Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday 29 May 2018

Baiki Kereta Raya

Assalamualaikum w.b.t,

Minggu lepas Alarm kereta buat hal
Dia bunyi taknak stop setiap kali buka pintu dan start enjin
Singgah bengkel SATO
Dia off kan dan matikan terus sistem alarm
Kalau nak tukar baru RM280 katanya
Dia berkongsi ramai yang naik SAGA ada masalah yang sama
Servis dia untuk matikan sistem FREE saja
Saya tak dikenakan bayaran 1 sen pun
Terima kasih

Siap saya tanya jika tinted kereta berapa kos
RM250 saja sejam siap
Oh, kat bengkel di hentian kajang pomen mau RM450, sejam juga siap
Memang saya tahu harga dan kualiti berbeza, kat Kelantan ada yang tinted RM40, RM60 pun 😅

Sabtu lepas Aircond kereta buat hal
Dia kadang sejuk
Kadang hanya keluar angin saja tak rasa sejuk langsung walaupun hari hujan
Bayangkan kalau tengah memandu dalam keadaan hujan dan dia tak berfungsi
Jika kita seorang mungkin OK
Tapi jika dengan anak-anak? Dengan baby kita lagi?
Dah la cuaca memang tak menentu

Petang semalam, asap putih keluar dari bawah kereta sedang kita tengah memandu waktu peak hour (jam 6 lebih)
Terus ke tepi dan cari bengkel terdekat

Buka bonet depan tengok tangki air kering
Isi dulu dengan stok air dalam kereta
Biarkan kereta sejuk dulu dan berjalan kaki ke bengkel tedekat
Tanya pomen di SATO juga kebetulannya
Bagitau yang ekon tak sejuk dan kua asap bawah kete
Dia nak tengok kereta dulu baru boleh komen
Tak apa lah. Katanya esok kedai dia buka
Jadi esok saja kita datang

Sambung pandu kereta dalam keadaan berjaga-jaga untuk berbuka puasa di luar dan sambung shopping baju Raya
Alhamdulillah OK dan selamat

Karpet baru (kita ambil yang tebal RM140)

Pomen curah air dulu nak tengok apa masalah

Pagi ini buka bonet depan dan tengok air dalam tangki kering lagi
Panaskan enjin dan periksa aircond, OK sejuk
Bawa kereta ke SATO dekat rumah dan pomen tengokkan
Kena tukar motor kipas Ekon sebab tak berfungsi dah
Ok lah kita simpan niat nak tinted
Kita baiki dulu yang perlu sekali tukar karpet baru untuk SAGA 🤣

Kereta pun nak RAYA
Ada hati betulkan dia 😣

Sekian cerita saya sekadar coretan untuk rujukan sendiri.

Kos baiki RM350 waranti 3 bulan untuk motor kipas.

Tuesday 22 May 2018

Kena Saman Parking RM10

Assalamualaikum w.b.t,

Biasa lah kadang kala kita sebagai manusia alpa dan cuai. Ada ke jam 10 sebenarnya 9.45pagi dianggap jam 9 pagi. Itulah bila dalam kepala banyak mikir atau merancang banyak benda, sepatut gores jam 10 @ 9.45pagi, tergores 9 saja. 

Disebabkan kecuaian begini kena saman RM10, kira melayanglah duit saman itu tanpa budi bicara.


Nak kata pihak MPKJ kejam pun mungkin tak boelh sebab mereka hanya jalankan tugas sebagai penyaman sahaja. Yang bersalah adalah mereka yang keluarkan arahan dan undang-undang begini dan diri sendiri yang cuai.

Sebenarnya ini memang kali pertama kena, nasib baik dekat pula dengan MPKJ untuk bayaran.

Yang kedua kena adalah semasa saya ke Klinik Kesihatan di Bandar Baru Bangi, memang terlupa langsung untuk letak kupon parking sebab kita parking di kawasan tempat letak kereta yang luas.
Sangat tak sangka memang ada mereka yang bertugas di kawasan ini dan pada masa saya letakkan kereta. Sebenarnya kata  adik yang berada di kedai berdekatan, memang selalu sangatlah pihak berkuasa yang datng ronda terutama masa pagi begitu. Jadi tak lengahkan masa, saya terus ke pejabat MPKJ untuk bayar saman lagi RM10.

Sekian dulu coretan kali ini, diharapkan yang kupon untuk letak kereta dihapuskan di kawasan BAndar Baru Bandi dan berdekatannya.  

Monday 21 May 2018

Pelanggan Kedaionlinecikroki Egnius dan Maajun Gamat

Assalamualaikum w. b.t,

Terima kasih kepada pelanggan saya dari page atau blog ini atau mana- mana sumber kedai yang saya iklan. Yang telah membeli produk Egnius 6 botol dan ada pelanggan yang beli 2 botol dan ada juga beli Maajun Gamat 1 botol.




Saya juga telah kemaskini status di Whatsapp supaya lebih ramai yang tahu akan kewujudan produk ini dan masih ada produk untuk dibeli dari saya.
Sebab ramai yang tidak tahu bahawa Egnius dan produk lain seperti Bidadari, Madu amazing, Nu clonz dan lain-lain masih ada.

Jadi jika anda salah seorang dari mereka yang sedang tercari-cari produk jualan saya. Jangan segan silu untuk hubungi saya melalui mana- mana saluran yang ada, rujuk tepi kanan blog ini.

Sekian. 

