Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday 19 December 2016

Adik Bongsu Perempuan Kahwin : kerja Kahwin

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Semua sihat sihat saja kan, saya tengah selsema teruk, hidung tersumbat dan berair, dah 2 hari begini. Penangan balik dari kampung, penat sangat mengerjakan kerja-kerja kenduri kahwin. 
Jika makan secara hidang dulang lagi penat sebenarnya dengan pinggan yang perlu dibasuh. Kami dah kurangkan kerja-kerja tersebut dengan menggunakan pinggan polistrene pakai buang dan makan hidang secara ambil sendiri (layan diri). 

Mana tak penat, saya bertolak dari sini ke kampung pada petang Khamis, sampai rumah ayah mertua di Machang dah jam 12 malam, tumpang bermalam dulu dan seusai subuh, kami gerak balik ke Kota Bharu. Sampai saja dah angkat barang-barang keluar kereta dan temankan mak ke bandar Kota Bharu untuk beli sayur-sayur bagi persiapan memasak untuk esok. banyak barang-barang yang perlu dibeli, seperti 10kg labu, labu ini mak buat sebagai desert, labu sira, beli sayur-sayur, timun batang untuk acar nanti, buah-buahan untuk diletak pada hantaran.

Balik saja dari pasar, ada masa rehat seketika dan lepas itu, kerja-kerja membasuh ayam berkilo-kilo sehingga bersih. Nasib baik mak beli ayam yang dah siap potong, tunggu nak basuh bersih-bersih, buang bulu yang mana ada dan buang lemak yang ada.
Lenguh juga lah pinggannya, masa ini saya buat dengan Mak Ngah dan Mak teh saya, kemudian bersambung trip kedua dengan Maksu dan adik No 2 saya. Adik No 2 saya ini baru sahaja lepas berpantang, bayi nya baru berumur 2 bulan.

Kemudian, labu-labu yang dah siap dikupas oleh adik saya, saya potong dan bersihkan untuk dimasak sira nanti.

Cerita malamnya, banyak masa digunakan untuk mengemas rumah, pasang langsir, gosok baju baju yang akan dpakai esok hari. Malam ini juga ada sesi berinai untuk Pengantin dan saudara serta kawan-kawan adik yang sama-sama nak berinai dan ukir tangan mereka dengan inai. Bab ini saya tak join sebab tak berapa minat, rasa comot saja tangan berukir begitu.

Tiba esok pagi, seawal subuh Maksu saya dah bertugas memotong sayur timun, lobak merah dan kubis untuk dibuat acar. Saya menolong apa yang patut saja. Ada juga ikan kering yang perlu dipotong kepala buang dan dipotong dua badannya. Ini yang paling seronok sebab ia yang habis dulu.

Antara lauk yang kami masak dan hidangkan pada tamu adalah daging gulai ala kawah, mak masak sendiri, sedap sangat sangat, antara lauk yang habis dulu tetapi masih mencukupi untuk semua tetamu dan ada tinggal baki juga untuk kami makan. Sebenarnya daging tersebut dipotong oleh adik lelaki saya, adik ipar, sepupu yang juga jadi pengapit dan Pakngah saya, saya panggil Che Ngoh. 

Lauk lain adalah ayam goreng masak merah, lauk kesukaan kami, dan juga menantu mak yang baru, lauk mesti ada ayam, minat sesangat dengan ayam. Nanti dia, nanti akan diajar makan ikan sesaja tanpa ayam. Ikan rebus cicah budu tau la macam mana rasa.

Sekian dulu cerita kerja kahwin adik bongsu perempuan saya yang kahwin. nanti ada masa lain saya ceritakan pula Majlis nya.

Gambar pasangan pegantin dengan anak buah

Gambar makan beradap

Pasangan pengantin dalam persalinan biru

Thursday 15 December 2016

Harga Steamer Elektrik Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Berbaloi beli sebuah pengukus elektrik daripada Noxxa. Harganya tak mahal dan tak murah. Sesuai dengan kualiti dan ketahanan nya. Jika dijual di pasaran harganya lebih dari RM300. Tetapi jika anda dapatkan kad keahlian dan beli secara tunai, tak sampai RM300 pun harganya sekarang sehingga akhir Januari 2017 sebab katanya akan naik harga lagi menejlang Februari 2017.

Jadi jika berminat nak dapatkannya, segeralah bertindak dengan hubungi saya dan dapatkan satu hari ini untuk kegunaan rumah anda.
Puas hati ada kukusan 3 lapisan, puas hati mengukur/stim

Antara resepi yang di lakar pada kotak Steamer Noxxa. Ilustrasi yang menarik.


