Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Monday, 25 March 2019

Impian dan Doa


Assalamualaikum w.b.t,

Jom sama-sama kita baca doa dan sematkan dalam minda, jiwa dan hati kita, semoga kejayaan menjadi milik kita. Apa yang kita impikan, jangan segan dan silu untuk mohon doa supaya Allah makbulkan.


Rakan2 seperjuangan sekalian, ketahuilah untuk setiap perkara berubah, kita dulu yang perlu berubah. Dan untuk setiap perkara menjadi lebih baik, kita dulu yang perlu jadi lebih baik. Bayangkan dgn usaha yg kita lakukan, kita dapat capai satu persatu impian kita, impian keluarga kita. 
 
-Ya allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dosa guru guru kami, dan seluruh dosa dosa umat islam di atas muka bumi ini ya allah. Ya allah ya tuhanku, kau jodohkan lah kami dengan orang orang yang berjaya, dan orang orang yang mempunyai kebebasan dalam hidup mereka ya allah. Ya allah ya tuhanku, kau kuatkanlah iman kami, kau berikan lah kami semangat yang tak pernah putus ya allah, kau berikanlah kami kesihatan yang baik, ya allah ya tuhanku, kau permudahkan lah rezeki kedua ibu bapa kami, kau permudahkan lah rezeki kami untuk terus capai impian kami & impian ibu bapa kami ya allah. Ya allah ya tuhanku, kau tempatkanlah kami dikalangan orang orang yang berjaya dalam hidup mereka, dan orang orang yang beriman, ya allah ya tuhanku kau masukkan lah kami serta keluarga kami & rakan rakan seperjuangan kami ke dalam syurga firdausmu ya allah.  Amin amin ya rabbal alamin.

Katakan KITA BOLEH LAKUKAN, KITA INSAN LUAR BIASA!


Ayuh kita mulakan usaha hari ini, langkah hari ini untuk hari esok yang lebih baik. semoha segala impian kita tercapai dengan sempurna seperti yang Allah inginkan.

Sekian.

Sunday, 6 May 2018

Daifnya kita sebagai Manusia

Assalamualaikum dan salam hujung minggu,

Kata Ustaz, "Kita boleh memperuntukkan begitu banyak masa dalam mencari rezeki dan kita memperoleh apa yang kita mahukan namun apakah kita terfikir sejauh mana hubungan kita dengan Allah apabila sedikit pun kita tidak direzekikan meski 5 atau 10 minit untuk membaca al-Quran. Tanyalah pada diri, apakah aku ini orang yang berTAQWA atau MUNAFIK?"

Allahuakbar daifnya kita sebagai gamba Dia di muka bumi ini

Sunday, 6 August 2017

Jom Baca Buku Tambah Ilmu

Assalamualaikum w.b.t,

Assalamualaikum dan selamat tengahari,

Selamat berhujung minggu bersama keluarga bagi yang bercuti
Bagi yang bekerja, selamat bekerja dan semoga kerja yang anda lakukan mendapat redha dan keberkatan dari Allah S.W.T,

Kebetulan 2 pagi hari yang lepas, saya terbangun jam 5 pagi dan terus bangun tanpa sambung tidur, maka banyak kerja-kerja rumah yang selama ini tertangguh, dapat disiapkan. Kain yang dah lama tak berlipat, sempat siap dilipat dan disusun ke rak masing-masing. Yang mana perlu gantung, siap digantung.

Pagi kedua terbagun awal lagi,saya ambil masa sedikit untuk menyusun dan melihat stok buku yang ada di rak, rasanya dah lama tak terusik. Sebenarnya depan susunan buku-buku ini saya letak deretan Vitamin atau supplemen dari Nutrilite, Amway yang mana saya makan harian dan jual juga ya.
Maka buku di belakang memang tak terusik, hanya Vitamin dan supplemen saja yang saya sentuh setiap hari.

