Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday 23 March 2017

[Resepi Tat Nenas Noxxa] Mudah dan cepat

Assalamualaikum w.b.t,

Dah tak lama lagi kita nak berpuasa dan beraya pula, jadi permintaan anak-anak untuk makan tat nenas, mama tunaikan. Dan supaya resepi tat kesukaan suami dan anak-anak ini tak hilang lagi, saya kongsikan dalam blog ini sebagai rujukan saya dan juga pembaca sekalian.

[Resepi Tat Nenas Noxxa]
1 cawan gandum+1 sudu tepung jagung+ 1sudu tepung kastard
Separuh ketul butter
2 sudu besar marjerin (saya guna planta)
1 sudu besar gula aising
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Inti : jem nenas saya beli 1kg (gentel kecil-kecil saja)

Cara-cara:
Masukkan gandum dan butter yang dipotong-potong kecil
Selang seli- biar sekata
Masukkan gula
On kan NNM, masukkan esen dan pewarna ikut lubang kecil atas NNM
Bila nampak sekata atau sebati
Offkan NNM dan extrude (biar adunan keluar sendiri)

Get ready untuk tadah adunan keluar dan bentuk kan ikut saiz yang kita suka

**Petua dia senang saja, jika nampak adunan lembik, tambah tepung, jika nampak keras, tambah marjerin**
Itu saja

Bakar dalam Bread maker/Oven Noxxa , suhu 150C dan masa 10-15 minit (ikut saiz biskut kita)

Nak buat makan masa untuk atur susun kerja tapi bila siap, makannya sekejap saja habis
Bertabahlah mama ya

Kalau belum ada Bread maker/Oven serta Noodle Maker Noxxa, boleh hubungi saya untuk dapatkannya dengan harga terbaik.

(Mohon maaf mutu gambar tidak berapa elok-ada masalah teknikal, sebab itu lama saya tak muncul di ruangan blog ini *alasan*) Harap dapat sedapkan mata yang memandang dan membaca blog ini.
Ini lah rupa tat nenas gulung

Tat nenas gulung yang saya buat ini sebesar jari anak orang dewasa saja, senang sekali ngap saja dalam mulut. Untuk anak kedua saya memang 2 kali ngap lah sebab mulutnya kecil lagi. Penuh lah juga sebekas besar Elegant Square Tupperware ini.

Dah sapu telur atasnya separuh, tunggu giliran

Boleh lah satu adunan dapat 1 dulang pembakar, sekali masuk BM Noxxa senang kerja.

Maaf lah gambar tunggang langgang terbalik, tak dapat betulkan (malas tahap gaban) , jangan ada yang terteleng kepala pula ya.




Sekian dululah ya untuk kali ini, mohon maaf atas segala kekurangan.

Saturday 4 March 2017

Resepi Makaroni Bakar Berkeju Lazat

Assalamualaikum w.b.t,

Hari-hari cuti begini memang seronok masak memasak dan makan-makan kan, jika nak cuba resepi baru pun sama, seronok masak. Jadi hari ini saya nak kongsikan makaroni bakar berkeju yang masaknya segera tetapi lazat dimakan. Walaupun saya buat pada hari bekerja, tapi baru hari ini sempat nak kongsikan di sini.

Timbul idea untuk berkongsi resepi ekrana ada kawan-kawan yang makan makaroni ini dan bagitahu sedap dan mahu resepinya. Sebenarnya saya guna resepi campak-campak dan sendiri buat saja. Paling ringkas ikut bahan apa yang ada di dapur.
Jadi saya kongsikan resepi dan cara masaknya di sini.

Bahan-bahan:
Makaroni direbus dan tos air
Ayam bahagian dada, cincang halus
Bawang putih
Bawang besar
Lobak merah
Cili benggala
Sos cili dan tomato
Sedikit lada hitam dan garam
1/4 kiub ayam
1 biji telur
Sedikit susu (saya guna fresh milk dalam kotak)
Keju parut

Cara-caranya:
1) Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dah dipotong dadu, nak cincang halus pon boleh,
2) Masukkan ayam dan biarkan garing sebentar (nampak air yam dah nak kering), bolehlah tambah garam, kiub ayam dan lada hitam,
3) Masukkan lobak merah dan sedikit air jika perlu. Tambahkan sos dan masukkan semua makaroni.
4) Gaul sebati dan jangan lupa cili benggala untuk bagi sedap rasa pedas-pedas gitu.
5) Rasa dan jika tawar tambah garam, jika dah sedap, tutup api.
Boleh dimakan, saya bagi ank saya makan makaroni goreng.

Untuk dibakar;
1)Bancuhkan telur dengan susu. Pukul rata.
2) Tuang ke atas makaroni yang dah dibubuh dalam bekas untuk dibakar.
3) Kemudian taburkan keju parut, saya beli siap-siap yang parut, senang tabur saja.
4) Bakar selama 3 minit atau sehinnga keju cair dan telur masak.
(Saya guna Air Fryer, mudah)

Kalau nak beli Air Fryer dengan saya, sangat-sangatlah dialu-alukan.


sebelum dibakar, tabur keju sepenuhnya

Tabur keju sebanyaknya, baru lah lazat

Makaroni goreng sebelum dibakar

Ini dia Air Fryer Philips, hanya boleh dibeli dengan agen seperti saya 

Friday 3 March 2017

Bertukar Telco ke Tune Talk : Selamat Tinggal Digi

Assalamualaikum w.b.t,

Setelah 3 tahun setia dengan talian post paid digi, saya ambil keputusan untuk beralih. Sebenarnya jika diikutkan memang dari 2 tahun setelah pakai digi yang mana dah tamat kontrak ketika itu saya berniat untuk tukar tapi tak berkesempatan, lagipun tengah sibuk dengan banyak perkara lain, tak sempat nak mikir. Paling takut jika ada apa-apa berlaku yang libatkan susah pelanggan nakmhubungi kita, biasalah bila fikir negatif, macam-macam boleh berlaku dan datang mengganggu.

Akhirnya setelah bayar habis bil bulan Januari 2017, saya ajak suami teman ke digi center untuk matikan talian. Alhamdulillah dipermudahkan. Kami ke Alamanda Putrajaya. Padahal saya tahu kat Metro Kajang ada center digi sebab pernah ke sini suatu ketika dulu. Alang-alang suami nak bawa berjalan ank-anak di hari cuti, lagipun dah lama sangat tak datang ke Alamanda.

Selepas selesai urusan untuk menukar atau matikan talian digi. Saya terus daftarkan no tune talk guna simkad baru. Ini antara proses yang telah berjaya untuk port in ke talian tune talk pula. Tak ambil masa yang lama.

sms yang diterima untuk tukar talian
Terima kasih banyak-banyak kepada sifu saya Balqis Qahira yang sentiasa membantu dan sedia untuk membalas setiap pertanyaan saya walaupun dah malam hari. Beruntunglah kita jika dapat kawan,sifu yang boelh bantu kita bila-bila masa.

Pandangan dan saranan saya, jika anda mahu, bertindaklah bijak dari sekarang, jom bertukar ke talian tune talk dan guna serta jana pendapatan melalui telefon bimbit yang kita hari-hari guna, malah menjadi keperluan yang tidak boleh diketepikan.

Sekian dulu dari saya.