Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday 11 October 2014

Bila kembali ke zaman tanpa gajet

Assalamualaikum w.b.t,

Ye, selamat kembali ke alam yang tiada televisyen, tiada laptop komputer, tiada gajet lain. Maka tinggallah anak-anak dengan benda asas iaitu buku dan pensil warna. Nasib baik lah kan, sebenarnya bukan tiada tv, tiada laptop dan smartphine cuma laptop disorokkan gara-gara tertumpah air hasil bermain bola di dalam rumah. Bola tersebut terkena air di dalam cawan yang ada di atas meja makan berdekatan dengan laptop yang memang kebiasaan menjadi kepunyaan Amirul hakim untuk melihat segala jenis video terutama cerita kartun.

Dan ini adalah peluang untuk saya sorokkan dari dia dan alasannya hantar kedai untuk baiki sebab masuk air, kena keringkan dulu. Bukan mudah untuk mencipta alasan ini. Nak menjawab dengan budak yang berumur 4 tahun dan telah petah bercakap dan bertanya itu ini. Dah beberapa hari juga hidup tanpa laptop, kartun dan video lain. Semua kembali ke zaman buku dan alat tulis, apa lagi pensil warna lah.

Mari kita mewarna, memang ada stok buku mewarna yang pelbagai dan pensil warna yang berkotak-kotak namun kotak nya tiada, semua bercampur dan berada di merata tempat, mama @ saya sajalah yang tukang kutip dan simpan, mudah nak guna di masa lain nanti. Buku mewarna saya beli di kedai biasa sahaja yang berharga RM1.99, ada yang RM2 tengok kedai dan pasaraya. Hari itu beli di Giant, buku mewarna Ultraman, pastu beli 2-3 buku di DIY, ada buku ikan, buku haiwan.



Bila bagi buku dan pensil warna memang ralik atau leka mereka mewarna cuma ada gangguan dari si kecil yang berumur 2 tahun, belum pandai lagi untuk fokus, asyik menconteng dan mngacau saja. Paling kurang kita boleh habiskan masa bersama-sama dengan mereka tanpa ada gangguan dari TV atau gadjet lain. Mama pun tiada samart phone lah masa ini, kena ketepikan dulu kerja promosi perniagaan. Kebetulan masa ini si abah memang ke surau, jadi kelakuan mereka agak baik dan kurang mengada-ngada.

Sekian dulu.



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



No comments:

Post a Comment