Saya hanya menyusun semula mengikut sedap mata yang memandang, ikut ketinggian buku, dari tinggi ke rendah. Nanti kita rajin, susun semula ikut nama-nama betul.
Habuk-habuk halus pada rak juga disapu dan nampak lebih terjaga.

Susunan buku di rak, banyak lagi yang dalam kotak (belum susun)

Antara stok buku yang ada di rak

Sebenarnya jadikan buku sebagai kawan adalah lebih bernilai dan bermakna untuk tambah pendapatan dan ilmu pengetahuan kita. Sesuai untuk kita manusia yang ingin elakkan membuat dosa dan menambah pahala. 

Sekian dulu coretan kali ini.

Rutin hujung minggu saya sejak 1 bulan yang lepas agak berubah,nanti saya ceritakan dalam entri akan datang.

Monday, 6 February 2017

Menulislah Dari Hati

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ambil dari FB yang juga hasil perkongsian rakan-rakan.
Saya kongsi di sini untuk bacaan masa akan datang.

MENULISLAH UNTUK MENDIDIK DIRIMU
Hamka beramal dengan apa yang ditulis dari bukunya Pribadi Hebat
Buku Pribadi Hebat ditulis sekitar tahun 50-an. Di dalamnya te...rdapat pelbagai kisah tentang kekuatan pribadi seorang Muslim.
Antaranya adalah Hamka mengisahkan betapa penting, orang yang berperibadi hebat perlu sentiasa bersedia memaafkan kezaliman orang terhadap dirinya.
Sekitar tahun 1970, lebih kurang 20 tahun selepas Hamka menulis buku Pribadi Hebat, Soekarno telah pergi menghadap Ilahi.
Namun, di sebalik kezaliman regimnya pada Hamka, terselit sebuah ketakutan terhadap dosa pada pandangan Allah yang Maha Adil.
Diwasiatkan agar Hamkalah yang mengimamkan solat jenazah beliau.
Wasiat ini adalah ujian buat Hamka.
Antara dendam yang tersemat di hati atau membesarkan jiwa untuk memaafkan insan yang menzalimi dirinya.
Dan nyatalah Hamka memilih untuk melakukan apa yang pernah beliau tulis.
Iaitu Hamka memaafkan penzalim dirinya.
*************************
Hamka meminta untuk membaca bukunya kembali - Tasawuf Modern
Hamka ditohmah dan difitnah.
Perjuangannya untuk negaranya tidak dihargai oleh regim.
Bukankah Hamka yang bertemu dengan Soekarno untuk mendapat nasihat tentang perjuangan kemerdekaan bangsanya? Tidakkah Hamka yang turut menyahut dan menyampaikan deklarasi kemerdekaan Indonesia oleh Soekarno kepada rakyat Sumatera?
Beliau dituduh sebagai PENGKHIANAT!
Siri cemuhan dan carutan mencederakan jiwa Hamka, sehingga terasa ingin ditamatkan sahaja riwayat diri.
Namun mengenangkan akan besarnya dosa membunuh diri dan apa yang pernah ditulis oleh dirinya sendiri tentang ujian kehidupan dalam buku Tasawuf Modern, Hamka mampu membuang bisikan jahat itu daripada hatinya.
Lantas diminta kepada anaknya agar dikirimkan buku Tasawuf Modern untuk dibacanya kembali.
Hamka meminta untuk membaca buku Tasawuf Modern tulisan Hamka.
Begitulah kesan penulisan terhadap kehidupan Hamka. Betapa penulisan telah banyak mentarbiyah dirinya menjadi lebih baik.
*************************
Kisah BJ Habibie dan penulisannya
Habibie adalah mantan presiden kepada Republik Indonesia.
Dikhabarkan dari FB Baharedin Bekri seorang penulis di PTS, selepas kematian isteri yang dicintainya, jiwa Habibie benar-benar teruji.
Habibie diserang oleh sebuah kemurungan.
Adakalanya beliau akan menangis seperti kanak-kanak apabila mengenangkan isterinya.
Maka beberapa opsyen yang diberikan kepadanya. Sama ada dirawat oleh para psikatrik ataupun menulis.
Maka dipilih oleh Habibie untuk menulis tentang isterinya, Ainun.
Dan menulis telah merawat kelukaan jiwanya dengan izin dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
*************************
Menulis boleh mendidik
Hamka telah membuktikan betapa penulisannya telah berjaya mendidik dirinya.
BJ Habibie telah menjadi saksi hidup betapa menulis telah merawat jiwanya.
Maka selaku pendidik, pastinya ada ujian tersendiri yang juga mungkin membuat hati menjadi luka.
Maka menulislah akan kelukaan hatimu itu beserta dengan iringan doa buat Allah Yang Maha Mengatahui.
Moga dengan menulis, dirimu akan lebih jelas, apakah perkara yang menguji emosimu. Semakin jelas dirimu tentang masalah dirimu.
Hanya perlu diperhatikan, di platform manakah perlu diletakkan penulisanmu itu agar terhindar dari fitnah diri mahupun orang yang lain.
Seorang pendidik juga pasti ada sebuah idealisme, apakah ciri seorang insan yang diimpikan.
Maka menulislah tentangnya, kerana menulis akan menjadikan pemikiranmu terarah kepadanya. Boleh jadi ia merupakan sebuah travelog perjalanan hidup mahupun sebuah penulisan separa ilmiah.
Moga idealisme dari penulisanmu itu menyerap dalam hatimu dan terjelmalah ia dalam tingkahlaku dirimu.
Apabila para pelajarmu mungkin sedikit bermasalah dengan adab dan akhlak.
Mintalah mereka menulis tentang akhlak yang mulia.
Moga dengan menulis, ia mampu menjadi alternatif kepada sebuah pendidikan.
Menulislah... bukan semata-mata untuk mereka. Tetapi lebih utama adalah untuk dirimu sendiri.
Wallahua'lam.
Muhammad Shah
Taman Sri Gombak
#countdown
#bukuJT
Insyaallah ini adalah sebahagian petikan buku Pesan Buya Hamka Buat Pendidik yang akan diterbitkan pada Mac.

Wednesday, 4 January 2017

Mahal Sebuah Harga Syukur

Assalamualaikum w.b.t,

Sebenarnya ini adalah entri tertangguh yang saya dah mulakan dari 17 Disember tapi barulah hari ini dapat di 'publish'kan. Saya nak kongsikan yang betapa mahalnya sebuah harga syukur. Syukur berkait rapat dengan redha. Susah untuk bersyukur jika tidak redha.

Ya, betul-betul mahal harga sebuah kesyukuran, bukan semua orang tahu dan reti bersyukur.
Syukur ada kaitan denga redha. Jika anda bersyukur maka anda akan redha dan anda lega kerana dapat menerima apa saja yang berlaku terhadap anda. Anda rasa gembira dengan banyak mana atau sedikit mana yang anda dapat dalam kehidupan anda.

Tetapi jika tiada erti redha dalam diri, maka perasaan untuk bersyukur atau berterima kasih itu hilang dan membuatkan diri anda sedniri yang tidak lega, macam ada sesuatu yang sedang anda tahan tanpa melepaskannya pergi.

Bagaimana nak bersikap redha?
Sentiasa rasa diri itu cukup dan melebihi dari segalanya
Percaya akan ada Kuasa Besar di atas sana yang berkuasa untuk memberi dan menarik balik setiap kurniaanya
Sentiasa bandingkan kita dengan mereka yang kekurangan

Itu antara cara untuk mendidik jiwa kita supaya ada sifat syukur.

Di sekeliling saya sekarang yang sedang berlaku, betapa ramai manusia yang tidak bersyukur. Di tempat kerja saya baru sahaja berlangsung Majlis Makan Malam dalam bulan November, ramai yang dapat hadiah. Ada yang besar-besar, ada yang biasa-biasa saja. Suka apabila saya sebagai orang tengah yang memberi mereka hadiah tersebut, mereka gembira dan redha. Tetapi ada ramai yang tidak bersyukur dan agak bising apabila hadiah yang mereka dapat tidak seberapa malah marah-marah pula menunjukkan sikap tak puas hati.

