Dah lama sebenarnya, hampir 2 tahun juga saya tak kena penyakit tonsil ini. Maklumlah saya kan berdiet dan menjaga setiap makanan yang masuk ke tekak dan perut mengikut kalori yang dah diajar oleh jurulatih. Dan kuantiti air putih juga biasanya melebihi dan mencukupi kadar harian yang badan perlukan.
Nak dijadikan cerita seminggu yang lepas memang saya kurang minum air dan saya perasan, banyak makanan yang manis dan agak masin masuk ke tekak. Kebiasaaannya pula Isnin dan Khamis saya berpuasa tetapi tidak dalam minggu tersebut. Kan Allah dah janji siapa nak sihat harus berpuasa, Dengan berpuasa dapat menyihatkan badan kita. Kajian sains juga mengesahkan perkara ini. Kerana apabula kita puasa, sistem pencernaan dan penghadaman kita dapat rehat sebentar daripada melakukan fungsi yang biasa ia lakukan.
Saya mendapat sakit dari hari Sabtu dan melarat ke Ahad, apa yang saya lakukan pada cuti Sabtu dan Ahad tersebut adalah minum air putih sebanyaknya, tak sangka lebih dari 3 Liter saya minum berlawan dengan selsema dan sakit tekak. Ingatkan tak akan berlarutan. Rupanya sehingga Isnin dan Selasa saya masih belum kebah, masih belum sembuh. Maka malam Selasa itu saya sudah berkira-kira untuk ke klinik minta ubat atau MC dari doktor. Memandangkan masa tak cukup kerana ada urusan lain.
Saya buat keputusan untuk jumpa Doktor \pada pagi Rabu. Seawal jam 8 saya dah keluar rumah dan ke klinik. Dapatlah cuti rehat 1 hari dari Doktor itu pun sebab saya yang minta. Kerana tonsil saya kali ini tak perit merah, ia hanya bengkak. Patutlah saya sedap menelan makanan, berselera sungguh sedangkan jika betul-betul kena tonsil yang merah dan bengkak itu, nak telan air putih pun perit.
Sekian dari cerita sakit saya.
Saya nak cerita apa yang saya buat apabila Doktor bagi saya cuti rehat. Ingatnya betul nak rehat dan tidur saja di rumah, rupanya tak. Banyak urusan yang dapat diselesaikan masa saya cuti ini. Antaranya saya hantar periuk Noxxa dan daftarkan ahli terus. Paling seronok dapat bayaran tunai terus. Kalau anda nak beli noxxa dengan saya di alu-alukan kerana point paling penting adalah anda ada kumpulan sokongan dan akan beri pengalaman dan tunjuk ajar cara menggunakan periuk noxxa, tidaklah menjadi tukun saja di rumah. Beli mahal-mahal, haruslah guna pakai sebaiknya kan. Barulah berbaloi-baloi dengan duit yang telah dikeluarkan.
Periuk yang ramai orang idam idamkan dan laku laris sekarang |
Selepas hantar Periuk Noxxa, saya ambil stok Maajun Gamat dan posakan terus kepada pelanggan yang dah buat bayaran pada malamnya. Jika ramai yang tak tahu lagi, saya masih menjual maajun gamat. Anda boleh ke page FB, Kedaionlinecikroki untuk melihatnya. Saya menjual RM10 bagi setiap kotak/botol yang ada 30 biji di dalamnya untuk kegunaan 30 hari (sebulan).
Kemudian saya terus ke HQ untuk beli starter kit dan ambil stok periuk Noxxa yang dah di order sebelum ini. Sempat juga saya dan anak saya yang ikut sekali makan dulu di cafe yang disediakan di HQ. Saya kongsi gambar-gambar kami di entri seterusnya ya.
Jika anda berminat nak join sesama berniaga dengan saya, mohon segera pm saya atau hubungi terus saya.
Jika nak buat belian produk jualan saya, sangat dialu-alukan juga.
Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
No comments:
Post a Comment