Sunday 20 May 2018

Beli Belah Pakaian Raya 2018

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah sesi pilihanraya yang ke 14 sudah selamat dan selesai sepenuhnya pada 9 Mei yang lalu. Saya masih mengundi di kampung halaman kerana tak tukar alamat. Jadi kena balik kampung. Sama seperti suami juga. Redah jem di jalanraya itu adalah normal untuk balik ke negeri serambi Mekah.

Saya sambung cuti selama seminggu terus memandangkan kita umat Islam akan menyambut puasa dalam beberapa hari selepas mengundi dan juga sekolah agama anak- anak saya bercuti selama 2 hari iaitu hari pertama puasa dan kedua puasa. Jadi peluang untuk berada di kampung lebih lama.

Ok, cerita kita adalah tentang beli belah pakaian raya 2018. Bukan pasal puasa atau pilihanraya. Terselit sedikit cerita lain.

Memandangkan saya berada di kampung, maka peluang untuk saya keluar ke pasaraya berdekatan saja. Sebenarnya menunggu adik saya bawa ke kedai kedai tapi dia pun sibuk ada urusan lain. Maka saya terpaksa keluar sendiri dengan anak-anak.

Seperti apabila berada di sini (bandar), kedai eco adalah kedai kesukaan anak-anak kerana banyak mainan dan barang makanan yang boleh dibeli dengan harga RM2 sahaja setiap item. Campur GST RM2.12. Sebelum beli belah pakaian raya, kami joli di kedai eco dulu di bandar Kubang Kerian.
 Kemudian masuk pasaraya ekonomi, memang lubuk pakaian.  Dapatlah belikan baju t-shirt berkolar dan seluar slack, sebab anak sulung tak suka jeans. Anak kedua jenis tak kisah. Tak ada memilih.

Kami lanjut ke kedai-kedai sebelahnya, banyak jual pakaian raya, sempatlah sambar 2 pasang baju raya untuk saya sendiri. Sebab menariknya harga tak sampai 100 ringgit. Itu yang buatkan saya tertarik. Ini kerana saya tinjau di bandar saya duduk tiada bawah 100 semuanya 129, 159, 179 dan ke atas lagilah.
Memang puas hati dapat beli terus.
Sebelum balik, kami beli terus selipar raya untuk anak-anak dan untuk poksu sekali.

Esoknya kami keluar lagi ke Kota Bharu untuk beli baju anak-anak.dan tudung untuk saya. Alhamdulillah dipermudahkan. Sekejap saja masuk kedai dan pilih-pilih terus bayar. Sebelum balik kami ke Pasar Siti Khadijah  untuk beli cendol, buah kabon dan lokcong
 Sebenarnya mak yang kirim sebagai manisan untuk berbuka puasa nanti.

Sekian dulu cerita beli belah pakaian raya 2018.

Ditulis sebagai kenangan sendiri dan dilampirkan gambar-gambar sebagai ingatan.

Ngam sepasang, masuk pula warna seluar dan belang baju

Baju BB Amin

Baju beli di Pasaraya Pantai Timur

Minta dia cuba tapi susahnya dia

Antara barangan yang dibeli

Baju sama untuk abang dan adik

Friday 18 May 2018

KORDIAL DELIMA DAN KURMA BADAM UNTUK RAMADAN

Assalamualaikum w.b.t,

Belian produk di kedai sendiri

Cerita beberapa hari lepas
Beranikan diri untuk keluar sendiri dengan anak-anak
Memang tujuan utama nak beli Kurma Badam tapi sampai kedai katanya habis terus bila stok sampai Sabtu lepas.
Kuat betul penangan nak Puasa.

Dah kurma tiada. Kurma biasa pun habis.
Bedak CF nak beli pun habis warna medium light yang memang jenis kulit pan asia. Yang ada warna cerah sangat dan gelap sangat saja.

Maka kita beli saja barang-barang lain
Biskut sandwich tu sedap sangat
Anak anak yang teringin nak cuba. Masa tengok dalam katalog pun, mereka dah terliur.
Ada 3 perisa dalam 1 kotak, coklat, vanilla dan hazelnut

Pertama kali beli air delima, kordial
Anak anak suka
Balik saja terus minta buatkan air
Hari Esoknya minta buat lagi

Barang lain tu memang stok belian untuk kegunaan harian
Yang seronok beli barang kat kedai ini, dapat balik pulangan dalam bentuk BONUS ke akaun kita
Kalau beli pasaraya lain memang ucapan TQ sajalah kan
Itu pun di resit, jarang keluar ucapan itu dari mulut juru bayar di kaunter.

Jika ada di antara anda nak tahu bagaimana cara atau nak jadikan kedai ini kedai anda juga dan dapatkan pulangan berupa bonus. Boleh hubungi kita ya.

Sekian ☺☺☺

Sunday 6 May 2018

Daifnya kita sebagai Manusia

Assalamualaikum dan salam hujung minggu,

Kata Ustaz, "Kita boleh memperuntukkan begitu banyak masa dalam mencari rezeki dan kita memperoleh apa yang kita mahukan namun apakah kita terfikir sejauh mana hubungan kita dengan Allah apabila sedikit pun kita tidak direzekikan meski 5 atau 10 minit untuk membaca al-Quran. Tanyalah pada diri, apakah aku ini orang yang berTAQWA atau MUNAFIK?"

Allahuakbar daifnya kita sebagai gamba Dia di muka bumi ini