Semua orang  sedang diuji dan terpulang kepada diri kita sam ada nak redha saja atau nak belajar bersyukur atau terus dengan sikap kita yang tidak tahu bersyukur.

Salam 2017, semoga yang baik-baik sahaja untuk kita di tahun 2017 ini.
Sekian.



Monday, 6 June 2016

SALAM RAMADHAN 1437 - 2016

Assalamualaikum w.b.t,,

Salam Ramadhan diucapkan pada semua Umat Islam yang mula berpuasa pada hari ini.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum-belumnya, bukankah Bulan Ramadan lebih baik dari 1000 bulan, padanya ada keberkatan.
Ada pelabagai ibadah khusus dalam bulan Ramadhan yang mana tiada dalam 11 bulan yang lain iaitu ibadah SAHUR dan TERAWIH. Padanya terdapat barakah walaupun hukumnya SUNAT tetapi besar ganjaran bagi yang mengamalkannya. Selain itu amalan-amalan ibadat yang lain digandakan pahala seperti solat sunat, membaca Al-Quran juga lebih besar pahala berbanding bulan-bulan lain.
Satu lagi amalan yang harus kita amalkan adalah bersedekah dan banyakkanlah ia di bulan ini, bantu orang yang memerlukan.

Sekian dulu.
Entri ringkas dari saya.
Salam 1Ramadhan.

Monday, 4 April 2016

Kita Ini Milik Allah

Assalamualaikum w.b.t,

Diriwiyatkan oleh Imam Al Ghazali.
Ingatlah !!!
Allah miliki kita, yang berkuasa kepada kita adalah Allah.
Kita ini tiada kelebihan apa pun, tak boleh nak bermegah oleh sebab semuanya yang adalah Allah.
Sedarlah!!!
Diri anda dimiliki oleh Allah sahaja.

Allah yang Maha Berkuasa.
Orang yang sakit-sakit, jika Allah bagi sembuh, maka sembulah ia.
Orang yang sihat, jika Allah nak matikan ia, maka matilah.
Allah yang bekuasa menentukan semuanya.

Pada satu-satu masa kita rasa malas nak solat, tak suka b uat kebaikan, tak seronok untuk beribadat,
Itu sebenarnya kita sedang melawan Allah secara senyap-senyap.

Imam Al Ghazali berkata
"Hiduplah dalam kehidupan kita sebagai hamba"
Kita ini hamba dan Allah itu tuan kita, maka kena dengar apa saja yang disuruh dan tingalkan yang dilarangNya.

Ada 2 keadaan di mana, apabila Allah murka dengan kita,
1) Allah akan tarik nikmat - Kita akan jatuh sakit
Kebiasaan bila sakit ramai yang akan insaf dan berubah ke arah kebaikan

2) Allah beri nikmat tetapi dalam keadaan dia tak redha
Menjadikan manusia akan semakin hari, semakai lupa. Lalai dan takabur untuk perbuat perkara yang Allah suruh.

Dalam konteks ini kita kena memahami istilah ORANG GAJI/HAMBA dan MAJIKAN.
Kita ini sebagai ORANG GAJI (MAID)
Dan Allah itu majikan kita.
Setiap apa yang disuruh itu mesti dilakukan.
Mana mungkin seorang maid akan melawan majikannya, pasti akan dipecat dan tidak dibayar gaji.
Begitulah juga jika sebagai hamba Allah tetapi tidak melakukan apa yang disuruh.

Sekian dulu untuk istilah "Kita ini Milik Allah"
Sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat dari Ust Roslan Mohamad di Surau Annur dalam kuliah mingguan wanita.
Jika anda berkesempatan dan berada berdekatan, dijemput semua hadir setiap minggu, jam 9.30 pagi (sama setiap Ahad) untuk menambah ilmu kehidupan sebagai bekalan kita di Akhirat.
Alhamdulillah,

Sebelum berakhir,

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah