Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 19 August 2018

Pencuci Muka Artistrty Youth Extend

Assalamualaikum w.b.t,

Ini tahun ke 3 sejak 2016 saya join bisnes Amway sebagai ahli, memang niat untuk guna produk saja. Tapi naluri saya memang minat berniaga dan membantu lengkapkan kehidupan orang lain dan bantu selesaikan permasalahan sekeliling. Jadi secara tak langsung bisnes itu terjadi sendiri bila kita secara langsung dan tak langsung berkongsi cerita mengenai produk.

Saya nak bagitahu di sini bahawa pencucui muka Youth Extend ini menjimatkan, setiap kali guna perlu sedikit saja. Lepas menggunakannya kita tidak akan rasa muka kita kering malah ia melembapkan kulit.

Kebiasaaan saya pakai 2 @ 3 kali 1 hari iaitu masa bangun pagi, semasa tengahari masa basuh muka untuk solat Zuhur dan malamnya sebelum tidur.

Memang tahan lama 1 botol ini

Botol Baru kanan dan kiri botol lama 
Pencuci ini sesuai untuk kulit muka orang yang dah 30an tetapi untuk kekalkan keremajaan kulit dan nampak muda, sebab itu namanya youth extend. Bau wangi, Saya sangat sukakanya.

Setakat ini itu saja dulu nak caerita, jika ada penambahan saya akan kemaskin di sini semula atau buka entri baru.




Sunday 12 August 2018

Resepi Mudah Ayam Goreng Sedap

Assalamualaikum w.b.t,

Resepi ayam goreng mudah pun ada yang minta juga kan, biasalah kalau goreng ayam mesti letak garam kunyit. Itu normal.

Tapi ayam kali ini kita tambah cili serbuk dan sos tiram. Lumurkan bagi sebati. Perap dalam setengah jam dan goreng. Saya goreng dalam Air Fryer, setkan sushu 175 darjah celsius dan masa 14 minit. Insha Allah masa rata

Inilah hasilnya

Ada masa lain kalau bosan resepi sama, cuba tambah sedikit madu dan sos cili, rasanya akan lebih mengancam.
Cubalah!

Saturday 11 August 2018

KENANGAN AKAN KEKAL SEBAGAI KENANGAN

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama sangat tak menulis di sini
Dah lama sangat tak berkongsi

Hari ini rasa sangat semangat dan ada sesuatu yang saya nak catat sebagai kenangan di masa depan. Sebenarnya ia dah jadi kenangan di masa ini, kisah masa lalu.
Kebetulan ada penolong pengurus baru masuk, kebiasaaan orang baru akan minta apa yang tiada dan sepatutnya ada dalam rekod. Jadi dia minta semua pekerja bagi kebenaran kepada pihak syarikat untuk menyimpan segala data peribadi dan nak kan sijil tertinggi pelajaran. Benda ini jika ikut akta adalah perlu sejak 2010 lagi tapi tiada siapa yak laksanakan di sini.

Maka kita pun berusaha sedaya upaya cari balik apa yang dah lepas 13 tahun dulu, dalam proses pencarian tersebut, terjumpa pelbagai kenangan lama  yang saya nak kongsikan di sini. Ia sangat tersentuh dan menyentuh jiwa saya sendiri dan  mungkin sahabat-sahabat saya yang sama sama lalui dan ada dalam kenangan tersebut.
Zaman belajar du UKM dan zaman mula-mula mulakan dunia pekerjaan. Semua itu dah jadi kenangan yang indah untuk dikenang. Dan ia akan kekal sebagai kenangan