Resepi dan gambar yang ada boleh dimasak 
Antara kelebihan produk daripada Noxxa ini adalah;

Kaedah memasak secara kukus/stim ialah cara menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Nutrien dan rasa dikekalkan sewaktu proses pengukusan.
Penerangan
  • Kaedah memasak secara kukus/stim ialah cara menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Nutrien dan rasa dikekalkan sewaktu proses pengukusan
  • Ruang pengukus XL 3 tingkat yang boleh disusun bertingkat
  • Setiap tiub stim menyalurkan stim ke setiap ruang yang mana meminimumkan pemindahan bau makanan dari satu ruang ke ruang yang lain
  • Pemasa digital
  • Pemasa tunda sehingga 12 jam
  • Salur masuk air luar untuk mudah mengisi takungan air
  • Wattan: 1200W
  • Takungan Air: 1.7L

PERCUMA DVD dengan pembelian Pengukus Makanan Noxxa.
Waranti: Satu (1) tahun waranti terhadap kerosakan pengilangan. Peralatan UNTUK KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.
Jika anda berminat, boleh hubungi saya, kita ada sistem belian tunai dan juga kutu serendah RM60 sebulan.
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 3 : Bisnes

Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

 Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

 Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)

melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel

Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:

Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
 Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi 

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:

Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan Rokiah


Saturday 3 December 2016

Steamer Elektrik Noxxa 3 Lapisan Terbaik

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, dah sampai 2 biji Steamer dan kedua-duanya milik pelanggan yang main kutu dengan kita. Sepatutnya setiap bulan dapat 1 saja tetapi biasalah ada modal lebih kita terus dapatkan dua, boleh jimat masa memesan, jimat kos penghantaran sebab dapat percuma kos bila pesan melebihi RM300 dengan pasaraya kita sendiri.

Jadi kita tak perlu nak tunggu lama dan dalam masa yang sama pelanggan kita akan berpuashati dapat barangan awal dan boleh guna awal. Jangan mereka beli dan simpan sudah lahnya kan.

Steamer Noxxa dah sampai 2 biji

Antara bonus dan kelebihan jika anda beli dengan kita adalah
-Kita akan masukkan anda dalam group Whatsapp di mana dikumpulkan pengguna-pengguna Noxxa yang sering bertukar idea dan resepi memasak, Jadi mudah sebarang pertanyaan boleh dibuat dan biasanya ada pakar rujuk yang dapat segera membantu.
-Anda akan dibimbing dengan baik oleh saya sendiri dan orang diatas kita yang dipanggil upline
-Anda akan dimasukkan ke dalam kumpulan Resepi Noxxa di Facebook di mana mudah untuk anda cari resepi dan baca serta belajar bagaimana nak menggunakan produk Noxxa dan cuba memasak dengan ersepi-resepi yang tersedia
-Jika berlaku sebarang kerosakan dan masih dalam waranti, anda boleh rujuk kita dan boleh ke HQ untuk baikpulih secara PERCUMA
  
Jadi jika anda nak beli sangat dialu-alukan beli dengan saya
Hubungi 010-9336935

Harganya tak mahal pun memang jimat masa masak sebab tak perlu tunggu steamer dan air dalam kukusan panas, terus ON dan guna terus ia sangat cepat berwap. Dan sekali masa memasak boleh masak dan guna 3 lapisan secara terus dengan makanan yang berbeza dan jangan risau, bau tak akan masuk dan bercampur baur dengan makanan dalam lapisan yang lain.
Seperti contohnya, lapisan pertama ayam, kedua kuih dan ketiga sayuran pon sangat OK. Tak perlu nak kukus 1 per 1 secara berasingan tetapi sekali saja.
Memang sangat cepat dan mudah.
Jika anda berminat nak dapatkannya secara tunai atau kutu, boleh pm kita ya.

Dan ia sangat sesuai juga untuk ibu-ibu yang mempunyai keluarga besar serta peniaga-peniaga kuih muih atau apa saja. Sebab apa? Ia menjimatkan masa memasak anda. 
Masa memasak dapat disetkan dengan Timer dan anda boleh nampak secara terus apa yang dimasak kerana ia transparent.

Sekian dulu.
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 3 : Bisnes

Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

 Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

 Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)

melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel

Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:

Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
 Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi 

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:

Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan Rokiah

 

Tuesday 29 November 2016

Merajuk

Assalamualaikum w.b.t,

Sekali sekala teringin nak coretkan coretan santai, untuk ringan-ringan bacaan sendiri dan mana-mana antara kamu yang sudi nak baca.

Susahnya nak pujuk orang yang jarang-jarang merajuk. Tuhan saja yang tahu.
Tuan dan puan bayangkan merajuk Isnin Malam dan Pagi Jumaat baru surut rajuknya.
Masya Allah, makhluk Allah buat pelbagai rupa perangai, maka selagi boleh hadap kita perlu hadapi jua. Apa yang perlu, minta bantuan dariNya kerana Dia yang pemegang hati semua makhluk.

Susah nak merajuk tapi rajuknya lama dan susah nak makan pujuk.
tak sama macam orang selalu merajuk, mudah hilang rajuknya.

Selalunya orang yang susah nak merajuk ini akan merajuk lama disebabkan memang salah orang yang buat dirinya rajuk, Jadi jika kita orang yang buat dia merajuk, maka pandailah pujuk. Apa yang perlu dibuat adalah minta maaf akan kesilapan yang kita lakukan. Bagitahu dengan nyata ucapan maaf itu. Jangan ulangi kesilapan yang buatkan dia marah dan merajuk.

Pujuklah dengan masak makanan kegemaran atau istimewa. Boleh juga bawa makan di luar.

Saya kongsikan gambar ehsan google muka-muka orang merajuk tetapi gambar kanak-kanaklah sebab comel, kalau gambar sebenar orang yang merajuk tu, buruk sangat.

Ginilah rupa kalau orang dha merajuk, suka bersendirian

Muka merajuk yang sedia sebab orang tersayang degil, susah dengar cakap


Sekian dulu ya.

Monday 28 November 2016

Beg Sekolah Anak-anak Tahan Lebih dari 4 Tahun

Assalamualaikum w.b.t,

Salam pagi Isnin, cuti sekolah sudah bermula dan jangan lupa, lagi lebih kurang sebulan akan buka sekolah semula dan ramai yang akan baru memulakan zaman persekolahan, anak saya juga tak ketinggalan memasuki era baru dalam hidupnya. Melangkah ke bangku persekolahan Tahun 1 di sekolah rendah berdekatan.

Dan saya memang bercadang untuk beli beg sekolah yang akan menjaga tulang belakang anak saya daripada sakit belakang kerana bawa beg dengan buku-buku yang berat. Paling seronok bila dapat tahu beg sekolah ini adalah Impact Ergo Beg galas yang boleh dibeli dari pasaraya saya sendiri. Mai saya ceritakan sedikit berkenaan ciri beg ini.

Ia diperbuat dari Bahan: Nilon Yan Berpintal 420D dengan salutan anti-UV, tidak telap air dan tahan lelasan yang tinggi. Makna kata kalis air dan tidak basah buku-buku jika terkena hujan. Sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia yang tidak menentu hujan panas nya.


Saiz: 27 (P) x 38 (T) cm x 16.5 (D) cm
Sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah dengan saiz mereka yang masih kecil.
Beg Galas Pink Untuk Kanak-kanak  Perempuan

Beg Galas Biru Untuk Kanak-kanak  Lelaki
Antara ciri-ciri yang lain yang sangat penting dan jarang ada pada beg-beg dengan harga biasa-biasa di luar sana adalah 

-​Sistem Perlindungan Tulang Belakang Ortopedik (OSPS)/Panel Perlindungan Spina 3D direka secara ergonomik supaya padan dengan bahagian belakang dan tulang belakang pengguna.

-Alur berlapik di bahagian belakang yang cukup diudarakan dan tali beg berlapik yang lebar memberi sokongan tanpa tekanan kepada bahu.
-Ruang fungsian untuk dokumen/buku. Tali suspensi bahagian dalam mengekalkan kandungannya dalam kedudukan menegak yang sebenar untuk kestabilan yang lebih baik.
Jadi pendek kata, beg ini boleh berdiri tegak dengan sendiri.
 Apa yang saya dapat testimoni dari kawan yang dah menggunakan beg ini adalah anak nya menggunakan beg ini dah 4 tahun dan masih utuh, tak perlu tukar beg sebab tak rosak. Jadi ia sangat ekonomi dan menjimatkan betul?
 Kata orang menanng membeli, menang memakai. 

Pengalaman saya sebelum ini, membeli beg sekolah anak-anak untuk ke Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) sahaja pun dalam 2-3 beg 1 orang anak-anak, jika dulu dalam RM25 dah dapat satu beg tapi sekarang rata-rata saya tinjau di kedai-kedai dalam RM35, RM40 malah ada yang lebih mahal dari itu, tapi tahannya hanya dalam 5-6 bulan sahaja. 
Jadi fikir-fikirkan ya ibu bapa sekalian. Labur sekali untuk barangan yang berkualiti dan anda akan jimat bertahun-tahun.

Sekian dulu.

Jika berminat untuk dapatkan beg sekolah, boleh hubungi saya 010-9336935.




Friday 25 November 2016

Rebus Makaroni 5 Minit Noxxa Vs 20 Minit di dapur Gas

Assalamualaikum w.b.t,

Sekarang ini mood untuk menulis dan berkongsi sangat ke laut. Jadi jarang-jarang saja kita muncul di sini ya.
Saya nak cerita peristiwa di dapur pagi tadi, maklumlah bersiap untuk bekalan anak-anak ke jamuan sekolah mereka di Pasti Al Hadi, jadi saya rancang masak pudding roti dan makaroni goreng.

Jadi kebiasaan yang saya gunakan untuk rebus makaroni menggunakan Noxxa hanyalah 5 Minit dengan fungsi HP, high pressure. Tetapi pagi tadi saya gunakan Noxxa untuk buat puding roti, maka saya terpaksa masak makaroni di atas dapur gas. Lebih kurang 20-25 minit digunakan untuk masak makaroni rebus, siap masak dan kembang dengan jaya. Jauh berbeza dari segi masa memasak menggunakan Noxxa Pressure Cooker dan dapur gas. Jimat masa berganda-ganda.

Makaroni Goreng siap dimasak
Saya buat puding roti bakar dengan menggunakan Noxxa fungsi stim selama 25 minit. Sungguh mudah dan cepat. Sedang elok puding masak dan macaroni atas dapur pun masak. Saya punyalah set masa bangun awal untuk memasak supaya tak lambat dan terkejar-kejar, rupanya hampir setengah jam hingga 40 minit saja dah siap masak semuanya.

Puding roti Simple Noxxa


1 kejadian yang agak menakutkan berlaku kepada saya pagi tadi yang saya nak kongsikan di sini adalah masa tengah sibuk memasak, tetiba terdengar ketukan di tingkap cermin rumah saya berdekatan sinki. Ketukan sperti manusia, dalam hati saya memang fikirkan kucing sebab kucing selalu suka bermain-main dekat situ tetapi seawall 5 pagi tak akan kucing dah ada. Gerun dan berdebar-debar di dada. Ini adalah pertama kali berlaku kepada saya. Saya tak berani nak jenguk. Saya kejutkan suami yang sedang tidur dan minta dia jenguk ke luar pintu, suami saya bangun dan buka pintu dapur, berkejaran kucing dating ke pintu. Rupanya memang betul kucing, lapar minta nak makan rasanya.

Baiklah sambung balik cerita makaroni dan puding roti, saya buat untuk anak-anak saya yang ada jamuan di sekolah mereka sempena akhir tahun. Habis sesi persekolahan dah.
Saya selitkan gambar di sini untuk kenangan dan tatapan pada masa akan datang.

 3 menu untuk mereka termasuk sosej rebus kesukaan anak-anak
 Saya juga tambah menu puding roti versi kisar halus untuk santapan saya dan kawan-kawan di tempat kerja, dengan Noxxa kerja memasak menjadi mudah. Kisar smeua bahan dan tuang dalam periuk Noxxa, setkan stim 25 minnit dan sementara saya bersiap untuk ke tempat kerja, elok masak pudingnya dan boleh dimakan panas-panas. Seronok kan? Cubalah dapatkan 1 periuk dan masak rasa sendiri di rumah.

Dah masak di dalam periuk, tunggu suam-suam untuk dipotong


Sekian dulu cerita saya. Nak cerita pasal rebus makaroni tetapi dah melalut hingga cerita-cerita lain sekali.

Jika anda nak tahu, saya ni penjual Noxxa pressure cooker, jika berminat nak beli, boleh dapatkan segera dengan saya ya.

Boleh hubungi saya 010-9336935 (untuk maklum balas yang cepat).

Wednesday 16 November 2016

Vitamin C dan Air Minuman Phytopowder

Assalamualaikum w.b.t

kenanagan kami 2 beranak singgah ke HQ Amway di Petaling Jaya, tujuan asal untuk ambil periuk Noxxa yang jadi kegilaan ramai para suri. Selebihnya nak membeli belah barangan keperluan yang ada di Pavillion HQ ini.

Seperti saya janjikan dalam entri lepas, untuk tunjuk gambar-gambar kami, maka inilah tujuan entri ini sebenarnya. Sukanya Amirul apabila tengok wah banyaknya vitamin yang ada,ini saya punya sama kan mama katanya.

Vitamin C yang Amirul makan lebih dari 3 biji sebab suka
Minuman phytopowder pula memang kesukaan dia juga. Biasa saya dah beli perisa ceri, lemon dan kali ini oren pula. Amirul paling suka perisa ceri dengan warna merahnya. Ammar pula suka perisa oren.
Kali ini beli Phyto powder perisa oren pula lah 
Sebab datang berdua saja dan orang pun tak ramai sangat waktu kami datang, kami sempat lah bergambar-gambar di kawasan pavillion yang luas. Amirul tangkap gambar mama dan mama tangkap gambar Amirul. Saya juga ada meninjau di kawasan alat make up dan penjagaan muka  Aristry. Boleh mencuba lipstik dan apa saja yang ada di sana kerana ada tester @ sample.
Nak jugak muat walaupun gambar Kabur, hasil tangan Amirul

Ini pun sama kabur tapi nak buh jugak sebagai kenangan
Tempat masuk ke Pavillion, terpampar besar perkataan Amway. Memang menjadi kesukaan sesiapa saja yang datang untuk tak lepaskan peluang untuk bergambar di sini.Jadi kita pun minta Amirul ambilkan gambar, sekali separuh saja dia ambil.
Tak sah jika datang tapi tak bergambar di sini
 Selepas indoor, kita ber outdoor pula, masa ini nak pergi ke kaunter pick up periuk Noxxa.
Ini kes bila kita order online dan buat pilihan untuk ambil sendiri di HQ. Maka kena datang ambil di HQ dan minta borang atau slip di kaunter pertanyaan. Pastikan ada slip dulu baru ke kaunter ambil barang. Jika tak, jadi macam saya yang terpaksa ulang alik 2 kali untuk ambil barang. Kali pertama tanpa slip, sebab ikut arahan yang salah dari kaunter di Pavillion. Kalu kedua barulah betul. kena tunggu giliran juga sementara barang dari Gudang untuk dibawa ke kaunter pengambilan barang.

Bahagian luar, kira laluan tengah antara 2 bangunan
Lepas dah siap segala, kita isi perut dulu memandangkan dah tengahari, jam dah pukul  2 lebih. Memang target saya nak makan cendol di cafe. Untuk Amirul pula, kita order Maggie Goreng. Yang istemewanya kat cafe ini, kita akan dapat harga diskaun jika kita dah ahli. Lepas itu, masakan seperti mi, laksa dan maggie semua dibuat dengan Noddle Maker Noxxa. Memang home made la katanya.

Menu untuk hari ini : Cendol & Maggie Goreng

Cendol kegemaran

Kami Berdua, sorang cuti Pasti, Sorang cuti kerja
Lagi gambar kenangan kami semasa di cafe.

Makan jangan tengok orang

Sedap la mama : kata Amirul
Boleh pula tengah makan itu, meja berdekatan kami sapa kami dan bagi coklat sedap pada Amirul, rupanya kami ni 1 organisasi daripada datuk moyang lah kiranya kami ni dah tahap cucu cicit pada orang besar yang dah lama buat bisnes Amway. Mereka 1 keluarga dari pada ibu yang dah tahap nenek nenek, dengan anak-anak muda yang kiranya 1 keluarga buat bisnes Amway lah. Seronok tengok mereka berbual dan bercerita mengenai perniagan ini.

Sekian dulu. Cerita asal hanya nak promosikan Vitamin C untuk kanak-kanak dan air minuman berkhasiat Phytopowder, sekali dah mealulut cerita jalan-jalan di HQ Amway pula ya.

Jka berminat nak dapatkan barangan jualan saya, jangan lupa untk hubungi saya ya 010-9336935

Sunday 30 October 2016

Tilam Dreamland Percuma Set Cadar & Comforter

Assalamualaikum w.b.t,

Sementara promosi masih ada untuk nak dapatkan set tilam bujang, queen dan king dengan percuma set cadar dan comforter sedondon ikut saiz tilam yang dibeli, maka lebih baik anda beli untuk kegunaan rumah. Seperti saya juga yang dah mendirikan 8 tahun perkahwinan, tilam yang kami beli seawal perkahwinan dulu dah lunyai dan terkeluar besi spring. Harganya lebih kurang saja dengan tilam Chiromax Fresh Guard yang saya jual sekarang tetapi tilam ini tahan waranti selama 15 tahun, sebab ia memang dah diuji sehingga ketahanan itu. Berbanding tilam yang saya beli 8 tahun dulu, terpaksa dibuang saja lah sebab dah la tiada waranti, tilam memang selalu kena balik-balik supaya ia kekal rata walaupun ada juga tempat melendut.

Bagi yang selalu tidur atas toto dan belum ada tilam, paling elok beli tilam ini sebab sayangi badan anda, dah penat bekerja bagilah reward untuk dia rehat dengan baik. Lagipun sayangi duit anda dari habis tak tahu ke mana, baik beli benda yang boleh digunapakai dan berfaedah untuk diri dan keluarga. Sebab tilam ini bagus untuk kesihatan tulang belakang anda, dah diuji dan diyakini. Sekarang pun sibuk dengan masalah Nyamuk yang bawa penyakit zika, maka dengan beli tilam ini, anda akan terhindar dari gigitan nyamuk, in shaa Allah sebab tilam ini anti serangga seperti nyamuk dan pepijat.

Sebut pepijat, kawan saya dah pernah kena dah la habis badan dia dan anak kecilnya kena merah-merah dan sakit kena gigit, lama pula tu pijat tu bertapa dan membiak di tilam tersebut. Akhir sekali kena b uang tilam dan semua bantal dan cadar yang ada. Maka ini peluang yang baik untuk beli tilam yang anti seranggan seperti tilam chiromax fresh guard dari Dreamland ini. 

Baik, tawaran ini masih ada dan akan berakhir bila-bila saja iaitu dengan pembelian tilam ini, anda layak mendapat percuma set cadar dan comforter yang ada 2 pilihan warna iaitu biru dan merah jambu sama dengan saiz tilam yang anda beli. Sama ada single (bujang), queen dan king.

Tilam ini ada waranti 15 tahun
Tak keluar spring
Tilam tak yah nak balik
Baik untuk tulang belakang
Anti pepijat dan nyamuk (best woooo)
Tilamnya kalis air dan bau

Jika ada air tertumpah atau anak-anak kecil anda terkencing pada tilam, anda boleh lap dengan sapu sahaja dengan kain bersih. Ia tak akan meyerap masuk ke dalam tilam, lagi best bukan? Ini semua dah dibuat kajian dan diuji, kita sebagai pengguna hanya perlu buat pilihan bijak sahaja. 

Tilam ini jika anda beli di luar harganya jauh lebih tinggi dari harga yang kita jual. Ada pernah pelanggan buat survey ke kedai-kedai perabot yang jual tilam dan kembali kepada kita semula kerana katanya, tilam yang setanding kualiti seperti yang kita jual ini 3-4 kali ganda harganya lebih mahal dari harga yang kita jual. Dan biasa tilam tak akan ada waranti selama belasan tahun seperti tilam yang kita jual ini. 
Keratan Rentas Tilam Spring Dreamland
 Gambar yang dikirim oleh pembeli tilam yang dah sampai terus ke rumahnya (alamat yang diberi). Memang puas hati katanya.
Tilam Baru, sedapnya tidur (Tinggi)
 Ini juga salah seorang pembeli tilam yang dah terima tilamnya, siap pasang terus cadar dan comforter, ini kira ready terus untuk tidur lah ye. Seronok kan?

Percuma cadar & comforter (biru @ pink)
Bagi anda yang nak beli tilam atau ada sebarang pertanyaan mengenainya, anda boleh hubungi saya ya. cara paling cepat anda wasap saya ke 010-9336935

Vitamin C untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum w.b.t

Ikuti kisah saya dan anak saya, Amirul Hakim ke HQ Amway dalam minggu lepas untuk ambil Periuk Noxxa kegilaan ramai surirumah sekarang.

" mama, ni lah kan Vit C yang kita makan tu" kata Amirul Hakim kepada saya.
Ya betul! Tepat sekali jawapan saya pada dia.
Kalau anda semua nak tahu Vitamin C keluran Nutrilite rangkaian produk Amway aalah sepenuhnya sumber organik dan tiada tambahan pewarna dan perasa tiruan.
Tahukah anda apa makna organik? organik maknanya tiada unsur campuran bahan kimia, organik bermakna ianya terhasil dari sumber pedalaman, kekampungan tetapi diuji dan diproses dengan alatan canggih di ladang, kilang sendiri.
Berbeza dengan yang terdapat di pasaran dengan pelbagai jenama yang boleh kita dapati dengan mudah di klinik-klinik dan farmasi yang ada.

Perbezaan terbesar adalah jika anda beli yang di luar, akan ada silika gel dalam botol sekali dengan vitamin tersebut, betulkan?
Tahukah apa fungsi silika gel tersebut?
Yang berfungsi untuk menyerap kelembapan dalam botol vitamin tersebut.
Tapi yang nutrilite tak ada!
Sebab ia 100% organik
Warna pon neutral
Tidak seperti brand X yang warnanya terang, menarik anak anak untuk makan
(Biasanya Ammar Husaini, anak kedua saya memang suka brand X), jadi saya dalam proses untuk galakkan dia mabil vitamin C sama seperti abangnya. 
Cerita yang paling best untuk Amirul adalah selera Amirul makin naik dan mudah makan apa saja saya masak. Dia bertambah sihat, badan nampak berisi dari dulu walau ada juga kena selsema tetapi langsung tak demam, Alhamdulillah.
Saya syorkan wahai para ibu-ibu belikanlah untuk anak-anak anda. Ini adalah nasihat saya, saya cerita dari hati seorang ibu dan bukan sekadar peniaga yang mahu untung saja.
Jadi anda boleh hubungi saya jika mahu dapatkan vitamin C yang boleh kunyah untuk anak-anak anda hari ini.

Saya lampirkan gambar kenangan Amirul bersama dengan Vitamin C yang menjadi kegemarannya sekarang.
Vitamin C chewable untuk kanak-kanak
Ini pula gambar Vitamin C untuk kanak-kanak yang saya jual dan saya promosikan dari atas tadi, namanya Nutrilite Chewable Natural C, antarabangsa punya produk.
Vitamin C kunyah-kunyah untuk kanak kanak
Sekian dulu, jika ada sebarang kemusykilan atau nak kongsikan pendapat anda, dialu-alukan di ruangan komen ya.

Friday 28 October 2016

Sakit Itu Penghapus Dosa Kecil

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama sebenarnya, hampir 2 tahun juga saya tak kena penyakit tonsil ini. Maklumlah saya kan berdiet dan menjaga setiap makanan yang masuk ke tekak dan perut mengikut kalori yang dah diajar oleh jurulatih. Dan kuantiti air putih juga biasanya melebihi dan mencukupi kadar harian yang badan perlukan.

Nak dijadikan cerita seminggu yang lepas memang saya kurang minum air dan saya perasan, banyak makanan yang manis dan agak masin masuk ke tekak. Kebiasaaannya pula Isnin dan Khamis saya berpuasa tetapi tidak dalam minggu tersebut. Kan Allah dah janji siapa nak sihat harus berpuasa, Dengan berpuasa dapat menyihatkan badan kita. Kajian sains juga mengesahkan perkara ini. Kerana apabula kita puasa, sistem pencernaan dan penghadaman kita dapat rehat sebentar daripada melakukan fungsi yang biasa ia lakukan.

Saya mendapat sakit dari hari Sabtu dan melarat ke Ahad, apa yang saya lakukan pada cuti Sabtu dan Ahad tersebut adalah minum air putih sebanyaknya, tak sangka lebih dari 3 Liter saya minum berlawan dengan selsema dan sakit tekak. Ingatkan tak akan berlarutan. Rupanya sehingga Isnin dan Selasa saya masih belum kebah, masih belum sembuh. Maka malam Selasa itu saya sudah berkira-kira untuk ke klinik minta ubat atau MC dari doktor. Memandangkan masa tak cukup kerana ada urusan lain.

Saya buat keputusan untuk jumpa Doktor \pada pagi Rabu. Seawal jam 8 saya dah keluar rumah dan ke klinik. Dapatlah cuti rehat 1 hari dari Doktor itu pun sebab saya yang minta. Kerana tonsil saya kali ini tak perit merah, ia hanya bengkak. Patutlah saya sedap menelan makanan, berselera sungguh sedangkan jika betul-betul kena tonsil yang merah dan bengkak itu, nak telan air putih pun perit.

Sekian dari cerita sakit saya.

Saya nak cerita apa yang saya buat apabila Doktor bagi saya cuti rehat. Ingatnya betul nak rehat dan tidur saja di rumah, rupanya tak. Banyak urusan yang dapat diselesaikan masa saya cuti ini. Antaranya saya hantar periuk Noxxa dan daftarkan ahli terus. Paling seronok dapat bayaran tunai terus. Kalau anda nak beli noxxa dengan saya di alu-alukan kerana point paling penting adalah anda ada kumpulan sokongan dan akan beri pengalaman dan tunjuk ajar cara menggunakan periuk noxxa, tidaklah menjadi tukun saja di rumah. Beli mahal-mahal, haruslah guna pakai sebaiknya kan. Barulah berbaloi-baloi dengan duit yang telah dikeluarkan.


Periuk yang ramai orang idam idamkan dan laku laris sekarang


Selepas hantar Periuk Noxxa, saya ambil stok Maajun Gamat dan posakan terus kepada pelanggan yang dah buat bayaran pada malamnya. Jika ramai yang tak tahu lagi, saya masih menjual maajun gamat. Anda boleh ke page FB, Kedaionlinecikroki untuk melihatnya. Saya menjual RM10 bagi setiap kotak/botol yang ada 30 biji di dalamnya untuk kegunaan 30 hari (sebulan).

Kemudian saya terus ke HQ untuk beli starter kit dan ambil stok periuk Noxxa yang dah di order sebelum ini. Sempat juga saya dan anak saya yang ikut sekali makan dulu di cafe yang disediakan di HQ. Saya kongsi gambar-gambar kami di entri seterusnya ya.

Jika anda berminat nak join sesama berniaga dengan saya, mohon segera pm saya atau hubungi terus saya.
Jika nak buat belian produk jualan saya, sangat dialu-alukan juga.



Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog Utama : wanrokiah.blogspot.com
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Tuesday 25 October 2016

Air Air Di Selangor : Pilihan Kita rumah Flat @ Teres

Assalamualaikum w.b.t,

Gambar Hiasan dari Google


Alhamdulillah hari ini kembali semula ada air, sebenarnya petang semalam lagi dah ada, pada awalnya kuning kekuningan tetapi pagi ini dah bersih seperti sediakala.
Alhamdulillah rumah ini dah air walaupun ramai para sahabat dan kawan-kawan yang lain masih merungut tiada air di rumah mereka.

Semasa orang lain dah merungut air dah habis di paip rumah mereka, rumah kami masih ada air. Ada pelanggan saya yang duk rumah flat, tingkat atas, air tiada 2 hari lepas lagi, banyak kerja-kerja tergendala tak dapat dilakukan.

 Ada kawan saya yang duk rumah teres di kawasan agak tinggi, berbukit pun mengadu air tiada awal di rumah nya dan sampai sekarang belum ada air masuk ke rumahnya. Sedangkan kita di sini tempoh ketiadaan air sekejap saja.
Rasa saya, inilah untungnya kita tinggal di rumah teres dan kawasan rendah, air mudah sampai melalui saluran yang disediakan.

Apa yang saya nak terangkan di sini, Allah dan tentukan hidup kita. Dan kita pula yang menentukan pilihan kita, nak duk di rumah tinggi seperti flat atau nak duk di rumah teres bawahnya. Ya jika mampu semua tak nak duk rumah teres, tetapi apa daya kan setakat itu saja kemampuannya.
Saya lahirkan rasa syukur sebab walaupun menyewa, tak tahu sampai bila harus hidup menyewa, saya dapat tinggal di rumah teres yang senang dapat air. Semoga kami dapat beli rumah seperti ini biarpun tak ada harapan untuk beli rumah yang kami sewa ini.

Ya ramai tahu krisis air di Selangor kerana loji air, tangki tadahan air dicemari bahan kimia dan terpaksa ditutup. Perkara ini berulang-ulang, sepatutnya 1 kali berlaku, dan ia dapat diselesaikan segera dan tiada ulangan kerana sepatutnya langkah pencegahan diambil supaya rakyat tidak menerima nasib yang sama berulang kali dan membuatkan mereka termasuk saya 'fed up' dengan pemerintah dan pentadbir.

Krisis di Selangor katanya ada kaitan dengan politik dan persekutuan, tetapi saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran nya. Hanya spekulasi dan cerita-cerita makcik dan pakcik di kedai kopi dan di jalan-jalan yang sampai juga ke telinga saya.

Itu saja kisah air dan pilihan rumah kita yang saya teringin nak kongsikan pada pagi ini.

Sekian dulu.

Jangan lupa jika ada dari kalangan pembaca yang nak beli produk jualan saya, dialu-alukan ya.

Friday 21 October 2016

Steamer Noxxa : PengukuS Elektrik

Assalamualaikum w.b.t

Semakin canggih dan mewah mewah barangan jualan saya sekarang ini, Pngukus Elektrik untuk kegunaan di rumah, memudahkan kerja surirumah tangga. Boleh memberikan makanan yang sedap dan menyihatkan, itu yang paling penting.

 Boleh setkan masa untuk tangguh tempoh memasak selama 12 jam. Maknanya, buh siap-siap makanan dan set masa, 12 atau kurang jam kemudian pengukus ini berfungsi dan bagi kita makanan yang siap dimasak panas-panas lagi. Ini perlu jika ada makanan kita yang kita nak naikkan doh dan adunannya. Sangat berbaloi dimiliki.



Penerangan

  • Kaedah memasak secara kukus/stim ialah cara menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Nutrien dan rasa dikekalkan sewaktu proses pengukusan
  • Ruang pengukus XL 3 tingkat yang boleh disusun bertingkat
  • Setiap tiub stim menyalurkan stim ke setiap ruang yang mana meminimumkan pemindahan bau makanan dari satu ruang ke ruang yang lain
  • Pemasa digital
  • Pemasa tunda sehingga 12 jam
  • Salur masuk air luar untuk mudah mengisi takungan air
  • Wattan: 1200W
  • Takungan Air: 1.7L


PERCUMA DVD dengan pembelian Pengukus Makanan Noxxa.

Waranti: Satu (1) tahun waranti terhadap kerosakan pengilangan. Peralatan UNTUK KEGUNAAN DI RUMAH sahaja


Sekian dulu.


Jika berminat nak beli hubungi saya ya.