah dia periuk kesayangan kita sekarang

Saya bukan cakap 0 tetapi sudah terbukti dengan pengalaman penggunaan saya sendiri.
Jika berminat nak beli dan ada satu di rumah, syaratnya gunalah ia sebaiknya. Kerana ia sangat-sangat membantu kerja-kerja kita memasak. Anda boleh hubungi saya.


Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Sunday, 13 March 2016

Mudahnya memasak Dengan Periuk Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Baik saya nak ceritakan pengalaman saya sendiri sekaligus nak promosikan produk terbaik periuk Noxxa. Saya baru saja gunakan ia dan saya tahu ia bukanlah murah untuk dibeli dan disimpan tanpa gunakan di rumah. Dapat saja periuk Noxxa ini, esoknya saya terus tanak pulut kuning dan masak rendang ayam, sebab saya pantang makan daging kerana ia lambat utnuk dihadam. Alhamdulillah ia sangat membantu memudahkan kerja memasak saya di dapur. Yang paling teruja selepas saya tengok video panduan memasak menggunakan noxxa dan baca buku panduan yang dibekalkan sekali semasa membelinya, saya tak sabar nak mencuba pelbagai fungis yang ada dalam periuk ini.
Ia bukan periuk biasa, ia bukan saja boleh masak nasi seperti rice cooker tetapi pelbagai fungsi.

Antara ayat iklan yangs aya gunakan untuk Noxxa

Nak Jimat masa?
nak jimat elektrik?
Gunalah periuk canggih Noxxa

Masa tak terbuang, elektrik pun jimat

dan makanan berkhasiat,
tanpa garam ,tanpa perasa.
Rasa lemak-lemak manis kacang kuda yang asli direbus
Ada rasa tawar, ada rasa manis
Tinggi Protein-khas untuk diet sihat

Saya baru sebulan menggunakannya
Dan saya guna kan ia betul-betul
Orang kata lenjan habis
dan kini saya dah jatuh cinta dengan nya

Saya dengan niat nak bantu kaum suri semua supaya ada 1 biji Noxxa periuk ini di rumah masing-masing
jika anda berminat, jom boleh beli secara Cash atau Kutu
Biar kerja kita di dapur jadi mudah dan masa terluang boleh digunakan untuk pelbagai perkara yang lain
Iaitu berbakti kepada anak-anak dan suami
beribadah dan tambah solat sunat untuk kejar pahalanya
boleh tambah ilmu melalui bacaan buku atau internet, boleh hadiri kelas-kelas ilmu
boleh fokus untuk bisnes online sebagai hadapi zaman gawat dan tambah pendapat dari sikit-sikit akhirnya jadi bukit.

Periuk Noxxa, nak beli hubungi 010-9336935


Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Wednesday, 9 March 2016

Suka Kongsi : Periuk Noxxa Terbaik

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur walaupun dalam proses untuk menjaga kesihatan dan mengawal pengambilan makanan yang diambil, kerana dalam proses untuk menurunkan peratusan lemak, masih lagi dapat bersama dengan rakan-akan yang suka suka untuk'potluck'. Sebenarnya saya cuba untuk mengelak tetapi dipaksa oleh rakan yang baik dan sehingga saya terpaksa menerimanya. Tiada salah nya untuk join tetapi kita haruslah kuat untuk hadapi cabaran dari tepi, kiri kanan dan atas bawah. Cabaran untk menghadapi pujuk rayu kawan-kawan yang tidak memahami erti diet sihat, cabaran kepada makanan yang berada di depan mata.

Saya kongsikan tips di sini:
1-Kenyangkan dulu perut anda dengan pembuka mulut, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran jika ada. Itukan sunnah Rasulullah
2- Minum air putih dahulu sebelum makan, ia juga membantu kita dari pada makan berlebihan dan kenyang lebih cepat
3-Hiraukan usikan kawan-kawan yang tidak memahami apa erti diet sihat yang sebenar.

Saya suka kongsi apa yang saya update  di laman muka buku milik saya dan diletakkan di sini

Saya suka MASAK walaupun saya tak pandai masak. Sebelum berkahwin memang saya tak pernah masak di rumah kampung saya, hanya masak apabila tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan. Mak saya bagitahu suami saya sebelum berkahwin, yang saya memang 0 bab masakan, nak siang ikan pun saya tak pandai tapi itu saya yang dulu, sekarang alhamdulillah dengan bantuan gajet di dapur yang makin hari makin canggih, saya bolehlah kata orang masak bodo bodo untuk makan sendiri dan keluarga. Kita perlu sediakan duit dan beli saja, nak lagi best pujuklah suami untuk belikan. Dan saya baru saja join group WA yang selalu kongsi resepi-resepi best setelah guna periuk Noxxa. Dulu seingat saya tahun lepas saya hampir beli Iron yang canggih dengan syarikat yang sama jual periuk Noxxa tapi tak kesampaian sebab suami saya tak kasi walaupun ketika itu duit kutu saya yang dapat. Tapi in shaa Allah tahun ini dapat duit kutu saya akan tunaikan impian saya itu. Sebab benda yang bantu mudahkan kerja kita di rumah dan di mana saja apa salahnya kita melabur untuk kegunaan diri sendiri.

periuk noxxa: gajet di dapur yang jadi kesukaan saya sekarang
Harga sebiji periuk ini sangat berbaloi dengan kegunaan nya yang macam-macam. boleh masak dengan mode yang pelbagai. Cepat masak dan jimat elektrik, jimat juga tenaga kerja kita.
Jika nak harga yang lebih murak, jimat dalam 20-30% dari harga pasaran, baik join ahli. Boleh hubungi saya ya.

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsikan mengenai apa yang saya buat dan saya rasa ia juga baik untuk anda. Tunggu nanti sambung lagi.

Jika anda berkenan dan berkeinginan nak beli sebarang produk yang saya niaga, boleh hubungi saya ya

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah