Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 30 December 2018

Kurus Tak Bermakna Sihat Dalaman

Assalamualaikum w.b.t,

Gambar sekadar hiasan


Kurus tak bermakna sihat dalaman tau
Ada seorang kakak kenalan kita tu dia kalau kita tengok slim mlim comel dah
Dan katanya dia tak pernah gemuk pun
Tapi sejak umur 30an dia dah kena ambil ubat doktor sebab kolestrol tinggi
Tuan puan dan adik kakak tau ke apa tu?
Maknanya bacaan kolestrol tinggi dalam darah
Lemak dalam saluran darah,  yang kita tak nampak secara fizikal

Sekarang kakak kita tu umur nak cecah 50 tahun
1 bulan saja dia jaga makan dan diet nutrisi, dia buat pemeriksaan doktor semula, doktor terkejut dan kurangkan dos ubat kepada sedikit
Ini sebab bacaan kolestrolnya dah turun

Bukan nak menakutkan semua tapi inilah realiti hidup
Pentingkan kesihatan, jaga makan wahai pembaca sekalian
Buatlah pemeriksaan doktor secara berkala
Jangan terpedaya dengan perkataan gemuk itu ohsem lah
Bam bam itu comey lah
Kalau yang kurus boleh kena kolestrol tinggi, agak agak yang montel cam mana?

Saya pun suka buat pemeriksaan doktor secara berkala sebab nak tahu tahap kesihatan diri sendiri.
Pernah juga nak melebihi limit, masa ada anak 2 orang
Sampai doktor pesan, awak kalau tak jaga makan sikit lagi memang akan bergantung pada ubat doktor
Jadi? Sendiri mahu ingat dan insaf untuk jaga apa yang dimakan.
Kita adalah apa yang kita makan dan apa yang kita taknak makan

Setuju?


Sekian bebelan wan rokiah petang hari Ahad yang tenang ini. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.

Terus Berusaha

Assalamualaikum w.b.t,

Hidup ini bukan sekadar untuk menangis dan menangis
Tapi berusahalah

Take action
Step no 1 must start

Anak anak kecil tak pernah berhenti mengalah
Bermain dan bermain
Mencuba setiap perkara baru setiap hari dan masa
Jadi kenapa kita dewasa nak menangis dan meratap
Hidup ini indah, carilah keindahan itu

Selamat pagi dan salam keceriaan
https://www.instagram.com/p/Br1E9yzg5yk/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1k2bhsap9powh


Mama dan anak anak soleh mama

Bakar Ayam Sekor dalam NOXXA @ Philips

Assalamulaikum w.b.t,

Saya teringat-ingat akan bau ayam bakar semasa kelas Bangi, mereka tunjuk demo menggunakan Air Fryer yang sedang offer sekarang, yang lebih kecil molek berwarna Green Mint dan sememangnya keluaran Philips juga, Ini salah satu barangan jualan saya. Jadi tanpa biarkan bau itu terus menghantui, saya ambil keputusan untuk beli seekor ayam,1 bii lemon dan cuba buat juga.



Resepinya Mudah
1 ekor ayam, tak perlu potong
1 biji lemon
Bawang putih
Lada hitam
Garam

saya tambah sedikit madu

Cara-caranya:
Tumbuk  bawang dengan garam sampai lumat, lada hitam memang saya dah ada yang siap sedia tumbuk, jadi perlu tambahkan saja, letak 2sudu madu dan perah lemon.
Ambil pes tadi lumur pada ayam yang dah siap sedia dicuci bersih. Saya perap 1 malam dan esoknya baru masukkan dalam Air Fryer.
Saya guna Air Fryer Philips Saiz XL, suhu 200C selama 10minit. Bagi ia garing diluar.
Kemudian saya pindahkan ke dalam Bread Maker Noxxa merangkap Oven yang boleh Broil ayam sebab saya nak ada jus yang keluar dari pes dan ayam itu sendiri. Saya biarkan lebih kurang 20-30minit. Bila masak, biarkan sejuk sekejap dan potong dengan gunting, memang rapuh sampai ke tulang. Sedap.

Seekor ayam tu boleh dimakan habis oleh beberapa orang saja, saiz ayam sederhana, 1kg lebih tapi tak sampai 1.5kg. Kebetulan masa ayam masak, ada tetamu cilik sampai rumah dan menjadi rezeki untuk menjamu mereka. Alhamdulillah.

Kalau ada yang berminat nak dapatkan Bread Maxer 3in 1 Noxxa atau Air Fryer Philips atau keduanya2, boleh hubungi saya segera ya.

Thursday 20 December 2018

Ke Nursery Hujung Minggu

Assalamualaikum w.b.t,

Tengah ada mood dan kerajinan untuk menanam eh membeli tanaman untuk banyakkan oksigen di rumah. Sebenarnya timbul kesedaran dah lama dan pernah beli pokok hidup dari IKEA tapi tak bertahan lama, mati semuanya. Padahal pokok yang dibeli itu adalah pokok paling mudah penjagaan dan ikut pengalaman orang pandai soal cucuk tanam ini, benda ini tahan lama walaupun tak dijaga.

Kebetulan cuti hujung minggu lepas berjalan dengan anak-anak, musim cuti biasanya tak boleh lama melepak di rumah, tahap tekanan akan bertambah menjadi lebih tinggi, ada baiknya kita cari ruang dan masa untuk lari keluar sebentar. Dalam perjalanan balik kami singgah sebentar ke tapak semaian Bumi best yang sangat dekat dengan rumah.

Tengok-tengok dan jiwa memang dari dulu tertarik akan pokok ini. Jadi beli 2pohon dalam 1 pasu iaitu pokok lidah jin serta 1 pohon lain iaitu pokok lidah biawak. Secara lanjut pembelian dan jenis pokok adalah seperti di bawah:
Harga Pokok lidah jin 2 pohon RM40
Pasu sederhana besar dan bercorak RM22 dapat RM20
Tanah 1 beg RM2. 50 dapat RM2 , sebab nak kena tambah tanah ke dalam pasu ini
Pokok lidah biawak RM15
Jumlah semua dalam RM77



kena tambah tanah dalam pasu

Sedang elok masuk dalam pasu


sebelum balik, mata intai lagi susunan pasu yang cantik
Untuk pokok lidah biawak, kita dah ada pasu dari IKEA yang pokoknya dah mati dulu, jadi boleh masukkan sebagai ganti saja. Anak-anak pun sebenarnya teruja dan saya dah amanatkan kepada anak sulung untuk menjada pokok ini dengan baik. Semoga kekal lama dan beranak pinak lah pokok.